Kebas pada jari dan sekitar tangan adalah perkara biasa berlaku terutama waktu cuaca sejuk atau posisi tangan tidak betul ketika tidur. Kebiasaannya ia akan berlaku dalam tempoh masa yang sekejap kemudian ia akan hilang dengan sendiri.

Tetapi bagi masalah kebas tangan yang berterusan boleh disebabkan pelbagai masalah kesihatan lain. Jadi jika berlaku kebas tangan dalam tempoh yang lama, MV sarankan jumpa dengan pakar perubatan untuk dapatkan rawatan dan elak symptom daripada bertambah teruk.

Antara masalah kesihatan yang melibatkan kebas tanga ni adalah Carpal Tunnel Syndrome (CTS).

Sindrom carpal tunnel boleh terjadi pada sesiapa sahaja. Ada yang cakap dari gaya hidu dan faktor usia mempengaruhi risiko utama Sindrom Carpal Tunnel (CTS) ni. CTS ini juga menyerang pengguna komputer.

CTS ialah penyakit berkaitan saraf dan apabila saraf terganggu, pergelangan dan jari akan berasa kebas serta tidak selesa. Pada bahagian pergelangan manusia, terdapat bahagian yang membentuk seperti terowong atau dikenali sebagai Terowong Carpal. Dalam terowong ni, terdapat beberapa tisu penting yang laluinya termasuk saraf. Bila terowong ni main terhimpit, akan menyebabkan rasa kebas.

Sindrom carpal tunnel boleh menyebabkan rasa kebas, kekejangan, dan kesakitan di jari dan tangan kita.

Especially waktu malam kalau kita tiba tiba rasa kebas semasa tidur. Ataupun masa gerakkan tangan semasa menggunakan phone atau laptop.Puas nak gerakkan tangan dan jari untuk lepaskan rasa kebas tu.

Pernah kan terjadi?

Tangan kebas juga boleh disebabkan oleh:

1) pertambahan lemak menyebabkan saraf pada terowong menjadi sempit.
2) selalu menggunakan gajet seperti tablet dan telefon pintar.
3) Terlampau lama menaip mahupun melayari internet.
4) Kekurangan vitamin B dan kalsium.

Apakah Vitamin Yang Dapat Bantu Masalah Kebas Tangan?

B Complex

Vitamin B adalah antara vitamin yang sangat penting untuk saraf kita.

Vitamin B complex shaklee lengkap dengan 8 jenis vitamin iaitu B1, B2, B3, B6 dan B12. Selain itu ia juga mengandungi asid folik, biotin dan d-calcium panthotenate. Dan kalau korang nak tahu, asid folik dalam bcomplex shaklee merupakan asid folik semulajadi pertama di dunia tau.

Kalsium-Magnesium

Ostematrix untuk topup keperluan kalsium harian anda. Dan bestnya ostematrix ni, bukan sekadar mengandungi kalsium sahaja, tetapi juga mengandungi magnesium yang sangat penting untuk mengurangkan rasa kesakitan pada saraf. Selain itu ia juga membantu untuk bagi otot kita lebih relaks.

Anda boleh baca testimoni di bawah ni,

MASALAH SEMUT-SEMUT KRONIK PADA TANGAN BERANSUR SEMBUH SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE

Assalamualaikum saya Azalin Adzhar , lebih mesra jika dipanggil Lin. Lin seorang ibu kepada 3 orang cahayamata.

Pada pertengahan usia Lin 20an Lin kerap alami masalah semut-semut tapi ia datang dan pergi. Rasa semut-semut tu tidak pernah mengganggu aktiviti harian Lin. Jadi Lin tak ada lah rujuk kemana-mana doktor.

Sampailah pada tahun 2011 ketika usia anak kedua Lin lebih kurang 4 bulan. Setiap kali bangun pagi tangan kanan Lin tak boleh bergerak, jari-jari tangan jadi kaku tapi lepas dipicit beberapa kali Alhamdulillah ok. Mula-mula ingat biasa je, sampailah satu hari tu tangan kanan sakit sangat rasa macam ada aliran letrik, mencucuk-cucuk dan sukar nk digerakkan.

Kebiasaannya dia terjadi waktu malam masa tengah nyenyak tidur. Bayangkan sakitnya boleh buat Lin terjaga dari tidur. Sejak tu boleh dikatakan setiap hari Lin menangis tengah-tengah malam menahan sakit. Semakin hari semakin sakit.

Sakitnya bukan setakat tu je, Lin kalau menulis pun hanya mampu tulis 2 atau 3 patah perkataan. Kalau pegang sudu atau apa-apa pun hanya untuk beberapa saat je. Hujung-hujung akan rasa mencucuk-cucuk dan jari tak mampu nak pegang apa-apa. Belum bab dukung anak, setiap kali nak dukung anak Lin mesti anduh dengan kain. Ya Allah takutnya kalau anak terlepas.

Lin ada juga pergi mengurut, rendam tangan dengan air suam tapi keadaan sama juga. Sakitnya tak hilang malahan ia makin sakit. Lin ambil keputusan pergi ke HKL buat pemeriksaan. Ujian darah, xray semua kena buat dan lin terus dirujuk ke pakar tulang atau ortopedik. Mula-mula doktor jangkakan Lin ada masalah rheumatoid arthritis atau carpal tunnel. Alhamdulillah dari ujian darah lin bebas dari kedua-duanya. Doktor kata saraf Lin mengeras dan melekat antara satu sama lain. Sejak dari tu lin diarahkan jalani rawatan fisioterapi dan dibekalkan dengan vitamin B dan panadol sebagai ubat tahan sakit.

Ada satu hari tu Lin cerita dengan kawan pasal sakit Lin ni, dia cadangkan supplement Shaklee. Dia cadangkan Lin makan B COMPLEX dan OSTEMATRIX. Demi untuk sihat lin keluarkan belanja sendiri beli supplement tu, lagipun B Complex Shaklee tak berbau jika dibandingkan dengan vitamin B hospital. Tekak Lin memang susah sikit nak telan bau vitamin B hospital.

Hampir setahun setengah Lin buat fisioterapi dan makan B Complex serta Ostematrix. Alhamdulillah tangan Lin sekarang boleh menggenggam dan lakukan aktiviti harian seperti biasa. Senaman tangan pun Lin masih lakukan setiap pagi dan petang sampai sekarang. Tak sanggup rasanya untuk lalui kesakitan dulu lagi sekali.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Selalu Rasa Kebas Tangan ni sebab Sindrom Carpal Tunnel ker?