“Ayah ayah, ibu ibu, tau dak syurga terbesar berada didalam rumah kita?”

Terkesima aku mendengar kata kata ustaz ni.

(Syurga Allah punyalah susah nak masuk, macam mana pula boleh ada dalam rumah kita. Mana mungkin segampang itu)

Ayah ayah ibu ibu, sebenarnya ibubapa yang ada didalam rumah kita, itulah syurga terbesar untuk kita. Nabi bersabda ” Seandainya kamu ingin umur yang panjang, rezeki yang murah, berbuat baiklah kepada kedua ibubapa kamu”

Tambah ustaz lagi” Ibubapa kita ni ibarat pintu syurga tengah tengah. Selagi permintaan mereka tidak melanggar syariat ugama, tunaikanlah. Gembirakanlah mereka. Laksanakan tanggungjawab kita terhadap mereka. Syurga sudah pastinya dijamin Allah untuk kita.”

Ohhh tersentak hatiku mendengarnya. Ya Allah, seandainya aku pernah menggembirakan hati orang tuaku walau sesaat, Kau jaminlah tempatku dalam syurgaMu.

******

Saya teringat masa mula kerja dulu. Masa tu tengah ekonomi gawat gilerrr. Ramai yang tanam anggur tapi tak berbuah buah. Namun, saya bersyukur ditawarkan kerja walaupun gajinya cukup sekadar makan dan bayar sewa rumah flat sahaja.

Tak banyak mana tapi tak juga sampai terpaksa ikat perut. Boleh dianggap cukup makan sebulan dan siap ada peruntukkan sedikit untuk mama ayah di kampung.

Mama cakap berpahit pahit dahulu manisnya kemudian. Cukup 4 tahun, saya ditawarkan kerja yang lebih baik, Dan mampu membeli seunit apartment dan sebuah kereta. Masa ni masih bujang trang tang tang. Saya yakin rezeki ini dari berkatnya doa mama ayah.

Dengan adanya kereta ni memang mudah untuk saya pulang ke kampung. Kereta itu pernah menabur bakti ulang alik bawa mama ke hospital, terutamanya saat mama disahkan perlu menjalani dialisis.

Saya sanggup memandu seorang diri sejauh 400km semata mata untuk berjumpa mama ayah. Masa ni memang cuti tahunan abis di’utilizekan’ hanya untuk pulang ke kampung. Memang tak pernah langsung menghabiskan cuti dengan melancong ke mana mana.

(Saya yakin ramai lagi anak yang taat kepada ibubapanya diluar sana, yang sanggup berkorban lebih dari apa yang saya lakukan)

Saya pasti seandainya kita diberi peluang pastinya kita memilih untuk membahagiakan mereka sepanjang hayat mereka kan. Siapa tau entah esok lusa kita yang lebih dulu dipanggil Ilahi bertemuNya.

Syurga seorang lelaki dibawah telapak kaki seorang wanita iaitu ibunya. Walau apa saja pangkat dan gelaran yang kau ada, sayangilah bidadari syurga itu.

Syurga seorang wanita pula terletak pada seorang lelaki. Jika suamimu dipilih untuk menjaga ibubapanya, maka yakinlah nikmat Allah akan melimpah sehingga tak terhitung banyaknya.

Sempat saya menyalin nota ceramah ustaz ni:

1. Jika sudah bergelar suami, jangan pertahankan isteri depan ibu. Hatinya pasti terguris luka.

2. Jika isteri merungut tentang ibu kita, sabarkan dia. Jangan menjatuhkan maruah ibu dan menjadikan isteri kita keras hati.

3. Jangan kata lebih kurang pada ibubapa kerana kita akan di cop anak derhaka.

4. Balasan dosa anak durhaka kepada ibubapa tidak ditangguh sehingga akhirat.

REBUT SYURGA DIDEPAN MATAMU DAN SYURGA HAKIKI AKAN MEMBURUMU.

(Kenangan terpahat di hati walau jasadmu telah tiada)

#FOLLOW saya untuk Sentuhan Qalbu Keluarga

SHARE jika anda dapat manfaat dari post ini..

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

REBUT SYURGA DIDEPAN MATAMU DAN SYURGA HAKIKI AKAN MEMBURUMU.