Seronoknya Diraikan Oleh Blogger Deq Noor

Home / Diari MommaVogue / Seronoknya Diraikan Oleh Blogger Deq Noor

Seronoknya Diraikan Oleh Blogger Deq Noor

Seronoknya Diraikan Oleh Blogger Deq Noor | Lambatnya nak ‘up’ kan entry ni…hari ni duk fikir cari ilham nak buat entry tak dapat-dapat. So, bila blogwalking tu dapat la idea yang MV nak buat.

Sebenarnya cerita ni bulan Januari yang lepas. MV dapat undangan dari blogger Deq Noor. Blogger ni lebih dikenali dengan nama DN. Beliau seorang engineer di syarikat consultant. Itupun kalau tak silap la kan. Lupa nak tanya sepenuhnya masa jumpa dulu.

MV kenali DN ni selepas selalu baca cerita beliau travel sana sini. Banyak pengalaman DN ni tau. Almaklumlah single kan, so ada la masa untuk diri sendiri. Orang cakap reward untuk freshkan diri sebelum kerja semula.

Sebelum ni pernah juga dapat hadiah dari DN sebab menjadi pengomen tegar bulanan di blog deqnoordotcom.

Seronoknya Diraikan Oleh Blogger Deq Noor sebab MV dapat jemputan makan malam sesi 2 2015 untuk cabaran pengomen tegar July-Disember 2015. Sepanjang 6 bulan tu, MV telah mengomen sebanyak 75 komen. Agak banyak juga la tu.

Selain MV, blogger lain yang bertuah itu termasuklah JMR23, Broframestone, Ezad Skytech dan Afasz. Tapi puan Afasz tak dapat join, sebab duk jauh di Terengganu rasanya.

Kami makan di H Gallery Cafe Sunway Nexis, Kota Damansara. Kalau nak tengok review pasal restoran ni, boleh jengah ke blog Bro dan juga DN.

Seronoknya Diraikan Oleh Blogger Deq Noor

Malam tu MV tak tahu nak pilih apa sebenarnya sebab menunya banyak yang western dan harga pun boleh tahan juga la. So, MV dengan selamat mencari menu yang harga pertengahan, kira sedap dan mampu nak makan la.

Seronoknya Diraikan Oleh Blogger Deq Noor

Pan Fried Salmon with Arugula Mix Salad. Harganya dalam RM29~ sorry gambar tak cantik.

Yang bagusnya, DN memang menjemput seluruh keluarga tau untuk makan malam ni. So, MV tak da la rasa malu sangat nak bersembang. At least ada perempuan nak diajak borak kan. Boleh berkenalan dengan isteri JMR yang juga blogger. Isteri Bro pun blogger juga. So, memang heaven la malam tu. Anak-anak dengan riuh rendah diorang la.

Dalam duk borak sakan tu DN buat surprise lagi. Bagi gift untuk semua pengomen. Sangat terharu la dengan sikap DN ni. Pemurah yang amat. Moga bertambah la rezekinya dan cepat bertemu jodoh.

Seronoknya Diraikan Oleh Blogger Deq Noor
Inilah si manis Deq Noor

Dah habis makan tu dalam pukul 10.30 juga rasanya. Kiranya memang masa tu anak-anak pun dah buat ‘peel’ la. Sign untuk balik la tu. Tapi sebelum pulang tu sempat juga bergambar beramai-ramai kat luar restoran. Tanda kenangan dengan blogger DN.

Seronoknya Diraikan Oleh Blogger Deq Noor

Alhamdulillah, makan pun kenyang, hadiah pun dapat, token pun ada juga tau.

Kalau anda nak merasa makan malam dengan DN ni, rajinkan diri pergi komen ya. Mana tahu rezeki anda pula. Kalau MV rajin dan menang sebagai pengomen tegar lagi boleh la berjumpa, kita kenal mesra di alam realiti pula.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

14 Comments

Comments are closed.