Wanita disyorkan menunggu kira-kira enam minggu untuk mula bersenam selepas bersalin normal dan lapan minggu bagi yang bersalin menerusi pembedahan caesaraen.

Senaman Kegel, juga dikenali sebagai senaman lantai panggul, adalah senaman pertama yang dilakukan oleh wanita sebaik sahaja selepas bersalin.

Ia mengatasi masalah lantai pelvik seperti urinary and fecal incontinence, masalah yang menyerang 70% wanita semasa dan selepas kehamilan.

Lantai pelvik adalah sekumpulan otot yang menyokong rahim, usus, dan pundi kencing. Semasa kehamilan, lantai pelvik seorang wanita menjadi lemah, menyebabkan kencing tak lawas (urinary incontinence) selama berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun selepas melahirkan anak. Senaman Kegel membantu menguatkan otot lantai pelvik, yang seterusnya menyokong pundi kencing, rahim, rektum dan usus kecil.

Senaman kegel ini sangat bagus bagi wanita kerana :

  1. Membantu menguatkan lantai pelvik terutama selepas bersalin. Senaman kegel sangat digalakkan untuk dilakukan sewaktu dalam tempoh berpantang selepas bersalin
  2. Senaman kegel juga membantu melancarkan peredaran darah selepas bersalin dan seterusnya membantu agar luka episiotomi sembuh dengan lebih cepat
  3. Mengelakkan masalah terkencing ketika batuk atau bersin
  4. Ia mempercepatkan proses penyembuhan selepas episiotomi semasa bersalin.
  5. Ia bukan sahaja membantu dalam kawalan pundi kencing, tetapi juga meningkatkan kemutan otot vagina, menjadikan hubungan seks lebih menyenangkan.

Cara Melakukan Senaman Kegel

Tarik nafas ke dalam dan apabila wanita melepaskan nafas keluar, tarik ketat-ketat bahagian bawah (pelvis) ke atas dan ke dalam seolah-olah berusaha untuk menghentikan diri daripada terkencing atau terkentut. Wanita harus mencuba untuk menahan pengetatan otot selama 5 saat sementara bernafas normal.

Relaks dan tunggu 5 saat sebelum mencuba senaman tersebut sekali lagi. Ulangi kaedah ini sebanyak 5 kali setiap hari.

Lakukan rutin 10 kegel yang perlahan dan 10 kegel cepat, 5 kali sehari untuk lantai pelvik yang sihat.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Senaman KEGEL Ketatkan Otot Vagina, Senaman Wajib bagi Wanita yang Pernah Bersalin

4 thoughts on “Senaman KEGEL Ketatkan Otot Vagina, Senaman Wajib bagi Wanita yang Pernah Bersalin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.