Daftar Haji Menggunakan Akaun KWSP Tanpa Deposit RM1300

Daftar Haji Menggunakan Akaun KWSP Tanpa Deposit RM1300

Diari MommaVogue
Daftar Haji Menggunakan Akaun KWSP | Kebetulan bulan ni ramai yang nak menunaikan haji, MV pun nak berkongsi maklumat ni lah. Kemudahan ini tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP. Kaedah Pelaksanaan Daftar Haji Kita boleh mendaftar haji di bawah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dengan cara-cara berikut: Hadir sendiri di mana-mana cawangan LTH, Bank Rakyat dan Bank Islam Bawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. Proses pendaftaran haji adalah mengikut prosedur semasa Lembaga Tabung Haji. Cara Daftar Haji Menggunakan Akaun KWSP di Lembaga Tabung Haji Kalau siapa yang bekerja swasta memang mencarum dalam KWSP kan? So, jangan risau kalau dalam akaun Tabung Haji kita tak mencukupi RM1300 untuk pendaftaran haji. Sebabnya kalau kita seorang pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), secara automatik kita berhak mendaftar untuk pergi haji tanpa perlu keluar modal sesen pun! Bagaimana caranya? Mudah…
Read More