Sindrom Carpal Tunnel Menyerang Pengguna Komputer?

By | September 2, 2015
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+5Share on Facebook0

Sindrom Carpal Tunnel 

Sindrom Carpal Tunnel | Kerap sakit dan kebas-kebas tangan dan jari? Sehinggakan nak mengangkat barang pon mudah terjatuh? Atau anda merasa kebas di bahagian tangan iaitu pada ibu jari, jari telunjuk dan sebahagian daripada jari manis? Kalau jawapan anda ialah “ya”, anda mungkin mempunyai masalah Sindrom Carpal Tunnel (CTS).

Apa itu Sindrom Carpal Tunnel?

Menurut National Institue of Neurological Disorders and Stroke, CTS ialah satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (‘Median Nerve’) di pergelangan tangan seseorang.

Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.

Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan.

Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.

sindrom carpal tunnel

Simptom Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.

Antara keadaan yang dikaitkan dengan sindrom ini termasuk:

  1. Kepatahan yang berlaku dipergelangan tangan. Ia termasuk kepatahan di tulang ‘Radius’ dan juga tulang-tulang kecil ‘Carpal bones’ yang membentuk terowong pergelangan tangan.
  2. Simen atau plaster yang dipasang bagi merawat kepatahan juga boleh menyebabkan keadaan ini sekiranya ia terlalu ketat.
  3. Sendi pergelangan tangan yang terseliuh juga boleh menyebabkan tekanan kepada saraf ini.
  4. Sebarang ketumbuhan di dalam ‘carpal tunnel’ akan menyempitkan ruang di dalam terowong ini dan menekan saraf
  5. Pesakit yang mengandung
  6. Proses penuaan yang menyebabkan ‘Osteoarthritis’
  7. Masalah hormon pembesaran (‘Growth hormone’)
  8. Masalah penyakit metabolic seperti kencing manis dan gout
  9. Pelbagai penyakit dari kumpulan ‘Connective tissue disorders’ seperti Amyloidosis dan Haemochromatosis
  10. Idiopathic – tiada sebab yang diketahui

Bahaya Sindrom Carpal Tunnel kepada Pengguna Komputer

Sebenarnya, MV sendiri pernah mengalami Sindrom Carpal Tunnel ni. Selalu dengan laptop dan pegang mouse tak betul. MV sering rasa kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti penyapu, telefon atau pen atau semasa bangun dari tidur. Bila ini berlaku MV akan berasa sakit berdenyut pada sendi tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari. Selalunya berlaku selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

Kebanyakan dari pengguna komputer termasuk MV tidak mengambil serius mengenai sindrom ini, yang membahayakan sendi pergelangan kita. Sindrom Carpal Tunnel ini mampu mengakibatkan sendi pergelangan tangan terputus dan tangan tidak akan dapat berfungsi sama sekali.

Jadi, Bagaimana Nak Mengelakkan Sindrom Carpal Tunnel ini?

sindrom carpal tunnel

  • Pilih mouse yang sesuai dengan tangan dan tidak terlalu kecil yang menyebabkan hanya ibu jari dan kelingking yang digunakan. Gunakan mouse yang mudah dipegang dan menyentuh seluruh permukaan telapak tangan.
  • Pegang mouse dengan cara yang betul dan posisi tangan tidak tergantung di atas meja ketika memegangnya.
  • Gunakan papan kekunci dengan betul.
  • Pastikan tangan lurus apabila menggunakan keyboard dan mouse

Pencegahan Dan Kawalan Sindrom Carpal Tunnel (CTS) Dengan Supplemen

Sebagai langkah pencegahan dan kawalan, MV amalkan suplemen yang sangat bagus untuk membantu masalah kebas-kebas dan sakit tangan ini. Antaranya ialah:

1. B-Complex ~ Vitamin B-Complex membantu memperbaiki kecederaan pada saraf, mengurangkan kekejangan otot dan juga membantu mengurangkan tekanan.

BERKAITAN : Ketahui Kepentingan Komponen B-Complex

2. OsteMatrix™ ~ Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

3. Advanced Joint Health Tablet ~ mengandungi glucosamine untuk melincirkan sendi dan saraf. Kandungan aktif ekstrak Boswellia Serrata mengurangkan kesakitan sendi dan menghalang tindak balas kimia dalam otak yang melibatkan keradangan.

BERKAITAN : Sakit Sendi Derita Sepanjang Hayat

4. GLA Complex ~ membantu mengekalkan kesihatan sendi dengan mengrangkan keradangan dan menstabilkan hormon.

JANGAN ANGGAP KEBAS TANGAN TIDAK BAHAYA!

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉

esell-shaklee-logo-500x351

13 thoughts on “Sindrom Carpal Tunnel Menyerang Pengguna Komputer?

Comments are closed.