Sejukkan Badan dan Kekal Sihat ketika Cuaca Panas

By | March 21, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook6

Sejukkan Badan dan Kekal Sihat ketika Cuaca Panas | Ketika cuaca dan suhu panas melanda negara kita sekarang ni, masalah selsema, batuk dan demam pasti melanda diri dan keluarga kita kan?. Namun, apa yang paling penting ialah kita tahu nak sejukkan badan dan kekal sihat ketika cuaca panas agar terhindar dari risiko yang lebih teruk seperti strok haba atau dehidrasi.

Sejukkan Badan dan Kekal Sihat ketika Cuaca Panas

Walaupun kita di Malaysia ni memang sentiasa panas, bukan macam di Eropah yang ada 4 musim, tetapi tentu ramai terasa panas yang melanda kini lain macam bahangnya. Fenomena El Nino yang melanda di Chuping, Alor Setar, Ipoh dan Lubuk Merbau, serta Batu Embun dan Temerloh, Pahang mencatatkan suhu paling tinggi iaitu 39oC.

“Elak Dehidrasi Musim Panas Melampau”

Khamis minggu lepas pun MV turut rasakan bahang panas ni bila pulang ke kampung di Kedah. Memang panas tu tak macam biasa, angin tak da langsung. Suami siap mandi sampai 2, 3 kali nak sejukkan badan. Tapi, dia cakap air pun panas masa mandi.

Panas ekstrem melanda negara, boleh bawa maut

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.
“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.

sumber: Utusan Online

Terbaharu, seorang pelatih asas kepolisan (PLAK) Siri 1/2016, Konstabel Azizan Ayob, 23, meninggal dunia dipercayai akibat strok haba.

Sejukkan Badan dan Kekal Sihat ketika Cuaca Panas

Tips yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini boleh membantu kita sejukkan badan dan kekal sihat ketika cuaca panas sekarang ni.

  • Minum, minum dan minum. Cuaca panas menyebabkan dehidrasi. Kekal hidrat dengan minum air putih yang mencukupi dan sentiasa bawa air bersama kita setiap kali membuat perjalanan.
  • Guna kipas atau pendingin hawa. Cara paling mudah untuk kekal sihat dan sejuk, gunalah kipas jika berada di dalam rumah atau pejabat.
  • Luangkan Masa Berkualiti Di Dalam Rumah. Hadkan aktiviti luar dan aktiviti yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak.
  • Losyen Sun Protection! Pastikan pemakaian krim SPF yang bersesuaian dengan kulit jika perlu terlibat dengan aktiviti luar.
  • Kurangkan minuman berkafein. Elakkan minuman berkafein dan manis kerana ia mempercepatkan dehidrasi.
  • Peranan Baju. Pilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang sejuk dan berwarna terang supaya boleh bertindak sebagai penebat haba.
  • Tidak duduk didalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa. Kalau kita duduk dalam kereta yang sedang berada di tengah panas terik, dengan tingkap tertutup rapat tanpa penghawa dingin, samalah seperti kita berada di dalam microwave.
  • Isotonik Sebagai Penyegar. Bila kita banyak berpeluh, badan akan kehilangan garam. Untuk membantu menggantikan garam yang hilang itu, boleh juga minum minuman isotonik.

Performance Drink Minuman Memberi Tenaga dan Kecergasan

  • Pakai topi dan payung. Pakai pelindung kepala seperti guna payung atau memakai topi.

Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu kita untuk kekal sihat di musim panas sekarang.

30 thoughts on “Sejukkan Badan dan Kekal Sihat ketika Cuaca Panas

  1. arnie

    Risau dengan heat stroke nie.. anak kami hampir kena heat stroke, mandom je badan suam2, sampai bibir kering dan berdarah.. Pulun lah bagi nutriferon & performance drink siang malam, Alhamdulillah makin ok dah nampaknya…
    arnie recently posted…Khasiat Air Kelapa MudaMy Profile

  2. Sani Yunus

    Yang adik askar dan polis tu, jurulatih mereka kena lah perihatin, buat apa suruh diorang buat latihan melampau-lampau… kan dah panjang ceritanya..

  3. Health Media

    Hi apa kabar?
    Salam dari kami, Saat cuaca panas kita harus siap sedia minuman air mineral atau lebih baik air kelapa hijau muda, lebih segar dan menyenangkan, intinya kita harus jaga jangan sampai dehidrasi. Terima kasih dan salam
    Health Media recently posted…Manfaat bangun lebih pagiMy Profile

Comments are closed.