Vitamin C Untuk Mencerahkan Kulit – Lebih Baik Daripada Glutathione?

By | November 12, 2015
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+1Share on Facebook22

Vitamin C Untuk Mencerahkan Kulit

Vitamin C Untuk Mencerahkan Kulit | Mungkin anda pernah tertanya-tanya bolehkah dengan mengambil Vitamin C mencerahkan kulit? bagaimana sebenarnya Vitamin C membantu mencerahkan kulit?

Sebelum MV menjelaskan apa kaitan Vitamin C dengan warna kulit kita, MV fikir anda perlu mengetahui dulu apa Vitamin C ini.

Vitamin C dan Kulit

Kulit adalah organ badan yang terbesar dan paling berat, meliputi 12-20 kaki persegi dan mewakili 15% daripada berat badan. Kolagen adalah blok yang membina kulit. Kulit memperolehi kebaikan dari Vitamin C kerana sifat-sifat uniknya yang membentuk kolagen.

Vitamin C (juga dikenali sebagai asid askorbik) adalah vitamin larut air, dan diperlukan oleh badan kita untuk membentuk kolagen dalam tulang, rawan, otot dan saluran darah. Kita mendapat Vitamin C dari buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya buah-buahan sitrus seperti lemon, limau dan oren.

Vitamin C untuk mencerahkan kulit

Kulit mempunyai 3 lapisan: epidermis (lapisan yang boleh dilihat), dermis (mengandungi folikel rambut, peluh dan minyak kelenjar) dan tisu subkutaneus (kusyen dan menebat bahagian dalam).

Warna kulit berasal dari pigmen yang dipanggil melanin. Pigmen ini dihasilkan oleh melanosit sejenis sel yang terdapat jauh di bawah kulit. Melanocytes menukarkan asid amino tyrosine kepada melanin dengan menggunakan enzim tyrosinase.

Melanin ada dalam dua bentuk. Pheomelanin lebih cerah dan memberikan warna kekuningan (yellowish). Eumelanin pula berwarna coklat gelap.

Glutathione membantu menentukan keseimbangan pigmen gelap dan cerah (pheomelanin dan eumelanin) di dalam kulit.

Vitamin C meningkatkan tahap glutathione dalam darah

Vitamin C bukan sahaja meningkatkan tahap Vitamin C dalam darah kita, ia juga meningkatkan tahap glutathione. Ada kajian yang dibuat menyatakan pengambilan 500mg vitamin C sehari meningkatkan kepekatan glutathione dalam darah sebanyak 50%.

Dos yang tinggi Vitamin C juga akan meningkatkan tahap glutathione semula jadi kita, jadi suplemen dengan Vitamin C adalah penting jika anda mahu untuk mencerahkan kulit anda.

*Credit : WhiterSkin, MedicineNetilluminatural6i & NewsMedical

Vitamin C Untuk Mencerahkan Kulit – Lebih Baik Daripada Glutathione?

Vitamin C untuk mencerahkan kulit

Semasa mencari untuk maklumat lanjut mengenai makanan tambahan glutation, MV terjumpa satu artikel yang bercakap tentang bagaimana pengambilan suplemen Vitamin C lebih berkesan untuk mencerahkan kulit dari glutathione.

Jika dilihat pada suplemen glutathione sebagai ejen memutihkan kulit, selalu ada phrase yang menyatakan “anda perlu mengambil dua kali ganda vitamin C untuk pemutihan kulit secara berkesan”. Yang menjadi pertanyaan, sekiranya glutathione memang berkesan dalam memutihkan kulit, kenapa perlu mengambil Vitamin C? Jawapannya sangat mudah : glutathione tidak boleh diambil secara berasingan kerana ianya teroksida atau kurang keberkesanan pengambilannya secara oral. Sebab itu, ramai penjual yang menekankan pengambilan glutathione dengan vitamin C untuk “back up”.

Vitamin C untuk mencerahkan kulit

Pakar kesihatan dan kecantikan juga mengesahkan bahawa vitamin C adalah lebih berkesan dalam pemutihan kulit berbanding glutathione. Dengan suplemen vitamin C sahaja, lebih kurang 3-6 bulan diperlukan untuk memutihkan kulit dan bersinar-sinar.

Adakah perlu mengambil Vitamin C untuk mencerahkan kulit ?

Ya, ya, dan ya! Jika mahu mencerahkan kulit anda dengan cara dalaman menggunakan makanan tambahan, detoxing atau menukar diet anda, Vitamin C tambahan adalah penting.

“Dos yang diperlukan untuk mencerahkan kulit ialah 20-40mg/kg. Jadi berat anda dalam kilogram didarabkan dengan 40mg, maka itulah amaun vitamin C yang anda perlukan setiap hari. Sekiranya pengambilan Vitamin C diambil melalui campuran buah-buahan dan suplemen, itu adalah yang terbaik!”

Sekiranya anda mencari produk Vitamin C untuk mencerahkan kulit secara semulajadi dan selamat, MV sangat syorkan anda mengambil Sustained Release Vita-C Plus™.

Ramai dah yang kagum dengan kehebatan Sustained Release Vita-C Plus™ yang boleh mencerahkan kulit dan menjadikan wajah berseri-seri.

Testimoni #1 Encik Izzul

Vitamin C untuk mencerahkan kulit

Selepas 5 bulan konsisten dengan mengambil Vitamin C, B-complex, Vitamin E dan ESP – Soy Protein Isolate Powder, beliau mendapat kulit muka yang lebih cerah! Jangan tak tahu abang sado pun nak kulit cerah juga tau. 😉

Testimoni #2. Puan Aneng

Vitamin C untuk mencerahkan kulit

Macam tak percaya tengok gambar Puan Aneng ni kan? Memang sangat ketara perubahannya selepas konsisten mengamalkan Vitamin C serta ESP – Soy Protein Isolate Powder selama 2 tahun dari tahun 2012 sehingga 2014!

BERKAITAN : Nutrien penting untuk kulit cantik berseri

Suplemen Vitamin C adalah lebih berkesan dalam mencerahkan kulit dari glutathione dan MV amat mencadangkan untuk anda semua membelanjakan wang anda pada sesuatu yang berfungsi dan bukannya mudah tertipu dengan pengambilan glutathione semata-mata.

Anda boleh dapatkan penjimatan dengan pembelian Set Kecantikan Kulit Shaklee bersama Sustained Release Vita-C Plus™ . Promosi Buy 6 get 7 dan juga Buy 2 get 5% off sepanjang bulan November ini.

Vitamin C untuk mencerahkan kulit

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉

esell-shaklee-logo-500x351

22 thoughts on “Vitamin C Untuk Mencerahkan Kulit – Lebih Baik Daripada Glutathione?

  1. JULIA JOHARI

    Wauuu bagus yer fakta tentang vitamin C…selain Ephyra julia memang baru nak consume Vitamin C 100mg sehari tu…mmg nampak ketara sebab dulu julia batuk susah nak baik 3 minggu batuk x henti2…lepas amal nampak kureng sikit dah batuk

  2. Okje

    Patutlah ramai artis yg putih melepak sekarang ni yer Nor…. Bagi mak, biarlah hitam gini, sebab nak makan benda benda gini mmg tak berani hihi…

  3. mselim3

    Assalammualaikum… noriza,

    wahh…. vitamin c boleh putihkan kulit yer…

    mselim3

Comments are closed.