Parut Keloid | Parut keloid sangat sukar diubati dan mengambil masa panjang.

Bagi sesetengah orang, bila mengalami luka atau keradangan kulit, kawasan luka yang sembuh akan meninggalkan parut yang sangat jelas dan besar. Part yang lebih teruk, parut tu membesar dari hari ke hari. Inilah yang dipanggil parut hidup atau parut keloid.

Secara dasarnya parut keloid ni tak la membahayakan kesihatan, cuma ianya mencacatkakn fizikal bila terlalu besar. Terkadang timbul kegatalan di kawasan parut keloid dan menyakitkan di kawasan sekitarnya tu.

Dalam keluarga MV yang perasannya antara adik MV dan MV sendiri. Kesan suntikan BCG adik memang ‘hidup’ sampai sekarang. Dulu, MV pernah bawa dia untuk dapatkan rawatan suntikan steroi di dermatologist. Tapi kosnya sangat mahal, setiap kali pergi RM180, kalau dah berkali-kali pergi cuba bayangkan berapa kos yang dah habis. Tapi, parut keloid tu bukannya hilang pun. Bila adik dia tak nak buat dah keloid tu tumbuh semula.

Kes MV pula, parut keloid ni terjadi selepas kelahiran anak pertama secara ceaser. MV pun tak sedar bila parut ni timbul dan hidup membesar bagai juara. Kalau time berpeluh ke apa memang gatal dan memedihkan kawasan yang kita garu tu. Bila pegang tu besarnya macam ulat gonggok tau. Hitam dan tebal kawasan parut keloid tu.

Parut keloid ni adalah kekal. MV usaha juga gunakan gel untuk parut, MEDERMA dan minyak Bio Oil tapi sangat tidak efektif untuk parut jenis keloid.

MV tak pernah tahu pula yang parut keloid ni boleh dikurangkan dengan suplemen.

So, bila dah berkenalan dengan Shaklee dan amalkannya sepanjang tempoh mengandung anak kedua dan teruskan sehingga kini, memang MV rasa berpuas hati. Daripada pengalaman MV, sudah boleh nampak parut itu agak lebih lembut, warna pun semakin pudar dan lebih leper. Bila pegang tu dah tak ngeri lagi la.

MV amalkan pengambilan Set Family Wellness dan Set Kulit Asas Shaklee. Dengan pengambilan Vita-lea, Bcomplex, Vita-c Plus, Vitamin E dan ESP seems it work for me!

Dengan set kulit ini banyak membantu merawat masalah kulit saya yang lain seperti jerawat & kulit kering. Selain itu, set ini mampu mengecilkan parut keloid dan mencerahkan kulit di bahagian parut keloid tu.

Nasihat MV jangan mudah putus asa!. Lebih baik kita merawat parut keloid dari terus melihat keloid bermaharajalela dan merebak menjadi lebih besar lagi.

Tiada Lagi Masalah Parut Keloid yang Mengerikan

Kisah Puan Zainora pun lebih kurang sama dengan MV. Cuma, beliau lagi beruntung sebab doktor membuang keloid tu semasa kelahiran anak keduanya.

Jom kita berkongsi pengalaman beliau dengan masalah keloidnya.

Keloid?
Siapa pernah alami? Saya pernah mengalami keloid kronik di bahagian ceaser selepas lahir anak pertama.
.
Masalah keloid tidak semua orang akan alami jika mengalami luka sehingga menyebabkan parut atau keloid yang boleh meninggal parut yg semakin besar dari hari ke hari. Antara punca berlakunya keloid ini adalah disebabkan oleh faktor pemakanan, hormon dan genetik seseorang itu.
.
Saya pernah alami keloid yang hodoh & menyeksakan. Ia bukan sekadar keloid biasa, ia merupakan parut yang hidup di bahagian ceaser selepas lahirkan anak pertama saya. Semasa anak pertama saya masih tidak kenal Shaklee ini, memang saya tak terfikir supplement boleh bantu mencegah keloid daripada terus membesar.
.
Masalah keloid ini terjadi apabila sel yang bertanggungjawab untuk menyembuh luka mengalami proses penyembuhan yang tidak teratur, turut membesarkan dan menggandakan sel untuk mengisi ruang antara luka sehingga menjadi lebih besar daripada parut itu sendiri.
.
Untuk lebih mudah difahami, keloid terjadi kerana sel badan tidak mengesan yang luka itu telah sembuh, jadi ia terus membaiki kawasan luka tersebut sehingga menyebabkan parut menjadi semakin besar (keloid).
.
Selepas ceaser anak pertama keloid membesar memang tak selesa sangat, ia rasa gatal bila berpeluh, gatalnya Allah je lah tau.. memang tak selesa & pedih bila bergesel dengan seluar, lagi-lagi seluar berzip.
.
Pernah jumpa dokter untuk rawat keloid ini. Dokter suggest ambil suntikan steriod bagi mengecutkan keloid, seramnya bila dokter cakap suntikan steriod tu kena cucuk di sekeliling keloid & perlu cucuk seminggu sekali.
.
Allahukabar seram, memang tak jadi lah saya nk buat. So saya biarkan saja keloid tu & redha dengan ketidakselesaan keloid itu.

Parut Keloid

Alhamdulillah saya lahir anak kedua dokter buang parut keloid yg besar tu. Ketika itu saya bimbang kalau keloid kembali lagi. Sejak lahir anak kedua saya ambil SET KULIT Shaklee antaranya ialah Vitamin C, B Complex, GLA Complex & ESP, syukur masalah keloid tiada lagi sehingga lah saya lahir anak ke-3, keloid tiada lagi tubuh di bahagian ceaser saya. Sekarang saya gembira sangat.
.
Saya sedar ketidakstabilan sel-sel hormon dalam badan kita boleh menyebabkan proses penyembuhan pada bahagian luka tidak sempurna. Dengan set kulit ini banyak membantu merawat masalah kulit saya yang lain seperti jerawat & kulit kering. Selain itu, set ini mampu mengempiskan keloid dan mencerahkan kulit lagi-lagi bahagian keloid.
.
Kesimpulannya jika anda mengalami keloid kronik seperti saya, jangan biarkan ketidakselesaan menganggu aktiviti harian anda. Setiap masalah ada penyelesaian, begitu juga dengan penyakit yang kita hidapi, antara kita saja mahu merawatnya dengan konsisten atau biarkan sahaja.

Kalau sesiapa yang ada masalah serupa seperti kami berdua boleh la mencuba produk semulajadi ini.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Tiada Lagi Parut Keloid yang Mengerikan!

3 thoughts on “Tiada Lagi Parut Keloid yang Mengerikan!

Comments are closed.