Banjir kebiasaannya akan mengakibatkan wujudnya beberapa penyakit dengan satu daripadanya ialah wabak kencing tikus yang terhasil akibat persekitaran kotor.

Apakah LEPTOSPIROSIS atau wabak kencing tikus?

kencing tikus atau leptospirosis ialah sejenis penyakit zoonosis iaitu penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia yang disebabkan oleh bakteria dari genus Leptospira.

waspada-kencing-tikus
Credit Kementerian Kesihatan Malaysia

Manusia boleh di­jangkiti apabila terdedah kepada air, makanan, atau tanah yang dicemari dengan air kencing haiwan terjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, babi, kuda dan haiwan-haiwan liar yang lain.

Bahaya ke wabak kencing tikus ini di Malaysia?

Di Malaysia, leptospirosis manusia menjadi penyakit penting dan zoonotik baru yang menarik perhatian penyelidik, pengamal kesihatan, pengamal perubatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga tertubuhnya Rangkaian Penyelidikan Leptospirosis Malaysia “MyLepto”. MyLepto ini dianggotai oleh rangkaian penyelidik yang dibentuk oleh tiga anggota asal dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Kes leptospirosis semakin meningkat semenjak dari tahun 2010 (1976 kes) kepada 2015 (5730 kes)  dengan kadar kematian yang ketara, leptospirosis telah diklasifikasikan sebagai penyakit yang kena diberitahu (notifiable disease) pada 9 Dis, 2010, di bawah Akta Pencegahan dan Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988. Kadar insiden purata 3.02 bagi setiap 100,000 penduduk. Kes kadar kematian adalah 1.3 – 7.6% manakala majoriti kes-kes kematian berlaku di antara 20 – 50 tahun.

bahaya-kencing-tikus-shaklee

Antara tanda atau gejala penyakit leptospirosis ialah

  • cirit birit
  • ruam
  • muntah
  • jaundis
  • sakit abdomen
  • mata merah
  • demam panas
  • sakit kepala sakit sendi
  • menggigil

Penyakit Kencing Tikus Adalah Pembunuh Senyap

Tanpa rawatan yang betul, Leptospirosis boleh menyebabkan meningitis (radang membran di sekeliling otak dan saraf tunjang), kerosakan buah pinggang, masalah pernafasan, kegagalan hati, dan juga kematian.

Langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelak dijangkiti penyakit leptospirosis:

  1. Jangan bermain air dan lopak terutamanya selepas banjir.
  2. Menjaga kebersihan persekitaran rumah, premis makanan dan tempat rekreasi agar bebas daripada tikus dan haiwan perosak yang lain. Sampah dan sisa makanan dibuang secara sempurna;
  3. Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun;
  4. Elakkan daripada melakukan aktiviti riadah di tempat yang kotor.
  5. Cuci dan balut sebarang luka yang terdapat pada anggota badan dengan sempurna.
  6. Elakkan daripada minum air yang tidak dimasak;

Bagaimana jika dijangkiti wabak kencing tikus ini?

Jika anda atau insan yang anda sayangi menunjukkan simptom penyakit kencing tikus, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Berapa lama untuk pulih semula?

Ia mengambil masa beberapa hari atau minggu dan juga boleh jadi lebih lama. Jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh berpanjangan untuk beberapa bulan.

Boleh ke Suplemen Shaklee Menjadi Penawar Kepada Penyakit kencing Tikus ini?

Allahyarham Izwan Pilus dan Din Beramboi adalah selebriti yang meninggal dunia kerana dijangkiti virus tikus.

Terbaru dilaporkan pada 27 Mac yang lalu, Tya Adnan, isteri kepada Shukri Yahaya dijangkiti demam kencing tikus selepas mengalami demam yang berlarutan sejak 10 hari lalu sehingga badannya ditumbuhi bintik-bintik kemerahan. Beliau ditahan selama lapan (8) hari di wad untuk pemantauan doktor.

“Ketika itu, suhu badannya juga meningkat sehingga 39 ke 40 darjah celsius. Pada waktu malam pula, demamnya semakin menjadi-jadi sehingga menggigil. Selain itu, badannya turut ditumbuhi bintik-bintik kemerahan,” kata Shukri.

Jika di hospital, ubatan seperti Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis.

Kita semua terdedah kepada penyakit kencing tikus ini. Pengambilan suplemen ini tidak menjanjikan kita tidak akan dijangkiti penyakit ini cuma ianya berfungsi sebagai pelengkap nutrisi harian dan juga pencegahan kepada sebarang penyakit.

MV ingin mencadangkan beberapa suplemen yang dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh untuk melawan virus ini.

Nutriferon bertindak sebagai penggalak sistem imun yang sangat berkesan. Bertindak dengan mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan menggerakkan ‘Pasukan Cari dan Musnah” dalam sistem imuniti badan.

Vivix membantu menggalakkan kesihatan menyeluruh, membaikpulih dan memelihara DNA tubuh.

Vitamin C meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan membersihkan salur darah.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Waspada! Perlu Sedar Bahaya Kencing Tikus

6 thoughts on “Waspada! Perlu Sedar Bahaya Kencing Tikus

Comments are closed.