Macam mana ibu ayah meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak di hujung minggu?

Tiba sahaja hujung minggu, pasti ramai ibu bapa yang membawa anak-anak untuk ‘window shopping’. Hakikatnya, bukanlah ingin berseronok atau menghabiskan masa emas bersama anak-anak, tetapi lebih kepada untuk membeli-belah. Ala, tak mahulah begitu. Kesian anak-anak.

Jika anda menjalani rutin yang sama pula setiap minggu dengan hanya berehat di rumah sahaja, apa kata cuba penuhkan hujung minggu anda dengan aktiviti yang sihat.

Sibuk itu hanya alasan. Apa salahnya sesekali ibu ayah fokus anak-anak dan luang masa bersama walau hanya seketika. Rebutlah peluang untuk lakukan aktiviti bersama anak-anak selagi masih ada!

Inilah masanya untuk lepaskan anak dari bermain gajet!

Larian Hujung Minggu, Putrajaya Youth Run 2017

Sabtu yang lepas MV menyertai larian bersama dua anak kecil anjuran Megaevents, Putrajaya Youth Run 2017 yang berlangsung di Pusat Sukan Air, Presint 6 Putrajaya.

Setiap kali penganjuran larian, mesti terima emel pengesahan dari penganjur untuk mengambil ‘goodies’ di tempat yang telah ditentukan. MV pun awal-awal dah remind suami pasal ni.

So, hari Jumaat tu kami bertolak awal sebab nak sampai di sana pukul 10.00 pagi. Malangnya, kami dimaklumkan yang pihak penganjur cuma boleh beri bip dahulu, baju boleh ambil kemudian.

Suami memang marah lah, sebab Nilai dengan Putrajaya bukannya dekat nak ulang alik semata-mata nak ambil T-shirt je.

Kami pun tak nak buang masa lama sebab suami nak bersiap ke masjid untuk solat Jumaat pula. Suami cakap dia dapat email untuk ambil race kit collection pukul 2.30 petang. Alang-alang ambil malam terus lah.

Lepas solat maghrib kami bertolak dari rumah. Sampai di sana lebih kurang pukul 8.30 malam. Lagi sekali kekecewaan yang kami terima. Baju sudah HABIS!!!. Memang membuang masa dan rugi petrol kereta sahaja. Kalau ikutkan hati memang tak nak join dah. Tapi memandangkan bayaran yang dibuat sebanyak RM169.90 tu agak mahal, so teruskan juga lah niat nak lari keesokan hari nya.

Pagi Sabtu selepas selesai mengerjakan solat Subuh, kami bergerak ke Putrajaya. Nilai ke Putrajaya kalau awal pagi tak sesak mana. Dalam 35 minit sampai di presint 6. Ramai juga peserta yang dah sampai awal dari kami. Tapi hari masih awal pagi lagi.

Acara panaskan badan seperti zumba dan aerobic pukul 7.00-7.30 pagi. (Tengok suami MV tunjuk lengan sadonya tu). Lebih kurang pukul 7.45 pagi semua peserta dilepaskan secara berperingkat bermula dengan kategori 10 km dahulu. .

Realiti dan debaran berlari bermula

Debaran ke? Berdebarlah jugak 3 km dengan anak kecil ni. Tapi bila MV tengok sekeliling, ramai juga yang bawa anak kecil naik stroller rupanya. Oh! Bahagia. Mereka semua santai dan ikut kemampuan masing-masing kan. Jogging dengan anak bukan alasan lagi ya.

Rania anak pertama MV menunjukkan reaksi excited. Yang Humaira pula masih ‘pening-pening lalat’ nak hadam situasi menyertai larian ni. Larian dilepaskan dan kami berjalan sahaja. 1km pertama, anak ok lagi dengan larian ni. Masuk 2 km seterusnya, anak-anak dah mula minta di ‘kendong’ belakang.

Berlari lebih seronok kalau ada kawan

Dalam 3km baru lah ada kakak ni menegur kami anak beranak. So, sepanjang berjalan dan berlari-lari anak tu kami berborak lah. Best juga ada rakan sembang ni.

Sedar-sedar sikit lagi nak sampai. Suami dengan adik humaira dah sampai ke garisan penamat. Santai lah kami anak beranak ke garisan penamat.

Sampai di garisan penamat

Alhamdulillah. Kami cepat-cepat beratur untuk ambil medal. Kakak Rania siap tanya mana medal dia. Walaupun tak sepenuhnya berlari, MV puji juga untuk naikkan semangat dia. Next time boleh masuk larian lagi. Saja bagi anak seronok.

Habis larian kami makan pisang dan isi perut anak-anak dengan roti gardinea dan juga cornflakes. Kami minum milo sikit sebab ada foodtruck milo juga di sini.

Memang pengalaman yang menyeronokkan walaupun penganjurnya caca merba. Next event MV sekeluarga “mungkin” akan berada di sini. InsyaAllah.

Kami tak berkesempatan nak bergambar di atas pentas sebab Queue sangat panjang. So, tak de lah gambar kami sekeluarga kalung pingat.

Inilah collection kami sekeluarga. Best kan?

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Sertai Larian Hujung Minggu dengan 2 Anak Kecil, Memang Mencabar!

5 thoughts on “Sertai Larian Hujung Minggu dengan 2 Anak Kecil, Memang Mencabar!

Comments are closed.