Ketika kecil dulu, kalau MV ada ketumbit dimata pasti menjadi bahan usikan sekeluarga yang mengaitkan dengan mengintai orang mandi. Kalau ketumbit itu kecil tak apalah sebab tak ramai yang perasan, tapi kalau dah ada benjolan besar mesti lah malu diusik macam tu.

Radang Punca Ketumbit Mata

Sebenarnya ketumbit ni tiada kaitan langsung dengan tabiat mengintai orang mandi kerana ia sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Ianya terjadi kerana bukaan kelenjar air mata dari akar bulu mata tersumbat.

Pakar Oftamologi, Dr Azlinda Aisyah daripada panel Medical Mythbusters Malaysia berkata, nama saintifik bagi ketumbit ialah chalazion jika tidak sakit, tetapi kalau sakit ia dipanggil stye.

Apa beza kedua-duanya ni?

Styes adalah disebabkan oleh dijangkiti dengan Staphylococcus aureus atau bakteria lain. Selalunya bakteria tumbuh di akar (folikel) bulu mata. Satu tnad kecil kekuningan dalam jerawat merah radang menunjukkan di mana nanah telah berkumpul. Styes, yang berlaku di luar kelopak mata, lebih menyakitkan daripada chalazion.

Jenis kedua ialah Chalazion yang terbentuk apabila kelenjar minyak di kelopak mata menjadi tersumbat dan mencetuskan tindak balas imun, yang menyebabkan berlakunya ketulan bulat dan keras yang menyakitkan.

Ketumbit boleh menyebabkan sedikit gangguan penglihatan jika ia menjadi terlalu besar dan menekan pada bahagian tengah mata, di mana ia menyebabkan astigmatisme.

Pengalaman Anak Terkena Jangkitan, Ketumbit Mata

Anak yang sering mendapat ketumbit juga bukannya kurang sihat. Sebenarnya ia cuma jangkitan kuman dan boleh berlaku pada sesiapa sahaja.

Seminggu yang lepas ketumbit ni jadi pada mata adik Humaira. Tengok pada keadaan mata adik ni, nampaknya jenis ketumbit styes.

MV mencari juga petua bagaimana nak hilangkan ketumbit ni. Antaranya ialah:

  1. Tenyeh ketumbit dengan bawang putih
  2. Tuam tempat yang terkena ketumbit dengan sudu yang dihangatkan oleh air panas, amalkan selalu sehingga ketumbit pulih.
  3. Baca selawat sambil pegang mata yang terkena ketumbit itu, kemudian buat-buat buangketumbit tu dari mata.
  4. Beli ubat mata jenama Eyeglo dari farmasi.
  5. Tuam ketumbit itu dengan air suam dengan mengunakan kain yang bersih.

Sahabat MV, Puan Arnie juga ada berkongsi 7 cara mudah hilangkan ketumbit mata dengan cepat di blog beliau. Di bawah ni antara petua sahabat facebook yang boleh diamalkan mengikut kesesuaian.

Cara Cepat Nak Hilangkan Ketumbit,
Credit : GenkiMomma.My

Bila MV fikir balik semua petua ni tak ‘jalan’ dengan adik sebab dia tak bagi sentuh langsung mata dia.

Cara Cepat Nak Hilangkan Ketumbit Anak

Oleh sebab adik tak benarkan ibu sentuh mata dia, MV terpaksa guna cara ‘sulit’ iaitu masukkan secubit nutriferon ke dalam susu dia. So, setiap hari dalam satu sachet juga MV bagi dia makan. Minyak ikan dan vitamin C memang dah kesukaan adik, so tak susah nak suruh makan.

Dalam 3 hari je, alhamdulillah ketumbit tu surut. Bahagian yang ada nanah tu pecah sendiri.

Yang bagusnya Nutriferon ni menguatkan sistem imun, menggalakkan penghasilan interferon, jadi ia bertindak sebagai antibiotik. Tu yang cepat saja ketumbitnya pecah.

Mula ketumbit ni jadi di bahagian bawah mata sebelah kiri.

Bila dah sembuh yang kiri, bahagian atas kanan pula jadi ketumbit.

Selain berusaha dengan suplemen, MV juga tak lupa membaca doa ini pada mata adik. Arwah mama selalu pesan amalkan doa ni kalau sakit mata.

petua-hilangkan-ketumbit-mata

Alhamdulillah syukur, dah sembuh sepenuhnya mata adik. Lepas ni memang kena pastikan tangan dia sentiasa bersih untuk elakkan ketumbit ni jadi lagi.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Ketumbit di Mata Sebab Suka Mengintai Orang Mandi? Mitos ke Fakta!

4 thoughts on “Ketumbit di Mata Sebab Suka Mengintai Orang Mandi? Mitos ke Fakta!

Comments are closed.