Adakah anda mencuci muka sebelum tidur? Adakah anda tahu bahawa bahagian ini adalah yang paling penting dalam regimen penjagaan kulit kita?

Ia adalah salah satu perkara yang kebanyakan orang suka ambil mudah! Jadual sibuk dan terlalu banyak kerja pada waktu pagi akan menyebabkan keletihan dan kita cenderung untuk skip membasuh muka kita pada waktu malam. Walaupun ada yang melakukan rutin membasuh muka mereka setiap hari tetapi mereka melakukannya dengan cara yang salah!

Cuba semak kerana anda mungkin salah seorang yang sehingga kini tidak mencuci muka dengan betul sebelum masuk tidur.

Jika anda mencuci muka anda dengan tidak betul, ia boleh membawa kepada pelbagai masalah seperti tisu kulit rosak, keradangan dan kemerahan, jerawat dan kekeringan.

Kulit di muka adalah berbeza daripada kulit yang lain di seluruh badan anda, jadi ia memerlukan rawatan yang berbeza.

Jadi, jom ikuti 5 langkah dan tips mencuci muka yang betul yang MV kongsikan ini untuk anda mendapatkan kulit bersih dan memastikan ia sentiasa sihat.

Langkah 1: Cuci tangan

Tangan yang kotor boleh memindahkan minyak, bakteria dan kotoran ke muka anda, jadi mula membersihkan tangan dengan sabun anti-bakteria. Dan jika anda mengenakan solekan, bersihkan dahulu menggunakan makeup remover.

Anda mungkin tidak mampu untuk membersihkan ke dalam liang-liang pori anda jika solekan masih ada.

Langkah 2: Percikkan air suam di muka

Air suam membuka liang-liang roma dan membantu membersihkan lebih mendalam, jadi jika boleh elakkan daripada menggunakan air sejuk.

Jika air terlalu sejuk, liang-liang roma akan sempit dan anda tidak membersihkan kotoran. Sebaliknya, jika air terlalu panas, kulit anda akan menjadi kering. Jadi, air suam adalah yang terbaik untuk digunakan bila mencuci.

Langkah 3: Guna pembersih muka mengikut jenis kulit

Menggunakan Pembersih Muka Semulajadi atau organik adalah lebih baik. Usap ke seluruh muka perlahan-lahan dalam gerakan membulat, terutamanya jika anda mempunyai jerawat.

Regimen Penjagaan Kulit Wajah Sebelum Tidur

Tekan muka sedikit apabila anda mencuci untuk merangsang aliran darah, tetapi jangan menekan terlalu kuat. Menyental kuat akan memburukkan keadaan atau meninggalkan parut.

Langkah 4: Gosok kulit muka perlahan-lahan

Gunakan tuala lembut atau soniclear secara perlahan-lahan mengurut kulit anda dalam gerakan membulat. Mula di dahi dan kemudian bergerak ke bawah hidung hingga ke dagu, dan kemudian gosok setiap pipi.

Langkah 5: Bilas dengan sempurna

Basahkan muka dengan sedikit air sejuk, kemudian gosok perlahan-lahan. Jangan lupa tepi muka dan kawasan di sekitar hidung dan telinga anda.
Ramai orang cenderung untuk terlepas tepi muka mereka hingga meninggalkan sisa sabun yang boleh menyebabkan jerawat.

Selesai! Sekarang bahagian muka yang mana perlu dibasuh dahulu?

Pastikan mula mencuci muka di dahi, kemudian hidung dan ke luar pipi yang akhirnya turun ke muka dan leher.

Adakah anda mempunyai rutin mencuci muka sebelum tidur setiap hari?

Berkongsi dengan kami dalam komen di bawah.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

5 Langkah Untuk Mencuci Muka dengan Betul Sebelum Tidur

5 thoughts on “5 Langkah Untuk Mencuci Muka dengan Betul Sebelum Tidur

Comments are closed.