Hora Horayyy cuti sekolah dah mula sejak Sabtu lalu kan! Selamat bercuti bersama anak-anak dan isteri tersayang!

Dunia sangat luas untuk diterokai. Rebut peluang masa yang ada untuk diri sendiri dan pergi bercuti serta hilangkan stress anda! Tapi jangan stress semasa bercuti pula ;-).

Seronoknya boleh balik kampung! Kampung MV kat mana? Mana lagi kalau bukan di negeri jelapang padi – Kedah!

Bercuti dengan pulang ke kampung ni sebenarnya boleh mengurangkan stress selain mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Cuaca sekarang pula asyik tak menentu. Kejap panas, kejap hujan, kejap sejuk. Jadi paling selamat pulang saja ke kampung. Confirm sejuk diliputi pepohon yang menghijau. Boleh juga melepaskan rindu pada ayah tersayang.

Vitamin Wajib Dibawa Sepanjang Bercuti di Kampung

Seperti biasa kalau balik kampung MV memang akan pastikan kulit muka sentiasa segar dalam cuaca yang tak menentu ni. Alhamdulillah, memang sangat membantu.

Dalam travel pack ni ada Makeup Remover, Overnight Renewal Cream, Enfuselle Eye Treatment dan Toner.

Pulang ke kampung dengan anak-anak aktif ni bukan mudah. Perlukan tenaga lebih, perlu fokus lebih. Kalau kita cepat letih, mudah nak stress.

Untuk anak-anak vitamin yang wajib dibawa tentulah Nutriferon, Chewable Vita-C, OmegaGuard dan juga herbal blend multipurpose cream.

Nutriferon memang vitamin wajib dibawa setiap kali balik kampung. Nutriferon membantu menguatkan imun badan. Mudah di bawa sebab dalam bentuk sachet.

Bagi MV dan suami vitamin wajib bawa bila bercuti ialah set kesihatan asas Vita-lea, B complex dan Vita-C Plus. Gabungan ketiga-tiga ni sangat memberikan tenaga ketika memandu jarak jauh dan untuk sistem imunisasi badan juga.

Sebenarnya, semua set vitamin wajib bawa ketika bercuti yang MV amalkan ni memang universal, jadi memang berkongsi dengan suami.

Bcomplex pula bantu MV control stress terutama jika tiba-tiba anak mengamuk. (Almaklumlah anak MV yang kedua ni memang suka mengamuk).

Nak balik kampung pun kilik vitamin juga ke?

Bagi MV sangat perlu kerana ia adalah first aid kit sebelum ke klinik. Mana lah tahu kawasan yang kita bercuti tu jauh dari klinik kan. So, better bawa dari simpan di rumah saja.

Anda pula bagaimana? Apa pilihan vitamin anda semasa bercuti bersama keluarga?

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Hilangkan Stress Dengan Pergi Bercuti Bersama Keluarga, Perisai Kesihatan Jangan Dilupa!

One thought on “Hilangkan Stress Dengan Pergi Bercuti Bersama Keluarga, Perisai Kesihatan Jangan Dilupa!

Comments are closed.