“Susahnya nak tidur bila dah masuk trimester ketiga ni. Tidur sekejap terjaga sebab nak pergi tandas. Kalau tak sebab nak ke tandas pun terjaga sebab bayi bergerak sebab dia pun tak selesa! 

Hari ni  MV nak sembang pasal posisi tidur yang sesuai untuk ibu hamil macam MV ni. Lately semenjak masuk 27 minggu ni kan, rasa macam tidur tak cukup aje. Tak selesa tu satu hal la. Bantal memang sendal kiri kanan badan ni ha. Nak menelentang sakit. Nak meniarap jangan mimpi la. So sebenarnya apa posisi tidur yang sesuai untuk mommies pregnant ni?

MENGAPA Ibu Hamil Sukar Tidur Dengan Selesa?

Sebelum mengetahui posisi tidur yang terbaik semasa mengandung, kita mesti tahu ini – mengapa ibu merasa tidak selesa dalam kedudukan tidur yang normal?

Sebabnya boleh jadi satu atau lebih perkara berikut:

  • Saiz abdomen yang semakin membesar sesuai dengan perkembangan bayi yang dikandung.
  • Ibu ada masalah sakit belakang.
  • Sesak nafas
  • Masalah pedih ulu hati juga mengundang masalah sukar tidur dengan sempurna.
  • Insomnia

APAKAH Posisi Tidur Terbaik Semasa Trimester Ketiga Kehamilan?

Dalam trimester ketiga, amalkan tidur mengiring. Ini bagus untuk menggalakkan peredaran darah untuk kandungan, rahim dan buah pinggang. Elakkan tidur menelentang untuk tempoh waktu yang lama kerana ia boleh membebankan bahagian belakang yang akhirnya boleh menyebabkan ibu sakit pinggang.

Kenapa Posisi Tidur Mengiring Digalakkan?

Tidur di sebelah kiri anda juga meningkatkan peredaran. Selain itu, ini adalah kedudukan tidur yang terbaik untuk wanita hamil kerana ia menghalang berat badan yang semakin meningkat daripada menolak terlalu keras pada hati.

Melancarkan saluran darah dan akan memberi kesan baik kepada bayi iaitu nutrien dapat disalurkan kepada placenta dengan lebih baik.

Baik untuk buah pinggang ibu. Dapat membantu menyingkirkan bahan-bahan buangan dari badan. Juga baik bagi ibu yang mengalami bengkak kaki sewaktu hamil.

Membantu mengurangkan tekanan pada hati. Organ hati kita adalah di sebelah kanan, dengan tidur mengiring ke kiri dapat melindungi hati dari tekanan.

Juga dikatakan posisi tidur mengiring ke kiri lebih baik kerana tidak mahu membebankan dan beri tekanan pada jantung bayi yang menghadap ke sebelah kanan.

TIPS Agar Mommies Tidur Nyenyak & Selesa

Berikut adalah beberapa petua tambahan yang akan membantu ibu hamil tidur nyenyak sepanjang trimester ketiga kehamilan.

  1. Tambahan belakang dan sokongan perut adalah penting semasa kehamilan. mommies boleh meletakkan bantal di antara lutut dan di bawah perut anda.
  2. Sekiranya anda mengalami sesak nafas, letakkan bantal di bawah perut. Ini menaikkan posisi dada dan mommies boleh berasa lega.
  3. Sekiranya menderita pedih ulu hati, apa yang perlu mommies lakukan ialah menambah bantal di bahagian kepala. Ini membantu asid di perut kekal di bawah.

Walaupun kehamilan adalah satu cabaran, ianya pasti berbaloi.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Perut Makin Besar, Tidur Pun Susah. Apakah Posisi Tidur Ibu Hamil Agar Tidur Nyenyak & Selesa?

10 thoughts on “Perut Makin Besar, Tidur Pun Susah. Apakah Posisi Tidur Ibu Hamil Agar Tidur Nyenyak & Selesa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.