20
- December
2017
Posted By : noriza rahman
Pilihan Bersalin di Hospital Kerajaan Atau Swasta? Adakah sekadar Ikutan atau Keperluan?

“NANTI sayang nak bersalin kat hospital mana, swasta ka gomen?”. Soalan ni  suami mesti tanya MV setiap kali pregnant.

Sebelum MV start cerita panjang, MV nak tanya anda pernah rasa dilema seperti ini “nak bersalin kat mana ek? Bersalin kat hospital kerajaan ke swasta?.” Siapa pernah dilema mcm ni sila angkat tangan. Huhu.

MV tau isu ini merupakan isu hangat dan akan sering difikirkan, terutamanya buat ibu yang beragama islam. Mencari doktor perempuan merupakan suatu keutamaan dalam penilaian ini dan begitu juga dengan risiko yang bakal ditanggung oleh ibu. MV turut berhadapan dengan konflik ini.

MV percaya ramai bakal-bakal ibu diluar sana confuse nak bersalin kat mana. Lebih-lebih lagi untuk anak pertama kan. Tu semua MV dah alami sebelum ni.

Memang pada asalnya tak kisah pun nak bersalin kat hospital kerajaan atau swasta. Itu bukan jadi keutamaan MV pun. Cuma bila dapat tahu MV mengandung, teringin hajat dihati nak bersalin kat hospital swasta pula untuk anak ketiga ni.

Lagi-lagi bila MV sendiri ada pengalaman bersalin kat hospital Serdang secara pembedahan dulu, terus jadi seriauuuu. Yang second tu bersalin di Hospital Tuanku Fauziah, alhamdulillah semuanya baik. Cuma anak ketiga ni MV tanyalah husband kalau nak bersalin kat swasta boleh ke? Then husband MV kata boleh. So, apalagi MV pun cari lah hospital yang berkenan di hati yang dekat dengan rumah.

HOSPITAL KERAJAAN

Adakala perkhidmatan dan layanan yang diberikan kakitangan hospital kerajaan mengecewakan menyebabkan ramai beralih kepada hospital swasta meskipun terpaksa mengeluarkan bayaran tinggi.

Jururawatnya ada yang garang dan marah kalau kita banyak bertanya. Sebenarnya pesakit ingin tahu secara lebih jelas tentang bersalin, apatah lagi pengalaman pertama menjadi ibu, ini pengalaman MV sendiri.

Kita bukan nak layanan yang sangat istimewa tetapi cukup sekadar layanan mesra sahaja.

MV ingat lagi, doktor yang buat rondaan pagi siap membebel cakap semua malas, asyik tidur saja. Common sense lah orang baru lepas bersalin, takkan nak expect buat gosip pulak kan. Letih kot bersalin. Hais putus urat semua.

HOSPITAL SWASTA LEBIH SELESA

Doktor mahupun jururawat juga manusia biasa yang turut mengalami tekanan kerja apatah lagi di saat genting ketika menyambut kelahiran ramai bayi secara serentak.

Kita tidak nafikan ada kes begitu tetapi tidak banyak dan ia melibatkan salah faham, kadangkala mereka penat sehingga kurang senyum dan nampak sombong tetapi itu bukan sebab utama kenapa masyarakat semakin ramai memilih bersalin di hospital swasta.

Dengan teknologi ICT terkini, peranan media dan kewujudan sebegitu banyak hospital swasta kini menjadikan orang ramai semakin bijak menilai dan membuat pilihan terhadap penyediaan perubatan yang diinginkan termasuk suasana persekitaran yang lebih selesa yang menjadi keutamaan di hospital swasta.

Keselesaan yang ditawarkan di hospital swasta sebenarnya menjadi punca utama orang ramai memilih untuk bersalin di hospital swasta dan bukan kerana perkhidmatan dan layanan yang didakwa mengecewakan di hospital kerajaan.

Bagi MV mudah saja, kalau ada kemampuan pergi lah hospital swasta. Hospital kerajaan ni bagi peluang pada mereka yang bertaraf sederhana sahaja.

MV pulak ada history bersalin ceaser, so nurse kat klinik kesihatan nasihatkan bersalin di Hospital Seremban sahaja. Paling dekat dengan jarak rumah.

Hospital Seremban sekarang pun dah ada bangunan baru untuk wad bersalin dan kanak-kanak. Ramai juga bila MV tengok review cakap elok bersalin di sana. Kemudahan pun semua ada. Staf yang efisien, pakar sakit puan yang ramai dan kemudahan yang lengkap. So why not kita cuba kan.

Lepas bersalin nanti MV update new entry pengalaman bersalin di Hospital Seremban ye. Sekarang baru 35 minggu. paling awal bersalin mesti 37 minggu.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Comments

Comments are closed.