“Nak sangat-sangat maintain kandungan kalsium dalam badan. Tapi saya ni jenis susah la nak minum susu. Rasa nak muntah. Saya sedar kalau saya keep tak minum susu, nanti saya mudah sakit belakang, sakit sendi. Sebab saya dah lah menyusukan anak. Macam mana nak ganti semula kalsium yang anak saya dah “sedut” dari badan saya tu??”

Jangan bimbang. Memang ada individu yang memang jenis susah nak telan susu bagi masuk dalam sistem badan. Sebenarnya banyak makanan yang non-dairy based yang kita makan setiap hari telah membekalkan kalsium secara tak langsung kepada kita.

Cumanya, jumlah pengambilan kalsium yang mencukupi bergantung kepada banyak mana kita makan makanan tadi tu.

Terdapat beberapa sebab penting mengapa susu bukanlah sumber terbaik untuk semua orang.

Intoleransi Laktosa

Ada sesetengah individu yang mengambil produk tenusu akan menyebabkan berlaku masalah kekejangan, kembung perut dan cirit-birit.

Kandungan Lemak Tepu Tinggi

Banyak produk tenusu tinggi dalam lemak tepu, dan pengambilan lemak tepu yang tinggi adalah faktor risiko penyakit jantung.

Kemungkinan Meningkatkan Risiko Kanser Ovari

Tahap tinggi galaktosa, gula yang dikeluarkan oleh pencernaan laktosa dalam susu, telah dikaji mungkin merosakkan ovari dan menyebabkan kanser ovari.

Risiko Peningkatan Kanser Prostat

Diet tinggi kalsium telah dikaitkan sebagai faktor risiko yang mungkin untuk kanser prostat.

Lelaki dengan pengambilan kalsium sekurang-kurangnya 2,000 miligram sehari, hampir dua kali ganda meningkatkan risiko diserang kanser prostat.

Ada 14 Makanan Pengganti Susu Kaya Dengan Kalsium Boleh diamalkan oleh Individu yang Tidak Suka Minum Susu

  • Keju cheddar
  • Aiskrim vanila
  • Tofu
  • Kacang almond
  • Kacang rebus
  • Kailan telah dimasak
  • Brokoli
  • Bayam
  • Roti bijirin penuh
  • Salmon
  • Sardin
  • Jus buah oren yang diperkaya
  • Yogurt
  • Susu soya

Apa yang penting sangat kalsium ni? Kalau kurang kalsium apa jadi?

  1. Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut
  2. Sukar tidur (Insomnia)
  3. Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  4. Sakit pinggang dan kaki
  5. Cepat naik angin dan mudah terkejut
  6. Luka susah sembuh, darah lambat beku
  7. Menurunkan kadar metabolisme
  8. Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  9. Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  10. Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin

MV juga tak suka minum susu tetapi segalanya berubah dan bermula apabila MV pregnant anak sulung masa tahun 2011.

“Kepentingan Kalsium untuk Ibu Hamil”

Setiap hari rasa sakit lenguh-lenguh seluruh tubuh badan. Asal duduk lama sikit kaki akan cramp. Terkial-kial sorang-sorang betulkan kaki bawah meja kat ofis. Teruk tapi benar. Malah kalau MV cerita setiap tragedi yang dialami sepanjang tidak mendapat manfaat kalsium ni, memang sadis. Bila tidur malam betis kejang kejung kena simpul biawak. Semuanya dah MV rasa. Memang menangis-nangis lah.

OsteMatrix mengubah segalanya

Sehinggalah MV mencari solusi semasa berpantang. Ya, benar. Setiap malam MV makan 4 tablet putih bujur itu dengan penuh bunga harapan.

Ajaib! Kesemua simptom yang buat MV ngeri kalau tidur malam tanpa suami di sisi perlahan-lahan lesap. Lama-kelamaan terus hilang dari membelenggu diri.

“Pengalaman Hamil, Bersalin, Berpantang dan Menyusu”

Sengsara betul kalau diingat balik kisah tu. Tapi, sekarang dia lah yang selalu buat MV mudah bangun pagi tanpa rasa kebas dan sengal lagi.

5 penyebab inilah, MV jatuh cinta dengan si bujur putih OsteMatrix, suplemen wajib MV sebelum tidur

#1. Hilang lenguh-lenguh badan dan sakit tumit kaki.

Kalau lama-lama berdiri di dapur, memang akan terasa tapak kaki mencucuk-cucuk je. MV tau bukan MV je yang alami masalah ini. Ramai ibu-ibu dan ister-isteri di luar sana yang mengalami masalah sakit tapak kaki ni kan.

#2. Bantu lawas dan tidak sembelit.

Dulu waktu zaman bujang sehingga la waktu mengandung, MV memang mempunyai masalah sembelit. Duduk dalam toilet berjam-jam adalah perkara biasa bagi MV ketika hamil. Tapi perkara tu hanyalah kenangan bila MV amalkan ostematrix sejak pantang dulu sampai la sekarang. Alhamdulillah, dah tak pernah sembelit. Rasa lega yang amat. Setiap pagi memang ‘pelaburan’ lancar.

“Pengalaman Berpantang Tanpa Jamu”

#3. Bangun tidur rasa segar dan kurang letih.

Magnesium dalam OsteMatrix ni membantu tubuh kita mendapatkan tidur dan rehat yang berkualiti. Apabila badan kita mendapat rehat yang mencukupi, sudah tentu kita akan berasa segar keesokan harinya.

“Kalsium Magnesium Atasi Masalah Insomnia”

#4. Sakit belakang kerana perut yang semakin membesar semakin kurang.

Kalau dulu, belakang MV confirm akan sakit kerana perut yang membesar membuatkan pinggang tidak lagi lurus seperti sebelum mengandung. Akan tetapi sejak amalkan Ostematrix, belakang atau pinggang sudah kurang berasa sakit.

#5. No more cramp kaki

MV mengalami cramp atau kebas kaki semasa mengandungkan anak sulung. Kena tahu apakah punca kaki kejang semasa hamil. Namun sejak amalkan Ostematrix, Alhamdulillah sampai sekarang tidak pernah lagi alami kejang, kebas atau cramp kaki.

“Berpantang Secara Moden”

Jadi itu adalah antara #shakleeeffects yang MV rasa lepas amalkan OsteMatrix ni.

Sehingga kini pun, MV masih setia dengan si putih bujur ni. MV masih meneruskan amalkan makan OsteMatrix ni since berpantang anak sulung, hamil anak kedua, menyusukan anak dan sehingga kini hamil anak ketiga. MV memang memerlukan kalsium tambahan untuk keperluan harian serta mencegah osteoporosis yang sangat sinonim dengan wanita lanjut usia.

Oh My OsteMatrix, sayang kamu ketat-ketat!

Bukan MV seorang je tau yang dah rasa kesan positif. Ramai yang mencubanya memang sukakannya.

Ingin mencuba dan merasai sendiri bagaimana rasanya jatuh cinta dengan OsteMatrix?

Ingin menikmati tempoh kehamilan yang membahagiakan?

Anda hanya perlu OsteMatrix yang tiada kalori dan SANGAT sesuai untuk mereka yang tak minum susu dan makan sayur.

Pelaburan anda hanya berharga RM61 (120 biji) untuk sebotol OsteMatrix.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Tak Suka Minum Susu? Tak Apa sebab Susu Bukan Sumber Terbaik Kalsium

10 thoughts on “Tak Suka Minum Susu? Tak Apa sebab Susu Bukan Sumber Terbaik Kalsium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.