Wanita Memerlukan Protein untuk Fat Loss | Cakap pasal protein, penting ke pengambilannya kepada wanita untuk kurangkan fat loss?

Kenapa pula wanita perlukan protein untuk kurangkan fat loss? Bukan benda ni semua khas untuk lelaki yang ‘main besi’ saja ke yang layak ambil?

Ha, inilah yang MV nak ingatkan diri sendiri dan anda di luar sana juga, kenali apa main reason yang buatkan kita sebagai wanita memerlukan protein ni?

a) adakah sebab nak bina otot?
b) wanita memerlukan protein untuk fat loss dan lose weight?
c) atau sekadar ingin memenuhi keperluan protein dalam badan setiap hari?

Kena fikir mendalam dan jawab dalam hati ya. 😀

Tetapi betul ke Wanita Memerlukan Protein Untuk Fat Loss?

Memang ada 5 sebab kenapa wanita memerluka protein untuk fat loss dan ada pelbagai jenis protein yang dijual di pasaran. Cuma kena pandai memilih yang sesuai untuk badan sendiri.

Kita kena periksa dahulu kandungan bahan-bahan yang digunakan di dalam protein itu. Jika untuk fat loss dan weight loss, pastikan bahan-bahan ini ada, lagi bagus:

  1. Soy Protein
  2. Casein & Whey
  3. White Egg Protein

5 Sebab kenapa wanita memerlukan protein untuk fat loss dan bagaimana makan protein yang mencukupi akan memberikan kita badan yang kurus dan sihat seperti yang kita impikan!

Bakar Lebih Kalori

Setiap makanan mempunyai kesan thermic. Ini bermakna bahawa badan kita membakar kalori untuk mencerna makanan yang kita makan.

Kesan thermic makanan menyumbang kira-kira 10% kepada jumlah kalori yang diperlukan oleh badan kita dalam sehari.

Ini mungkin nampak tak banyak, tetapi jenis makanan yang kita makan boleh meningkatkan peratusan ini.

Protein Mengurangkan Keinginan / Nafsu Makan

Protein akan mengurangkan nafsu kita untuk makanan seperti pizza, cookies dan sesuatu yang akan menghalang matlamat kita.

In one study, protein was shown to reduce cravings by 60% and cut the desire to night snack in half!

Badan Perlukan Protein

Protein adalah nutrien penting dalam badan. Setiap bahagian badan kita memerlukan protein untuk berfungsi dengan baik!

Protein, Protein, Kita Perlu Lebih Protein

Realitinya, protein membina dan membaiki semua tisu badan dan organ-organ kita. Ia juga menghasilkan hormon dan bahan kimia badan yang penting. Semua sistem imun, sistem penghadaman dan aliran darah akan berfungsi dengan betul sekiranya cukup pengambilan protein.

Protein Shakes mengandungi Kurang Lemak dan Karbohidrat

wanita memerlukan protein untuk fat loss
Contoh protein shake untuk wanita

Kita boleh mendapat 100% protein melalui protein shake. Inilah kelebihannya dari protein dalam diet makanan kita.

Makan daging, telur, atau kacang akan menambah lemak tambahan dan karbohidrat untuk diet kita. Tetapi dengan protein shake, kita hanya mendapat lean protein, tanpa kalori tambahan dari lemak atau karbohidrat.

Protein Shakes Mudah diserap

Protein shake akan menjana dan membina semula otot kita dengan cara yang paling efisien, membantu kita mencapai matlamat penurunan berat badan tanpa lemak dan dengan cara yang paling cepat.

Wanita memerlukan protein untuk fat loss
Cara bancuhan protein shake untuk lagi SEDAP!

Protein shake adalah cara yang sihat dan mudah untuk memenuhi keperluan protein dan mencapai matlamat pengurusan berat badan kita!

Wanita Memerlukan Protein untuk Fat Loss

Pilihan MV pastinya Soy protein ESP yang berasal dari soy protein, dan ianya berbeza daripada protein jenis whey protein. Walaupun ia berasal dari tumbuhan, ia juga sejenis protein berkualiti tinggi untuk mereka yang ingin membina otot.

Wanita Memerlukan Protein untuk Fat Loss

Bagi mereka yang mencari manfaat tambahan, protein soya boleh membantu menurunkan paras kolesterol kita, dan boleh membantu sistem kardiovaskular kita dari masa ke masa. Ia juga mengandungi 9 asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.

Walaupun protein soya mungkin bukan serbuk protein yang paling popular, bagaimanapun ianya terbukti berkesan apabila digunakan secara konsisten. Ia boleh memainkan peranan dalam gaya hidup yang sihat secara keseluruhan, terutama seperti MV yang tak makan sumber daging untuk rangsangan protein setiap hari.

Bulan ini anda boleh dapatkan penjimatan 5% diskaun semasa membuat pembelian kombo ESP – Soy Protein Isolate Powder. Special Offer for March “Women’s Month”

Kalau nak beli direct secara online, boleh klik sahaja image eSell dan hubungi MV untuk cara pengambilannya. 😉

esell-shaklee-logo-500x351

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

5 Sebab Wanita Memerlukan Protein untuk Fat Loss

11 thoughts on “5 Sebab Wanita Memerlukan Protein untuk Fat Loss

Comments are closed.