Tips Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa

By | June 8, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook1

Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa | Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke-3 umat Islam berpuasa kan?. Walaupun berpuasa, tugas-tugas harian tetap perlu dijalankan seperti biasa tambah pula kita disunatkan untuk menjalankan amalan-amalan sunat seperti solat sunat tarawih, sunat tahajjud, bertadarrus dan banyak lagi kan?.

Sebab tu penting untuk kita kekal cergas bertenaga ketika berpuasa sepanjang hari.

Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa

Hari ni MV nak berkongsi tips kekal cergas bertenaga ketika berpuasa dari instagram Kevin Zahri. Supaya kebarangkalian nak melepek disiang hari berpuasa tu kurang dan kita masih mampu menjalani aktiviti seharian dengan produktif! ?

Tips Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa di Bulan Ramadhan

Ketika kita berpuasa, kesegaran tubuh badan akan berkurangan. Kita akan mudah terasa letih dan mengantuk. Selain itu bibir akan mula mengelupas dan kulit juga akan menjadi kering. Ini berpunca akibat dehidrasi dan kekurangan nutrien dalam badan kita.

Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa

Ketika Sahur

  • Jangan skip sahur.
    Sahur penting untuk bekalkan nutrisi, air dan tenaga untuk amalan berpuasa.
  • Carbohydrate Complex.
    Pastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda semasa bersahur. Kenapa Karbohidrat kompleks bekalkan sumber tenaga yang lebih perlahan dan lebih mengenyangkan.
    Contoh sumber: Roti perang, nasi perang atau nasi putih yang ada serat dan rendah GI (glycemic indeks)
  • Target Kalori: dalam 500kcal
    Secara purata, target pengambilan kalori untuk hidangan sahur dalam lingkungan 500kcal. Pastikan ada sumber protein dan karbohidrat berserat.
  • Protein yang bersih.
    Makanan berprotein seperti ayam, ikan sangat mengenyangkan dan mengambil masa berjam untuk lalui proses penghadaman.
  • Elak Garam.
    Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Ya betul ia penting untuk kurangkan dehydration semasa bersukan tapi dalam keadaan berpuasa, pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng etc ia lagi cepatkan dehyration dan akan buat kita cepat berasa haus.
  • Elak Kafein
    Kafein dalam minuman seperti teh tarik, teh hijau, Nescafe, kopi, milo dan lain-lain adalah diuretik – kualiti yang memaksa badan buang air. Ini lagi mempercepatkan dehydration semasa berpuasa.
  • Kenali kandungan kafein minuman
    Air gas, teh dan coklat pun biasa mengandungi kafein. Kandungan kafein dalam setiap minuman berbeza-beza. Jadi kalau nak minum air coklat (contohnya) tidaklah menjadi masalah yang besar tapi kalau boleh, kurangkan kuantiti pengambilan.
  • Jangan minum banyak sangat!
    Lagi banyak kita minum, lagi cepat badan akan membuangnya dan lagi lah cepat kita anda berasa haus.

Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa

Ketika Berbuka

  1. Bermula dengan kurma ~ Kurma istimewa dengan gabungan gula ringkas (tenaga cepat) dan serat (tenaga lebih lama). 1-3 kurma saiz sederhana sudah cukup untuk bekalan tenaga
  2. The 20 minit Rule! ~ Dari suapan kurma semasa berbuka sehingga berasa kenyang ambil masa 20minit. Kalau kita melantak makanan sepanjang 20minit, kemungkinan besar kita akan makan berlebihan.
  3. Target Kalori: dalam 700kcal ~ Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700kcal. Tapi tak kira betapa sedap kuih-muih dan manis-manisan yang disediakan, bermula lah dengan hidangan yang seimbang untuk kawal nafsu makan dan elak makan berlebihan.
  4. Tiga Jenis Air ~ Semasa berbuka, sediakan tiga jenis air. Air panas untuk bantu “panaskan” sistem penghadaman yang telah berehat lebih kurang 12jam. Air kosong untuk hilangkan dahaga dan ia tidak berkalori. Air manis untuk nafsu tapi JANGAN berlebihan.

Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa

Senaman ketika berpuasa

Lakukan senaman ringan lebih-lebih lagi ketika hampir ke waktu berbuka.

Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa

Inilah dia Set Ramadan Shaklee yang sangat sesuai untuk seisi keluarga, dari kanak-kanak, dewasa hinggalah warga emas.

Set Ramadhan Shaklee membantu untuk Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa

  1. Energizing Soy Protein (ESP) – Merupakan asid amino protein yang membantu memastikan fungsi tubuh berfungsi sempurna. Membekalkan tenaga sepanjang siang hari berpuasa. Membantu mengurangkan rasa lapar.
  2. Meal Shakes – Minuman multivitamin yang lengkap dengan vitamin, mineral dan serat untuk menampung kelompongan zat daripada diet harian. Mengganti semula tenaga semasa berpuasa untuk aktiviti ibadat dimalam hari.
  3. Performance Drink – Membantu mengekalkan hidrasi tubuh untuk memastikan fungsi sel berjalan dengan lancar. Mengurangkan kelesuan semasa berpuasa.
  4. Lecithin – popular bagi mereka yang nak turunkan berat badan sebab fungsinya sebagai pemecah lemak dalam badan. Tapi ramai yang tak tahu, Lecithin juga sangat baik untuk kesihatan minda, kecantikan kulit dan merendahkan kolesterol.

Kebetulan sekarang tengah ada promosi LECITHIN dan MEAL SHAKES, so automatik Set Ramadhan jadi MURAH.

Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan kesihatan dan kecergasan yang optimum.

Anda berminat nak dapatkan nutrisi terbaik untuk kesihatan keluarga sepanjang ramadan?

Jom dapatkan KEAHLIAN SEUMUR HIDUP PERCUMA dengan pembelian 2 SET Ramadan ini (SAH sehingga 30 Jun 2016)

esell-shaklee-logo-500x351

21 thoughts on “Tips Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa

  1. rahimah

    Selalunya air manis dengan ais tu yang lebih. Nasihat pada anak tapi diri sendiri pun langgar pantang juga he he

Comments are closed.