Jom ramai-ramai datang ke Pesta Buku Ala Taman Tema MPH Bookerville Carnival di PICC Putrajaya. Pesta buku ini bermula pada 28 Mac hingga 2 April 2017. MV dah pergi hari Khamis yang lepas. Best sangat!

Pesta Buku Ala Taman Tema di MPH Bookerville Carnival Putrajaya 2017

Kumpulan MPH Malaysia Sdn. Bhd. (MPH) telah bekerjasama dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sejak 2014 lagi. Mereka memperkenalkan jualan buku secara besar-besaran dengan penerapan konsep taman tema.

Bersempena dengan konsep taman temanya, PBAP 2017 membawa pembaca ke dalam sebuah pekan buku untuk menerokai alam penuh keajaiban yang dipanggil Bookerville.

Pesta Buku yang bertemakan Karnival ini menjanjikan pegunjung dapat memilih dari koleksi buku yang luas di bawa khas dari seluruh pelusuk dunia sempena karnival ini.

Aktiviti di MPH Bookerville Carnival, Putrajaya

MPH Bookerville Carnival menampilkan buku Best Seller dan juga terbitan baru. Diskaun yang diberikan pada hari karnival juga berbaloi. So, pada sesiapa yang memang tengah kemaruk nak beli buku banyak-banyak, MV sarankan pergi lah ke karnival ini. Confirm poket anda selamat dengan penjimatan yang sangat banyak.

Sebenarnya, MV tak inform awal-awal nak ke sana sebab ni adhoc je, kalau inform awal tetiba tak jadi pergi anak akan kecewa pula. So, MV biar surprise.

MV pergi memang betul-betul orang tak ramai, ye lah waktu buka pintu tu pukul 10.00 pagi. Kami lah pengunjung pertama yang masuk. Jadi, memang selesa nak pilih-pilih buku dan biarkan anak melakukan aktiviti yang mereka gemari.

Selain itu, penampilan selebriti dan aktiviti hiburan bagi kanak-kanak seperti Sand Art Free Play, aktiviti seni kraf, aktiviti mewarna di booth berhampiran turut disediakan kepada pengunjung.

Anak-anak pun nampak seronok dengan aktiviti mereka.

Selain dari buku anda juga berpeluang untuk mendapatkan Alat Tulis, Hadiah, dan Mainan Kanak-kanak. Antara promosi yang akan dijalankan sepanjang pesta buku ini adalah:

  • Diskaun sehingga 70% keatas buku terpilih
  • Buku Exclusive yang hanya boleh dijumpai di Pameran ini
  • Cabutan Bertuah Lucky Dip (Jika anda belanja RM100 keatas)
  • Popcorn & Cotton Candy Percuma

Untuk yang bukan ahli, tak perlu risau sebab ada booth untuk pendaftaran ahli baru MPH. MV pun buat juga sebab MPH ni memang selalu juga MV ke sana beli buku untuk keperluan anak-anak. Pendaftaran cuma RM15 sahaja dan anda layak menerima penjimatan sebanyak 30%. Lepas tu, percuma sebotol jus tropicana. Okey lah kan?

Dalam 2 jam juga kami menjelajah pelusuk dewan tu. Kakak dan adik dapat beli buku masing-masing. Tapi MV tak belanja banyak sangat lah. Cukup ala kadar. Bagi diorang baca dulu buku nanti beli lagi. Tak boleh beli banyak sekaligus.

MV dapatlah redeem popcorn, donut, voucher dan juga air tropicana. Memang jimat lah tak perlu beli makanan dan minuman untuk anak-anak.

Tengok kakak Rania pun suka dapat makanan FREE.

Adik Humaira pula seronok sebab dapat beg baru. Tapi, ibu dah pesan awal beg ni hanya akan dirasmi 2 tahun lagi. Haha, bersabarlah anak.

MPH sebagai penganjur berharap dengan menyediakan suasana membeli-belah yang ceria ia akan menarik minat golongan muda untuk mula membaca.

Jangan lepaskan peluang ini dengan membawa anak-anak anda ke sana tau. Sehingga esok sahaja.

Untuk maklumat lanjut tentang pesta buku ini sila ke Facebook rasmi MPH

Informasi Karnival

Lokasi: Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Tarikh: 28 Mac – 2 April

Masa: 10am – 10pm

No Tel: 03 2938 3818

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Pesta Buku Ala Taman Tema MPH Bookerville Carnival di PICC, Putrajaya

4 thoughts on “Pesta Buku Ala Taman Tema MPH Bookerville Carnival di PICC, Putrajaya

Comments are closed.