Sukar Memujuk Anak Makan Sajian Buah dan Sayuran?

By | October 25, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+3Share on Facebook0

Sebenarnya tidak sukar memujuk anak makan sajian sayur dan buah-buahan, namun MV juga tidak menyangkal banyak ibu bapa yang pening kepala kerana anak-anak kecil mereka tidak menyukai kedua-dua jenis makanan ini.

Yang penting ibubapa TIDAK putus asa!. Apa yang perlu dilakukan hanyalah satu iaitu Be Creative.

Berita baik adalah tidak mustahil. Tetapi berita buruk ianya memerlukan konsisten dan persistance daripada ibu bapa, dan ia tidak akan mudah.

MV akan berkongsi dengan anda 15 Tips bagaimana untuk menyemai minat kanak-kanak makan sayur dan buah.

15 Tips Terbukti Berkesan yang Boleh Dipraktikkan Oleh Ibubapa yang Sukar Memujuk Anak Makan Buah dan Sayuran

1. Kreatif menggubah agar penyediaan nampak lebih menarik

sukar-memujuk-anak-makan

Mungkin anda boleh memotong sayur dan susun di atas pinggan menjadi bentuk-bentuk kartun atau haiwan.

Cara hidangan ini adalah mainan psikologi yang boleh merangsang selera anak untuk menikmatinya.

Bila anak melihat beraneka warna dan bentuk makanan, sudah pastinya mereka akan seronok untuk menikmatinya.

2. Melibatkan anak-anak semasa penyediaan

sukar-memujuk-anak-makan

Pujilah anak anda dengan pujian yang ikhlas dengan mengatakan buahan-buahan dan sayuran yang mereka potong ini lebih manis dan lebih sedap kerana dipotong oleh mereka.

3. Bawa anak membeli sayur dan buah

sukar-memujuk-anak-makan

Pastikan anak-anak terlibat apabila membeli makanan untuk isi rumah.

Sesekali bawa mereka ke bahagian buah dan sayur. Minta anak senaraikan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mereka gemari.

Buat senarai beli-belah mengikut kumpulan makanan supaya mereka mudah melihat buah-buahan dan sayur-sayuran dalam senarai.

4. Bawa anak ke tempat yang boleh memetik buah

sukar-memujuk-anak-makan

Jika bercuti ke Cameron Higland atau tempat yang boleh memetik buah dan sayur, biarkan mereka mencuba petik sendiri.

Peluang ini membolehkan mereka mengenali buah dan sayur dengan lebih dekat.

5. Buah-buahan dijadikan aiskrim

sukar-memujuk-anak-makan

Kanak-kanak lebih suka benda-benda yang manis dan berwarna warni. Bercakap tentang manis, anda boleh hidangkan buah-buahan yang telah dicelup bersama coklat atau madu dan dijadikan aiskrim.

Pastinya dapat memikat hati anak-anak anda.

6. Didik anak berkebun

sukar-memujuk-anak-makan

Ini adalah salah satu cara yang paling mudah untuk menarik minat anak-anak untuk mencuba buah-buahan dan sayur-sayuran. Mulakan dengan benih atau anak benih dan biarkan mereka tanam sendiri.

7. Sajikan dengan buahan yang bermusim

sukar-memujuk-anak-makan

Dengan itu ibu bapa boleh mendidik anak-anak untuk menyediakan hidangan mereka sendiri di dapur.

8. Libatkan anak dalam penyediaan masakan

sukar-memujuk-anak-makan

Tujuannya bukan untuk melatih mereka pandai memasak tetapi mengajar mereka supaya mengenal jenis-jenis makanan yang biasa anda masak untuk keluarga.

Anak-anak seawal usia 2 tahun boleh membantu mengukur, kacau dan menambah bahan-bahan. anak-anak yang lebih tua boleh membantu memotong dan memasak makanan

Jika mereka mula melihat makanan yang dihidang, mereka mungkin berminat untuk merasa kerana mereka ingin tahu bagaimana rasa makanan yang mereka lihat dan bantu anda memasak tadi.

9. Pamerkan hidangan buah di tempat yang mudah dilihat

sukar-memujuk-anak-makan

Letakkan buah-buahan di tempat yang sering menjadi laluan mereka. Apabila mereka berkeinginan untuk mengunyah makanan, biasanya apa sahaja yang mudah dicapai mereka akan makan. Secara tidak langsung mereka akan makan makanan berkhasiat.

10. ‘Eat a rainbow’.

sukar-memujuk-anak-makan

Buah-buahan adalah sumber yang kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan dan serat, yang membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung, obesiti kanak-kanak dan diabetes jenis 2.

Cara terbaik untuk mendapatkan sejumlah besar nutrien adalah untuk menikmati pelbagai jenis buah-buahan.

11. Pujian buat anak

sukar-memujuk-anak-makan

Kita sukar memujuk anak makan buah dan sayuran kerana kita jarang memuji dan memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak kecil.

Ianya merupakan motivasi kepada anak-anak kecil untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Pujukan manis dapat memberi keyakinan dan meningkatkan minat kanak-kanak untuk menikmati sayur dan buah. Percayalah kanak-kanak tidak suka jika mereka dipaksa.

12. Hidangan smoothies untuk sarapan pagi yang berkhasiat

sukar-memujuk-anak-makan

13. Snack dengan ‘dip’ yang berkhasiat

sukar-memujuk-anak-makan

14. Adakan rutin ‘fruit break’

sukar-memujuk-anak-makan

15. Terangkan manfaat mengambil buah dan sayur

sukar-memujuk-anak-makan

Wujudkan perbualan positif mengenai tabiat makan yang sihat, dan jenis makanan yang dimakan semasa makan.

Anda juga perlu memberikan informasi berguna tentang sayur dan buah. Katakan kepada anak-anak bahawa banyak khasiat makan buah-buahan dan sayuran ini.

Salah satunya beritahu mereka yang sayur dan buah mengandungi serat yang banyak dan elok untuk penghadaman, serta dapat menjadikan mereka lebih sihat. Katakan juga vitamin yang terkandung dalam sayur-sayuran dan buah-buahan dapat menjadikan kulit mereka cantik.

Tidak Sukar Memujuk Anak Makan Buah dan Sayuran, bukan?

Anda hanya perlu kreatif dari segi penyediaannya sehinggalah cara ia dihidangkan. Cara hidangan dan potongan juga boleh menarik minat anak untuk menikmati sajian sayur dan buah-buahan.

Tips yang dikongsikan ini boleh membantu para ibubapa untuk menyediakan sajian yang lebih enak dan berkhasiat tanpa jemu. Jangan putus asa kerana anak-anak sememangnya memerlukan lebih perhatian dan cara yang lebih unik, walaupun dalam soal makan.

Semoga anda mendapat inspirasi bagaimana untuk menggalakkan anak anda suka makan buah dan sayur. Selamat mencuba.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

9 thoughts on “Sukar Memujuk Anak Makan Sajian Buah dan Sayuran?

Comments are closed.