24 Oktober yang lepas MV ke Klinik Kesihatan Nilai untuk checkup rutin kehamilan biasa. Alhamdullilah BP ok..test urine pun cantik..berat naik dengan jayanya 1.5kg dari 2 minggu lepas, tapi still tolerable lah untuk ibu hamil macam MV ni.

Sembang punya sembang dengan nurse

Nurse: Puan dah rasa pergerakan baby?

MV: Dah nurse, aktif sangat, kenapa?

Nurse : Kalau macam tu hari ni kita bagi suntikan kancing gigi lah.

MV: Ok (Dalam hati, mesti lenguhlah tangan nanti)

Berapakah Suntikan Yang Di berikan?

Sekiranya ini kehamilan pertama buat ibu hamil, suntikan akan diberikan sebanyak dua kali. Suntikan pertama di berikan pada awal kehamilan dan seterusnya suntikan kedua pada sebulan atau dua bulan selepas suntikan pertama.

Tapi jika ini kehamilan kedua dan jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama hanya satu suntikan sahaja di berikan.

Apa Kesan Terhadap Suntikan Ini?

Jika mengikut pengalaman MV sendiri, kesannya lenguh-lenguh dan di kawasan suntikan dan ada kesan lebam sedikit. Memang 4-5 hari terasa berat sangat nak angkat tangan.

Bahkan ada juga keluhan ibu hamil yang mengatakan mereka demam 2-3 hari, apapun semua itu terpulang pada penerimaan badan masing-masing.

Kepentingan Anti-Tetanus untuk Ibu Mengandung.

  1. Mencegah kelahiran bayi pramatang
  2. Membentuk anti bodi yang kuat untuk mencegah kuman clostridium tetani

Surprise…..

Sebelum mengakhiri sesi perjumpaan tu, MV di ajar cara bagaimana untuk mengira dan mencatit pergerakan baby. Oh dah kena start catit ni.

Ok..tu nanti MV akan kongsikan pada entry akan datang yer…big surprise lagi dari nurse, MV di minta datang lagi ke klinik pada 28 minggu untuk buat MGTT untuk kali terakhirnya.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Suntikan Kancing Gigi  Anti Tetanus Toxoid masa 25 Minggu

3 thoughts on “Suntikan Kancing Gigi  Anti Tetanus Toxoid masa 25 Minggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.