Ramainya yang tak pernah ambil tahu bahawa beberapa jenis lemak berlebihan yang disimpan di sekitar organ-organ boleh menyumbang kepada penyakit jantung, demensia, kanser, kemurungan dan pelbagai penyakit lain.

Visceral Fat Berlebihan

Apa itu Visceral Fat?

Visceral fat ialah pengumpulan tisu intra-abdominal berlebihan di bawah otot perut anda dan sekitar organ-organ utama seperti hati, pankreas dan usus. Dalam erti kata mudah, ia dikenali sebagai lemak “deep” yang disimpan dibawah kulit melebihi lemak “subcutaneous” perut.

Jika anda mempunyai perut yang buncit dan ukuran pinggang besar, itu adalah satu tanda yang jelas anda menyimpan visceral fat berlebihan.

Visceral fat berlebihan berbahaya kerana, seperti yang anda ketahui, sel-sel lemak bukan sahaja membalut organ dan menyebabkan seluar anda berasa ketat tetapi sel-sel lemak ini juga mengubah cara badan anda beroperasi.

Bahaya Visceral Fat Berlebihan

Disebabkan visceral fat terkumpul jauh di dalam perut, dan mengelilingi organ-organ seperti hati dan pankreas yang menjana insulin, ia boleh menimbulkan bahaya kepada kesihatan.

Ia boleh menyebabkan pengeluaran hormon yang boleh membawa kepada gangguan sistem badan dipanggil renin–angiotensin–aldosterone system (RAAS).

Walaupun lelaki lebih cenderung menghadapi risiko berbanding wanita untuk mendapat penyakit tertentu, kedua-duanya perlu sedar akan risiko peningkatan keadaan kesihatan yang berikut:

  1. Penyakit jantung koronari
  2. Disfungsi seksual
  3. Gangguan tidur seperti sleep apnea
  4. Kanser
  5. Stroke
  6. Dementia
  7. Diabetes
  8. Kemurungan
  9. Arthritis
  10. Obesiti

visceral-fat-berlebihan

Sesetengah visceral fat adalah perlu seperti jello yang memisahkan kepingan buah-buahan, organ kita perlu untuk dipisahkan, kita memerlukan visceral fat sebagai buffer zone atau kusyen untuk perlindungan.

Organ yang mengalami tekanan berlebihan cenderung mengalami kenaikan tekanan darah yang seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung dan angin ahmar.

Visceral fat berlebihan juga mengganggu hormon Adiponectin yang dikenali sebagai hormon lemak yang mengawal selia metabolisma badan kita.

Lebih banyak lemak visceral kita kumpul maka lebih banyak ia menghalang hormon Adiponetin. Signal yang salah ini menyebabkan badan kita mengumpul lebih banyak lemak.

Satu lagi masalah besar ialah lemak visceral memberi kesan sensitiviti insulin badan. Lebih banyak lemak visceral disimpan, maka lebih besar kemungkinan untuk mendapat penyakit diabetes type 2 di kemudian hari.

Visceral Fat Dalam Lelaki dan Wanita

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Circulation Journal of the American Heart Association, visceral fat mempunyai kesan yang lebih besar ke atas kesihatan kardiovaskular wanita yang lebih usia berbanding obesiti.

visceral-fat-berlebihan

Penyelidik Denmark pula mendapati  bahawa wanita yang mempunyai lemak perut berlebihan mempunyai risiko aterosklerosis yang lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai lemak di bahagian pinggul, paha dan punggung.

Ujian untuk Mengetahui Tahap Visceral Fat

National Institutes of Health (NIH) telah menetapkan cutoff points berikut untuk mengenal pasti orang yang berisiko tinggi menghidap penyakit yang berkaitan dengan obesiti ini.

visceral-fat-berlebihan

Wanita yang mempunyai lilitan pinggang yang lebih daripada 35 inci dan lelaki dengan lilitan pinggang lebih daripada 40 inci mempunyai risiko yang tinggi untuk pelbagai penyakit.

Mengurangkan Visceral Fat Berlebihan

Tidak sukar nak menyingkirkan lemak ni sekiranya kita sanggup untuk mengubah gaya hidup termasuk soal pemakanan dan senaman.

Untuk setiap 10% daripada berat badan yang anda hilang, anda akan mengurangkan lemak visceral anda sebanyak 30%

Bagaimana anda mahu mengurangkan visceral fat? Ia adalah cara yang sama anda mengurangkan lemak di tempat lain di badan anda. Lebih mudah jika anda amalkan menggunakan lima rukun pengurangan lemak.

  1. Makan secara clean diet.
  2. Bersenam secara berkala.
  3. Staying properly hydrated.
  4. Pastikan tidur yang cukup setiap malam.
  5. Mengurangkan stress.

PERINGATAN! Orang lelaki muda belia berumur 30-an di Malaysia ni adalah golongan yang paling kritikal diserang penyakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi.

Walaupun anda rasa berat badan anda tidak obes, itu tidak bermakna lemak visceral dalam badan anda adalah dalm julat norma;.

Jika HARI INI anda tidak berbuat sesuatu, kemungkinan besar anda adalah the next person to check out..

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Visceral Fat Berlebihan Adalah Tidak Sihat

2 thoughts on “Visceral Fat Berlebihan Adalah Tidak Sihat

Comments are closed.