27
- December
2017
Posted By : noriza rahman
Tangan Kebas Menyucuk seperti Sindrom Carpal Tunnel Semasa Hamil

Sekarang ni MV rasa macam tak sihat sebabnya selalu rasa kebas tangan menyucuk seperti Carpal Tunnel Syndrome, dan alhamdulillah sekarang ni tunggu masa aje nak bersalin, cepatnya masa berlalu, berdebar-debar pun ada juga ni heheee, insyaAllah kalau tak da masalah Januari 2018 dapatlah cium bau baby.

Tapi tu lah macam MV katakan awal tadi, rasa sakit tangan yang tak menahan, sangat tak selesa. Ingatkan kebas biasa saja, rupanya ia berkait dengan penyakit sindrom Carpal Tunnel. Ni 1st time kena semasa hamil, sebelum ni mengandung 2 kali tak pernah kena pula.

Selalunya Penyakit Carpal Tunnel Syndrome ni menyerang pengguna komputer. Jika berlaku pada ibu hamil, ianya hanya sementara dan akan hilang sendirinya selepas bersalin, tetapi sekiranya lepas bersalin masih ada rasa sakit tersebut, ianya adalah serius, mungkin memerlukan pembedahan ataupun suntikan bagi mengurangkan rasa sakit.

Bagi wanita mengandung macam MV ni ianya terjadi disebabkan water rentention yang mana ianya melibatkan pertambahan berat badan akibat pengumpulan air dalam badan. 2 minggu lepas kan MV cerita berat mencanak naik sampai 3.5kg dan kebiasaannya bagi wanita mengandung akan mengalami kebas dikedua-dua belah tangan. Nak menggenggam tu punya lah susah. Lepas tu rasa sakit dan tak selesa.

Sebenarnya bukanlah rasa kebas macam biasa tu yang kebas rasa menebal dan tidak merasa apa-apa langsung walaupun tangan tu digigit, ni rasanya macam menyucuk-nyucuk, semakin ditekan atau buat regangan akan terasa sakit menyucuk tu, macam terasa panas pun ye menarik dan menyucuk-nyucuk, dalam bahasa inggerisnya lebih tepat dengan nama “Tingling Sensation”

Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:

1. Kebas – pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dansebahagian jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil kerana berlainan saraf. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur.

2. Sakit dan berdenyut – yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari.

MV juga tak boleh buat pergerakan yang sama berulang-ulang, tak boleh angkat benda yang bergetar, ataupun pendek kata tak boleh ada tekanan pada tangan. Sekarang ni waktu tidur malam MV tak lena, bukan saja sebab tak selesa dengan perut besar, tapi tak selesa dengan keadaan tangan ni juga, silap sikit je tangan mula rasa kebas menyucuk tu, terpaksalah gerak-gerakkan dan kipas-kipaskan tangan sambil meluruskan tapak tangan dengan jari jemari, macam tu saja caranya nak bagi kurangkan rasa sakit. Harapnya taklah serius sangat dan cepat-cepatlah hilang lepas bersalin nanti.

29hb ni nak jumpa doktor O&G, harapnya tak terlupalah nak tanyakan pasal penyakit ni.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.