Tidak ramai yang ringan mulut mengucapkan “Terima Kasih”. Masih ramai yang bakhil untuk menuturkannya. Seolah olah menyimpan sejongkong emas didalam mulut. Padahal ucapan ini tak sampai seminit pun untuk kita luahkannya.

Badan yang letih akan terasa segar bila disuntik dengan cecair ‘Terima Kasih’ ini. Hati yang kosong terasa penuh diisi dengan kegembiraan apabila ucapan ini menjamah telinga.

Allah yang Maha Kaya pun berterima kasih kepada hamba-Nya dengan menganugerahkan syurga atas sedikit amalnya yang ikhlas.

Kenapa kita sebagai manusia berkira kira sesama kita?

Aku dan suami menjadikan ucapan terima kasih sebagai resipi wajib dalam mendidik anak anak. Mereka sudah terbiasa melontarkan terima kasih dikala permintaan mereka ditunaikan.

Semalam, usai hajat kakak ditunaikan untuk membeli selipar baru, dia terus cakap “Terima kasih ibu, terima kasih baba”. Duit yang hilang dan penat melayan kerenah dek memenuhi impiannya terus lenyap dikala ucapan itu singgah di telinga.

Namun, manusia ini sentiasa dalam keadaan tergopoh gapah. Ketika keluar dari supermarket, seorang lelaki tergesa gesa keluar terlanggar anak dan barangnya terjatuh. Kalau ikutkan hati amarah ni mahu saja dibiarkan barang tu. Tapi, hati ni masih tercalit sedikit kebaikan. Aku tolonglah ambilkan barang tuan itu dan menghulurkan kepadanya. Dengan angkuh dan bakhilnya tiada ucapan ‘maaf’ ataupun ‘terima kasih’ yang meluncur laju keluar dari mulutnya.

Terpinga pinga juga kami dibuatnya. Mungkin dia beranggapan kami ni hanya tunggul yang tidak perlu disapa. Bukan ucapan yang diharapkan, tetapi akhlak kita sebagai orang dewasa yang dipertontonkan kepada anak anak.

Jangan jadi manusia yang tidak tahu berterima kasih kepada manusia lain. Hatta, kepada pemungut sampah dan pencuci tandas pun kita wajib mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Dua Patah Perkataan yang Tidak Ternilai iaitu Terima Kasih

Dua Patah Perkataan yang Tidak Ternilai “Terima Kasih”

Sesiapa sahaja yang pernah berjasa dengan kita walau sekelumit dan sebesar zarah pun, kita ucaplah “Terima kasih”. Pasti ada ganjaran pahalanya.

SHARE sebagai peringatan kita orang dewasa.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Setiap Hari Pastikan Kita Meluahkan Ucapan Terima Kasih