Runsing Masalah Haid Tidak Teratur?

Home / Shaklee Products / Healthy Nutrition / Essential Nutrition / Alfalfa Complex / Runsing Masalah Haid Tidak Teratur?

Runsing Masalah Haid Tidak Teratur

Runsing Masalah Haid Tidak Teratur | Mungkin ada wanita pertengahan hingga lewat 20-an secara tiba-tiba mengalami masalah haid tidak teratur. Ada pula wanita yang hanya datang haid tiga bulan sekali dan kadang-kadang setahun sekali. Nak kata hamil tak pula, nak ke arah menopaus pun tak juga. Jadi apakah tanda ini?

Apabila haid tidak teratur, ini mungkin menandakan yang hormon di dalam badannya adalah tidak seimbang dan ovulasi tiap-tiap bulan tidak berlaku seperti sepatutnya.

Mungkin anda tak tahu definisi haid tidak teratur ni kan? Jom MV berkongsi ilmu dengan anda, mana tahu ada wanita yang sedang membaca entry ni runsing masalah haid tidak teratur yang dialaminya sekarang. Mungkin anda boleh merujuk kepada poster kat bawah ni

Runsing Masalah Haid Tidak Teratur

Apa yang menyebabkan haid tidak teratur?

Terdapat beberapa sebab mengapa seorang wanita mempunyai haid yang tidak teratur menurut National Institute of Child Health and Human Development (NICHD) :

  1. Dibetes yang tidak terkawal – Wanita yang menghidap diabetes dan tidak dikawal mungkin mempunyai haid yang tidak teratur kerana interaksi antara tahap gula dalam darah dan hormon boleh mengganggu kitaran haid wanita menurut sumber American Diabetes Asociation.
  2. Makan tidak teratur – Wanita dengan keadaan seperti anoreksia atau bulimia mungkin mempunyai haid yang tidak teratur atau tidak dijawab kerana tubuh mereka tidak menghasilkan dan beredar hormon yang cukup untuk mengawal kitaran haid
  3. Hyperprolactinemia – Wanita yang mempunyai terlalu banyak hormon prolaktin dalam darah mereka boleh mempunyai haid yang tidak teratur.
  4. Medications – ubat-ubatan tertentu, termasuk anti-epileptik dan antipsikotik-boleh menyebabkan haid yang tidak teratur
  5. Sindrom ovari Polycystic PCOS – disebabkan oleh hormon seks tidak seimbang, yang boleh mengganggu kitaran haid

Bila Anda Perlu Berjumpa Doktor sekiranya Anda Runsing Masalah Haid Tidak Teratur ini?

Ia mungkin masa untuk anda berbincang dengan doktor jika:

  • Tidak mengalami haid selama 90 hari
  • Haid tiba-tiba menjadi tidak teratur
  • Haid yang lebih kerap daripada setiap 21 hari
  • Haid yang kurang kerap daripada setiap 35 hari
  • Haid berlangsung lebih daripada seminggu
  • Haid menjadi luar biasa
  • Ada pendarahan semasa haid
  • Haid amat menyakitkan

Anda Runsing Masalah Haid Tidak Teratur dan Mencari Penyelesaian Secara Semulajadi?

Ini adalah cadangan dari MV untuk anda cuba sendiri. MV juga pernah runsing masalah haid tidak teratur selepas bersalin. Tetapi sebab MV menggunakan implanon untuk merancang keluarga, dan MV datang haid selepas buang implanon so itu dikira kes terpencil sikit.  🙂

  1. Diet – Amalkan pemakanan rendah lemak seperti minyak ikan, betik dan avokado. JANGAN makan makanan yang telah diproses terlalu banyak. Juga elakkan makanan berkafein dan tambahkan sumber protein untuk seimbangkan hormon dalam badan.
  2. Pengambilan Zat Besi – Kandungan zat besi yang rendah didalam darah akan mengurangkan aliran haid kerana zat besi penting dalam pembentukan sel darah merah
  3. Pengurusan berat badan – Pastikan berat badan ideal
  4. Elakkan tekanan
  5. Pengambilan jus – Jus anggur, lobak merah dan bitter gourd setiap hari membantu menstabilkan semula kitaran haid
  6. Kunyit – Pengambilan secara konsisten akan membantu menormalkan semula organ pembiakan yang merangsang aliran haid.

Seandainya anda tengah mencari suplemen, MV cadangkan Garlic Complex, GLA Complex dan Alfalfa Complex.

Runsing Masalah Haid Tidak Teratur

Untuk meyakinkan anda, MV kongsikan testimoni pengguna yang runsing masalah haid tidak teratur ini.

Runsing Masalah Haid Tidak Teratur

“…Ramai yang cakap normal untuk ibu yang menyusukan baby. Tapi risau juga dalam hati saya ni. Sehingga bulan lepas saya langsung tak period. Kiranya saya tak period lebih dari 6 bulan. Risau juga kalau-kalau hamil. Banyak kali test kehamilan, tetapi tak hamil. Sepanjang bulan lepas saya konsisten makan GLA Complex selama sebulan. Alangkah terkejutnya saya 30/6 saya period. Suami pun terkejut..”

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉

Belian terus ke laman Shaklee

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

11 Comments

Comments are closed.