Vitamin Prenatal Terbaik Yang Boleh Bantu Untuk Hamil

By | February 9, 2015
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+5Share on Facebook1

Vitamin Prenatal Terbaik Yang Boleh Bantu Untuk Hamil

Vitamin prenatal terbaik yang boleh bantu untuk hamil | Kajian mendapati hubungan antara kekurangan nutrisi dan ketidakseimbangan hormon boleh membawa kepada kemandulan. Ada banyak perkara yang boleh meningkatkan peluang untuk kesuburan yang sihat. Pemakanan memainkan peranan yang penting dalam kedua-dua rawatan kemandulan dan di awal kehamilan.

Relaks dan teruskan membaca perkongsian MV ini jika anda mahu tahu vitamin penting yang boleh membantu untuk anda hamil!.

1. Asid Folik

Perkara pertama yang perlu diutamakan sebaik sahaja anda membuat keputusan untuk hamil adalah pil asid folik. Pengambilan pil ini mengurangkan peluang kecacatan kelahiran sebanyak 50-70%. Minimum 400 mcg asid folik adalah penting kerana vitamin B-Kompleks menghasilkan sel-sel darah merah.

2. Vitamin C

Vitamin C juga membuktikan ia menjadi rahmat bagi wanita yang cuba untuk hamil. Ia meningkatkan tahap hormon dan meningkatkan kesuburan di kalangan wanita dengan kecacatan fasa luteal. Vitamin ini meningkatkan kualiti sperma dan melindungi dari kerosakan DNA pada lelaki juga. Vitamin ini juga menyimpan sperma lebih lama dan meningkatkan peluang untuk hamil.

3. Vitamin B6

Vitamin B6 dikenali sebagai pengawal selia hormon, ia membantu mengawal tahap gula dalam darah, kecacatan fasa luteal dan juga membetulkan tahap kekurangan progesteron. Tahap progesteron normal adalah penting untuk mengekalkan kehamilan dan mengelakkan keguguran. Pengambilan Vitamin B6 sebelum kehamilan juga mengurangkan ‘morning sickness’ sebaik sahaja anda hamil.

4. Vitamin B12

Kajian menunjukkan bahawa kekurangan Vitamin B12 boleh menjejaskan proses ovulasi malahan lebih teruk boleh memberhentikan terus proses ini. B12 penting diperolehi melalui diet seharian kerana ia meningkatkan lapisan endometrium dalam persenyawaan telur. Ia juga mengurangkan peluang untuk keguguran. Ia juga memperbaiki lapisan dalam rahim, membuat persekitaran yang menggalakkan untuk telur yang disenyawakan.

5. Vitamin D dan Kalsium

Vitamin D pada dasarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan hormon seks, yang mengawal ovulasi. Kalsium pula untuk pembentukan tulang dan gigi. Ia juga mengurangkan risiko komplikasi semasa proses kelahiran.

6. Vitamin E

Vitamin E adalah disyorkan terutama untuk kesihatan sperma dan motilitas. Kekurangan vitamin ini dikaitkan dengan ketidaksuburan di kalangan pasangan. Ia juga melindungi sperma dan telur daripada mutasi. Pada wanita, ia meningkatkan kualiti mukus serviks, meningkatkan peluang implantasi telur disenyawakan. Untuk meningkatkan kesuburan, pil Vitamin E boleh diambil setiap hari.

Selain daripada Vitamin, terdapat beberapa mineral penting dan tidak boleh diabaikan ketika cuba untuk hamil.

1. Zink

Zinc mencetuskan ovulasi dan kesuburan pada wanita, pada masa yang sama meningkatkan pengeluaran air mani pada lelaki.

2. Zat Besi

Wanita yang mengidap anemia mengurangkan peluang kehamilan sebanyak 60% daripada mereka yang mempunyai tahap besi yang mencukupi dalam darah.

3. Selenium

Selenium adalah antioksidan yang melindungi telur dan sperma dari radikal bebas, yang seterusnya mengurangkan peluang kecacatan kelahiran dan keguguran.

Anda boleh cari MV kalau ingin mencuba set prenatal vitamin Shaklee. Kita hanya merancang, beusaha dan berdoa. Selebihnya kita bertawakal kepada Allah.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order :
=======================================
CALL/SMS/WA : 0122050258 (Noriza)