09
- February
2018
Posted By : noriza rahman
YOUTH® Penjagaan Kulit TERKINI Shaklee, 100% Vegan Berasaskan Tumbuhan!

Skincare YOUTH® ini akan menggantikan skincare sebelum ini iaitu Nutriwhite dan Enfuselle. Jadi untuk penggemar kedua-dua skincare ini anda boleh beralih ke YOUTH®Shaklee.

Yang menarik di sebalik pengenalan Youth Shaklee, ada cerita yang anda sendiri pasti teruja selaku bakal pengguna Shaklee.

Untuk mengesahkan produk ini benar-benar selamat, CEO Shaklee, Mr. Roger Barnett telah menjadikan diri beliau sebagai bahan ujikaji ke atas penghasilan YOUTH® Shaklee.

Apa yang anda lihat hari ini ialah hasil daripada sekian beratus batch yang dibuat oleh saintis Shaklee demi memastikan skincare yang tercipta adalah selamat dan berkesan kepada semua jenis kulit.

Rangkaian penjagaan kulit YOUTH® ini merupakan 100% semula jadi dan dijamin BEBAS dari parabens, phytalates, hydroquinin dan merkuri.

Kenapa perlu pilih YOUTH® sebagai skincare kita?

Bestnya YOUTH® Penjagaan Kulit Shaklee, ia 100% menggunakan tumbuh-tumbuhan, tidak diuji ke atas haiwan dan bebas gluten!

Dan yang paling best, semua produk ini mengandungi polifenol yang bantu membaikpulih kulit muka hingga ke peringkat sel. Best kan? Sihatkan kulit dari akar.

Apa Beza YOUTH® dan Skincare lain di pasaran?

Keberkesanan YOUTH® dibuktikan melalui Kajian Klinikal. Ujian klinikal ni direka oleh World-Class Skin Expert dengan menggunakan Skin Age Index yang mana ia mengkaji kehadiran tanda-tanda penuaan melalui data klinikal.

Salah satu kajian dibuat adalah ke atas kedutan wajah (wrinkles). Skin Age Index ni mengukur sehingga kedalaman dan kepanjangan kedut tu, detail sampai macam tu sekali. Fuhhhh!

Tanda-tanda penuaan yang dikaji adalah seperti:-

  • Kedutan dan garis-garis halus
  • Saiz pori-pori
  • Tona kulit
  • Kelembutan kulit
  • Tekstur kulit
  • Pigmentasi
  • Seri kulit
  • Kekenduran kulit

Keputusan menunjukkan:

TERBUKTI secara klinikal 100% wanita yang mengikuti kajian ni terbukti kulitnya menjadi lebih muda berbanding sebelumnya,

TERBUKTI secara klinikal 2/3 wanita berjaya menjadikan kulit lebih muda 10 tahun dari usia sebenar.

TERBUKTI SECARA KLINIKAL TANPA KOMPROMI!

Shaklee telah membuktikan anda tidak perlu berkorban keselamatan dan kesucian wajah anda untuk mendapatkan keberkesanannya. Ini kerana produk penjagaan kulit muka Youth Shaklee adalah 100% vegan dan bebas daripada lebih 2,500 bahan kimia yang berbahaya.

Apa Produk yang ada dalam Set Skincare YOUTH® ni?

Terdapat 6 produk utama di dalam set penjagaan kulit YOUTH ni iaitu:-

  • YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser bukan sekadar mencuci sahaja. Bolah juga dijadikan sebagai makup remover. Ia berfungsi untuk polish, purify dan prepare kulit agar lebih glowing. Best kan? Dah tak perlu beli asing-asing macam Nutriwhite dulu. Kira 2 in 1 lah.

  • Menutup liang pori yang sudah dibersihkan dengan YOUTH Perfecting Skin Toner. Ramai yang tidak kisah dengan toner ni dan menganggapnya tidak penting.  Ia juga berfungsi untuk menanggalkan kulit mati, menghidratkan kulit serta menyihatkan kulit agar lebih glowing.

Jika kita skip penggunaan toner selepas mencuci muka, liang pori akan terbuka besar. Jika liang pori terbuka besar, ia boleh mengundang segala kekotoran dan jerawat yang tidak diingini serta menyebabkan kulit lebih berminyak.


YOUTH Activating Serum bertindak aktif 10x ganda untuk memperbaharui dan meremajakan agar kulit serta memperbaiki sel-sel kulit dan menyokong penghasilan kolagen secara mendalam.


YOUTH Age Defense Moisturizer SPF 50 melembapkan serta memberi nutrisi kepada kulit pada waktu siang. (nanti update moisturizer once dah masuk pasaran)

YOUTH Advanced Renewal Night Cream berfungsi untuk menyokong pembaharuan sel kulit agar kulit sentiasa kelihatan muda, halus, dan bercahaya.


Radiance C + E (20% Pure Vita C, Vita E) membantu untuk menghasilkan sel kulit baru, meningkatkan keserian dan kecerahan kulit termasuklah mengurangkan bintik-bintik hitam serta kedutan dan menegangkan kulit.

Bahan yang terkandung di dalam Skincare YOUTH® sehingga ia menjadi sangat Berkesan?

  1. Apple Cell Extract & Gentle Vitamin A – mempercepatkan kadar pembaharuan sel kulit serta menyegarkan dan juga melembutkan.
  2. Schisandra Chinensis Fruit Extract – berfungsi untuk menyokong struktur kulit muda dan memberi khasiat kepada kulit.
  3. Vital Repair+ (Vitamins, Botanicals) – untuk melawan radikal bebas dan memberi perlindungan kepada kulit.
  4. Lotus Japonicus Extract – untuk menyokong penghasilan kolagen dan elastin dan memberikan ketegangan tanpa kedutan kepada kulit.
  5. Muscadine Grape Polyphenols – untuk melindungi kolagen dan elastin serta perlindungan berkesan ke atas kulit.

YOUTH® Bakal Berada Dipasaran Malaysia

YOUTH® akan berada di pasaran untuk semua bermula Mar 2018. Anda dah teruja nak memiliki kulit wajah 10 tahun lebih muda?

Anda yang berminat untuk mendapatkan maklumat dan ingin menjadi orang pertama menggunakan YOUTH® boleh hubungi MV terus ye.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Comments

  • http://www.nikkhazami.com

    February 10, 2018 at 12:02 pm

    makin lama makin banyak produk keluaran shaklee dan semuanya memberi kesan positif pd badan. ni utk wajah plak

  • Produk shaklee semakin lama semakin bagus untuk keseluruhan kesihatan kita.Sekarang skincare untuk wajah pula,lepas ini mesti wajah lebih berseri.Terima kasih atas perkongsian yang berguna .

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.