Suasana Aidilfitri di Kotaraya Tidak Semeriah di Kampung

By | July 22, 2015
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+6Share on Facebook2

Suasana Aidilfitri di Kotaraya

Suasana Aidilfitri di Kotaraya memang tak semeriah suasana di kampung. Tahun ni MV mengikut giliran menyambut aidilfitri bersama keluarga mertua di Ampang. Memang kurang meriah sikit suasananya. Selepas solat Aidilfitri di Masjid Bukit Indah, MV hanya pulang ke rumah mertua dan bergambar. Aktiviti lain makan dan menziarahi jiran sebelah rumah saja…

Suasana Aidilfitri di Kotaraya

Macamana nak pergi beraya. Kebanyakan kawan-kawan tiada di rumah sebab beraya di kampung masing-masing. Saudara mara pun pulang beraya di kampung. Jiran pun tak ada di rumah. Kebanyakan rumah kosong. Macamana nak beraya?

Tak kan nak beraya rumah Mr Muthu atau Mr Ah Seng pulak. Bukannya ada rendang ketupat. Duit raya pun tak ada. Tak best lah.  😎

Tapi hari raya kedua MV pulang juga ke Labis menjengah nenek dan atuk suami. Balik dari sana singgah ke Rantau, negeri Sembilan pula. Raya ketiga MV ke rumah saudara suami di Semenyih pula. Last hari raya ke-4 kami ke Teluk Panglima Garang menziarahi mak saudara suami di sana.

Menyambut Aidilfitri Seronok lagi di kampung

Lain pula kalau pulang ke Kedah kerana di sana suasana hari raya amat dirasai. Malam raya pakat ramai-ramai buat ketupat, rendang dan gulai.

Lagipun di sana lebih ramai sanak saudara yang boleh dikunjungi berbanding di Kuala Lumpur. Bagi MV, di sana lebih aman dan ceria kerana ramai pulang ke kampung halaman. Keluarga MV juga besar dan kebiasaannya kami berkumpul beramai-ramai menjelang Aidilfitri.

Namun terubat juga hati bila menatap wajah ayah tersayang bersama adik beradik yang lain.

Suasana Aidilfitri di Kotaraya

Walaupun hanya tinggal ayah sahaja di kampung, namun keceriaan dengan anak saudara yang ramai tetap meriahkan suasana. Kalau beraya memang dari pagi sampai ke tengah malam baru balik rumah. Memang keletihan tetapi best sangat dapat berjumpa saudara yang jarang-jarang dapat berjumpa. Tak pa tahun depan giliran MV pula beraya di kampung, pastinya akan lebih ceria.

Anda yang beraya di kampung, berapa buah rumah dah pergi beraya? Banyak tak? Berat badan naik tak?  😉

Kalau rasa berat badan dah naik, jomla order set kurus shaklee atau Set Inch Loss Shaklee  🙂

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang Shaklee..hanya klik pada imej eSell yea  😉

Belian terus ke laman Shaklee

10 thoughts on “Suasana Aidilfitri di Kotaraya Tidak Semeriah di Kampung

  1. Ezad Skytech

    betul tu kak…raya ni lebih meriah kalau berada di kampung…lagi2 kalau semua saudara-mara berkumpul…kalau kat kota kureng meriah sikit….saya merasakan perbezaan tu…hehe
    Ezad Skytech recently posted…Surat Istimewa Daripada MARAMy Profile

Comments are closed.