Protein, Protein, Kita Perlu Lebih Protein!

By | March 16, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook10

Kita Perlu Lebih Protein | Protein adalah sebahagian daripada setiap sel, tisu dan organ dalam badan kita. Protein merupakan makronutrien penting yang digunakan oleh badan untuk membina, membaiki dan mengekalkan tisu.

Protein membantu membina otot, memberikan kita rambut yang berkilat dan kuku yang kuat. Siapa yang tak mahu semua ni kan?

Daripada 20 asid amino yang kita perlu untuk berfungsi dengan baik, 11 boleh dihasilkan oleh badan kita dan 9 yang lain adalah ‘essential’, yang bermaksud kita perlu mendapatkannya dari diet harian.

Kita Perlu Lebih Protein

Daging, ikan, susu dan telur adalah contoh sumber protein lengkap. Makanan lain seperti quinoa, buckwheat, hemp seeds, chia seeds, soya dan spirulina adalah dianggap protein lengkap. Sumber ini mempunyai semua 9 asid amino penting dalam kuantiti yang besar.

Kenapa Kita Perlu Lebih Protein, Apa Peranan Protein dalam Badan?

Sebagai nutrien, protein melaksanakan banyak fungsi dalam badan. Pengambilan pemakanan protein yang mencukupi adalah penting untuk membina, menyelenggara dan membaik pulih tisu badan; komponen struktur badan, seperti kulit, otot, tulang dan organ-organ yang sebahagian besarnya terdiri dari protein.

Banyak hormon dan enzim yang berfungsi untuk mengawal proses badan dan tindak balas kimia juga diperbuat daripada protein.

Protein juga digunakan untuk membuat antibodi untuk melawan penyakit.

Kita Perlu Lebih Protein, Tetapi Berapa Banyak Protein yang Diperlukan Setiap Hari?

Kita Perlu Lebih Protein

The Food and Nutrition Board of the Institute of Medicine mengesyorkan bahawa orang dewasa yang sihat sepatutnya mengambil sekurang-kurangnya 0.8~1 gram protein bagi setiap kilogram berat badan setiap hari. Ini adalah sama dengan kira-kira 8 gram protein bagi setiap 20 paun berat badan.

Sebagai contoh, jika berat kita 55kg.

Kita darabkan berat dalam kilogram dengan 0.8, 55kg x 0.8 = 44 gram protein setiap hari.

Protein mempunyai banyak peranan penting dalam badan kita dan merupakan sebahagian daripada setiap tisu, termasuk organ-organ kita, otot, dan kulit. Kita perlu memastikan kita makan cukup protein berkualiti tinggi di dalam makanan kita, terutamanya apabila kita semakin tua supaya badan kita mempunyai asid amino yang diperlukan untuk berfungsi dengan betul.

Dapatkan Asid Amino Perlu daripada Plant based protein powder

Kita Perlu Lebih Protein

MV memilih sumber protein tumbuhan daripada soya ESP – Soy Protein Isolate Powder kerana ianya:

  • Sumber terbaik daripada kacang soya
  • Mengandungi protein lengkap
  • Vegetable source – soy
  • Kolesterol “zero” serta rendah lemak
  • PER (Protein Efficiency Ratio) yang tinggi – 2:5
  • Mengenyangkan dn sangat sesuai untuk seisi keluarga

Kita Perlu Lebih Protein

ESP – Soy Protein Isolate Powder ni juga sesuai untuk diambil selepas kita bersenam, ambil bersama makanan ataupun sebagai ‘snack’.

“ESP Shaklee Memang Terlajak Laris Bulan Mac 2016”

Kita Perlu Lebih Protein

Bulan ini anda boleh dapatkan penjimatan 5% diskaun semasa membuat pembelian kombo ESP – Soy Protein Isolate Powder. Special Offer for March “Women’s Month”

Kalau nak beli direct secara online, boleh klik sahaja image eSell dan hubungi MV untuk cara pengambilannya.

esell-shaklee-logo-500x351

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

8 thoughts on “Protein, Protein, Kita Perlu Lebih Protein!

Comments are closed.