Sentiasa Cukup Walaupun Sedikit. Itulah Rezeki yang Berkat

By | February 3, 2017
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+3Share on Facebook0

Aku nak berkongsi 7 tanda rezeki kita BERKAT.

Sentiasa Cukup Walaupun Sedikit

1. Pernah tak rasa, duit tu tak banyak tapi MENCUKUPI untuk keperluan belanja sebulan dan boleh sampai tahap cukup buat simpanan? Haa, itu tandanya rezeki berkat.

2. Then, lihat pada KELUARGA kita. Bahagia tak? Bila bercampur harta halal dan haram seperti rasuah maka wang tersebut sentiasa rasa tak cukup. Kaya tetapi keluarga porak peranda.

3. Bila rezeki berkat, MUDAH MENJAGA SOLAT dan amalan lain. Rezeki yang diperolehi sampai boleh melakukan ibadah umrah atau haji.

4. Rakan dan sanak saudara SUKA DAN SENANG dengan kehadiran kita. Kehadiran kita memberi manfaat kepada orang lain dan tidak menyusahkan.

5. ANAK-ANAK CEMERLANG dalam pelajarannya. Sebab itu pentingnya mencari rezeki yang halal dan diberkati sebab duit yang kita guna buat beli makanan dan barang-barang untuk anak-anak sebenarnya sangat besar impak kepada mereka.

6. Rumah SELALU DIZIARAHI, itu maknanya rezeki kita ada keberkatan. Kedatangan tetamu membawa rezeki dan keberkatan di dalam rumahtangga kita.

7. Dan yang terakhir sekali bila DOA DIMAKBULKAN. Sebab Nabi SAW pernah bersabda doa yang tak dimakbulkan antara sebabnya adalah kerana makan dari rezeki yang haram.

Kehidupan yang berkat itu sebenarnya akan sentiasa mencukupkan dan kecukupan itu membolehkan keberkatan didalam kehidupan seharian kita.

Apabila selalu sangat merungut dan mempersoalkan banyak atau sedikitnya rezeki, bermaksud manusia itu tidak pernah puas sehinggakan tidak tahu bersyukur, sebab itu tiada keberkatan dari Allah didalam kehidupan.

Rezeki berkat sentiasa cukup walaupun sedikit.

Moga kita sentiasa menjadi hamba yang BERSYUKUR dan REDHA dengan REZEKI yang Allah kurniakan kepada kita.

4 thoughts on “Sentiasa Cukup Walaupun Sedikit. Itulah Rezeki yang Berkat

  1. Ainniah

    rezeki datang dalam pelbagai bentuk, bukan saja wang ringgit. setuju dengan momma vogue, semua yg Allah beri samada baik atau buruk, semua pun rezeki. semoga kita dijauhkan dari rezeki haram atau tak berkat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.