Salam Lebaran Salam Aidilfitri

By | July 17, 2015
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook3

Salam Lebaran Salam Aidilfitri

Salam di pagi Jumaat, penghulu segala hari… hari Jumaat yang pertama di bulan Syawal (sekiranya kita beraya hari ni) dan terakhir di bulan Ramadhan ni (sekiranya masih berpuasa). Entry ni MV sediakan lebih awal kerana takut tak berkesempatan untuk  menulis menyampaikan salam lebaran salam aidilfitri untuk semua.

Bersama seisi keluarga, MV mengucap kan utusan salam lebaran salam aidilifitri setulus ikhlasnya dengan ucapan Selamat Hari Raya AidilFitri dan kemaafan Zahir & Batin seandainya selama ini ada kesilapan diatas cara penulisan ada menyinggung perasaan semua atau tercuit kerasaan tawar dan hambar dengan apa sahaja yang dicatat catit kan selama ini, berharapan hendaknya dimaaf kan… juga sekiranya ada terdapat komen yang tidak sempat dijawab diatas apa jua alasannya, bersama dan sesama bermaaf-maafan dibulan Syawal yang mulia sesungguhnya.

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari MV yang cantik jelita  😀

salam lebaran salam aidilfitri

Kepada yang pulang ke kampung dan berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara, kunjungilah jiran tetangga dan rakan taulan.Semoga di bulan yang mulia ini mengeratkan lagi silaturrahim kita sesama insan. MV tidak beraya di kampung tahun ni, hanya meraikannya di Ampang bersama keluarga mertua. Kena ikut sistem giliran la kan?  😎

Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, yang panjang itu AMAL, SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN ”Salam Lebaran Salam Aidilfitri”.

9 thoughts on “Salam Lebaran Salam Aidilfitri

Comments are closed.