Siapa Kata Ibu Bersalin Secara Caesarean Tak Hebat?

By | August 24, 2015
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook37

Bersalin Secara Caesarean Tak Hebat ?

Bersalin Secara Caesarean Tak Hebat ? | Kalau ditanya kepada wanita mengandung, majoriti memilih untuk bersalin secara kaedah normal. Walaupun bersalin normal perlu melalui fasa sakit kontraksi yang amat sakit tetapi bakal ibu lebih rela menanggungnya berbanding membiarkan perut di’potong’ untuk mengeluarkan bayi.

Sebelum MV mengulas lebih lanjut mengenai caesarean section, jom kita tengok apa Uncle Google cakap tentang makna caesarean section dalam term medical dictionary ;

“A cesarean section is a surgical procedure in which incisions are made through a woman’s abdomen and uterus to deliver her baby.”

Ramai Cakap Bersalin Secara Caesarean Tak Sakit! Biar Betul?

Anda yang dah melahirkan anak mesti pernah dengar kan?

MV jatuh dalam kategori bersalin caesarean secara kecemasan kerana fetal distress. Mentally tak bersedia. Jadi birth plan yang diprepare sejak sekian lama dah ke laut sebab tak plan untuk dibedah sebab MV sentiasa berharap kelahiran normal.

Siapa Kata Ibu Bersalin Secara Caesarean Tak Sakit? Bagi MV, orang yang bagi jawapan tu adalah kategori tidak pernah melahirkan anak secara pembedahan atau Pernah melahirkan anak secara pembedahan tetapi dia sembunyikan rasa sakit tu.

Agak tragis pengalaman MV masa bersalin dulu sebab sepatutnya EDD 8 Mei 2011 tapi MV dah overdue 12 hari. Memang tak terasa nak bersalin langsung. Sampai ja kat hospital 18 Mei 2011, tukar baju apa semua nurse bagitau doktor nak buat CTG dan check dah buka brapa cm…hohoho….perasaan time tu speechless. Anak sulung kan!

Dari pemeriksaan, doktor cakap hanya 1cm buka, memang dahsyat. So, kena masuk ward la apalagi. Pagi 19 Mei 2011, MV dipanggil sekali lagi oleh doktor untuk check ‘bukaan jalan’. Dia kata kalau masih tak buka 3 cm MV kena induce. Dalam hati MV memang takut yang amat dan berdoa supaya dipermudahkan dan akhirnya ada berita gembira dah buka 3 cm. Alhamdulillah syukur.

Malam tu, MV disorong ke labor room sebab doktor cakap nak pecah air ketuban. Pukul 10 masuk labor room, then bila dah pecah air ketuban tu tunggu la sampai pukul 11.30pm. Bila doktor check balik dia cakap MV memang tiada tanda nak bersalin dan CTG pun display jantung baby berdegup pantas. So, kena tolak masuk O.T. segera.

Kalau orang bersalin normal, EPIDURAL adalah pilihan. Tetapi kalau kategori caesarean, janganlah sesekali cakap jangan, kalau cakap jangan, tahniah kerana anda sanggup dibelah perut tanpa bius. Orang bersalin normal nak meneran pun sakit, ini nak ‘potong’ perut kot?

Bersalin Secara Caesarean Tak Hebat 1

Bayangkan perut kita yang berlapis-lapis macam ni nak kena ‘potong’

Dalam pada nervous nak kena belah perut tu, sempat lagi midwife cheer-up kan MV. Siap kata,

“Jangan risau ye puan, jangan panik, kejap je ni,”

Dalam tempoh tu, MV kena tandatangan surat pengesahan untuk bersalin secara pembedahan. Tanda tangan pun herot petot dah masa tu.

First time masuk O.T. bila tengok lampu yang macam kat tv tu terus dup dap dup dap jantung laju berbunyi. Semasa MV dalam bilik pembedahan tu, kena suntik EPIDURAL kat belakang, bius separuh badan. Jadi MV masih boleh mendengar & merasa sikit-sikit.

Kain tirai diangkat dari paras dada bagi menghalang MV nampak apa berlaku disebalik kain tu. Part yang paling MV tak boleh lupa bila perut ditoreh. MV ingat lagi MV terjerit cakap “Ya Allah, sakitnya” dan hanya Allah yang tahu betapa sakitnya time tu. Masa tu yang diingatkan hanya Allah, suami dan mama ayah.

Masa baby nak dikeluarkan memang terasa bahagian perut MV ditekan sekuat-kuatnya walaupun tak rasa sakit, tapi rasa ditekan tu macam orang tengah kopak buah durian. Ha macam tu lah rasanya. Masa jahit tu pon rasa perut digoyang-goyang. Bayangkan kalau dijahit di perut tanpa bius? Pergh, sadis bila ingat semula..hoho..

Tepat 12.30 pagi, 20 Mei 2011, lahirlah anak MV melalui kaedah pembedahan.

Bersalin Secara Caesarean Tak Hebat 1

*Abaikan date tu sebab adik lupa nak ejas* Ini dengan arwah mama MV,sanggup datang naik bas dari Kedah nak tengok cucu.

MV nampak baby dibawa keluar dan dibersihkan. Alhamdulillah masa nurse tunjuk jantina tu, syukur semuanya cukup sifat. Baby girl. Alhamdulillah, janji anak selamat dilahirkan dan gugurlah dosa ibu yang melahirkan bayi ibarat seperti daun kering yang gugur.

Lepas setengah jam direhatkan di bilik khas, MV ditempatkan di wad ibu bersalin, dan MV ternampak suami tengah menunggu kami di sana. Masa tu baru suami berpeluang nak mengazankan baby.

Habis operation dalam 1.00 pagi camtu, di wad baru nurse pakaikan beg kencing, lepas 1 hari baru tanggal. Pukul 6 petang esoknya baru boleh bangun, itu pun atas desakan nurse. Perut kena pegang, rasa bergoyang-goyang. Nak bergerak pun risau inikan pula nak angkat badan. Posisi menyusukan bayi pun kena mengiring ja. Nak pangku tak berani, nanti terletak kat perut yang baru lepas kena lapah tu, memang naya la. Serius ngeri takut ‘gam’ terbuka.

Kalau ibu bersalin normal takut jahitan episiotomy terbuka! Macam kes MV ni nak meneran buang air besar takut jahitan dalam rahim terbuka. Cuba bayangkan!

Mungkin ada yang tak tahu proses bersalin caesarean kan? Nah, MV kongsikan videonya.

Jadi, jika anda rasa ringan mulut nak kata bersalin operation adalah senang macam potong kek birthday dan tidak sakit, fikir dulu berulang kali. MV lebih rela bersalin normal kot.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

12 thoughts on “Siapa Kata Ibu Bersalin Secara Caesarean Tak Hebat?

  1. BinMuhammad

    Dulu2 mana ada bersalin cara caesarean ni. Semuanya secara normal…dengan adanya teknologi maka banyak nyawa dapat diselamatkan. Namun jika boleh bersalin selamat secara normal, kenapa perlu pilih caesarean?
    Tujuan itu adalah penentu kepada hebat atau sebaliknya seorang wanita itu…
    BinMuhammad recently posted…Kenali Saudara Mara Kita SendiriMy Profile

Comments are closed.