Rahsia di Sebalik Kemanisan Coklat

Rahsia di sebalik kemanisan coklat | Siapa yang tidak gemarkan coklat? Voklat ini banyak digunakan didalam majlis keraian seperti majlis pertunangan dan juga perkahwinan. Bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja namun juga sedap dijadikan minuman.

Kebaikan Coklat Gelap (Dark Chocolate)

Dark chocolate is loaded with nutrients that can positively affect your health. Made from the seed of the cocoa tree, it is one of the best sources of antioxidants on the planet.

Coklat dikatakan mempunyai khasiat tertentu kepada penggemarnya kerana ia mengandungi protein, karbohidrat, tenaga, vitamin dan mineral yang diperlukan. Coklat kaya dengan antioksidan seperti catechins dan phenols yang membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung, malah antioksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas, namun ia turut menghalang pembentukan lemak yang boleh menyebabkan saluran darah jantung tersumbat.

Coklat juga boleh menguatkan sistem pertahanan badan serta menjadi penahan sakit kerana coklat mengeluarkan endorphins yang membuatkan kita rasa gembira.

Coklat gelap membantu aliran darah ke otak dan juga untuk jantung, jadi ia boleh membantu meningkatkan fungsi kognitif. Coklat gelap juga membantu mengurangkan risiko strok.

Coklat gelap mengandungi beberapa vitamin dan mineral  seperti Kalium, Copper, Magnesium dan zat besi dalam kepekatan yang tinggi. Tembaga dan kalium membantu mencegah penyakit strok dan kardiovaskular. Zat besi melindungi penggemarnya terhadap anemia iaitu kekurangan zat besi, dan magnesium dalam coklat membantu mencegah diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Makan coklat Semasa hamil?

Rahsia di Sebalik Kemanisan Coklat

Coklat juga bermanfaat untuk ibu hamil, ia boleh membantu mencegah komplikasi kehamilan yang serius atau dikenali sebagai pre-eclampsia atau tekanan darah yang tinggi dan kadar protein yang lebih didalam urin.

Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari!

Penggemar coklat juga mengatakan mereka berasa kurang stress dan memberikan mood yang baik apabila mereka menikmati kemanisan coklat!

sumber : authoritynutrition & fitday

Coklat yang berada dipasaran sekarang ini banyak mengandungi bahan-bahan tambahan lain seperti gula dan butter yang meningkatkan jumlah kalori. Pastikan sebelum anda membeli coklat, kandungan coklat adalah 70% atau lebih.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Rahsia di Sebalik Kemanisan Coklat

2 thoughts on “Rahsia di Sebalik Kemanisan Coklat

Comments are closed.