Pernah Dengar Penapis Buah Pinggang Bocor?

By | February 24, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+2Share on Facebook3

Penapis Buah Pinggang Bocor? Sejujurnya kalau bercerita pasal penyakit buah pinggang ni MV teringat akan arwah mama. Sekitar tahun 2008, arwah telah didiagnos menghidap buah pinggang bocor. Namun, masa tu MV memang tak buat research langsung pasal penyakit ni sebab ingatkan penyakit ni sama seperti kegagalan buah pinggang (Renal Failure).

Seingat MV masa tu memang muka dan kaki arwah mama bengkak, serta mama beritahu bila kencing ada buih yang banyak dan berbau kuat.

Selama setahun juga arwah mendapatkan rawatan penyakit ini sebelum disahkan mengalami kegagalan buah pinggang pada tahun 2009 akibat komplikasi dan terpaksa menjalani dialisis. Namun, Allah lebih menyayangi arwah mama. Mama dijemput menghadap Ilahi pada 29/3/2013 setelah hampir 5 tahun bertarung dengan penyakitnya.

Masalah Penapis Buah Pinggang Bocor

Penapis Buah Pinggang Bocor

Buah pinggang yang sihat berfungsi membersihkan darah kita dengan mengeluarkan cecair berlebihan, mineral, dan bahan buangan.

Tetapi jika buah pinggang rosak, ianya tidak berfungsi dengan baik. Sisa berbahaya boleh terkumpul di dalam badan kita dan tekanan darah kemungkinan akan meningkat.

Di dalam buah pinggang ada penapis halus yang dinamakan “Glomeruli”. Ia berfungsi untuk menghalang albumin (sejenis protein) daripada masuk ke dalam air kencing.

Penapis Buah Pinggang Bocor

Apabila glomeruli ini bocor atau rosak, lebih  lebih daripada 3 gram protein akan terkeluar melalui air kencing dalam tempoh 24 jam (dikenali sebagai PROTEINURIA). Ia menyebabkan badan akan kehilangan banyak protein.

Masalah ini dikenali sebagai buah pinggang bocor atau Nephrotic Syndrome (NS)

Gejala Penapis Buah Pinggang Bocor

Nephrotic syndrome menyebabkan penghidapnya menjadi lemah dan tidak bermaya. Setiap kali mereka kencing air kencing mereka menjadi berbuih-buih dan berbau kuat.

Mata dan muka mereka akan kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur dan kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri.

Perut kembung, sakit perut dan cirit-birit juga boleh berlaku.

Sumber : NationalKidneyFoundation, MedlinePlus, niddknh

Adakah ada suplemen yang boleh membantu dalam masalah Penapis Buah Pinggang Bocor ni?

Antara ikhtiar yang diambil ialah dengan mencadangkan pengambilan vivix.

Ini merupakan perkongsian dari pengguna yang mengalami masalah buah pinggang bocor

Penapis Buah Pinggang Bocor

Amalkan baru 1 botol Vivix, masalah penapis buah pinggang bocor bertambah baik dan paling best, dah tak perlu berulang alik ke hospital lagi. Sekarang memang akan konsisten amalkan vivix.

Ini pula pengalama En.Muhammad Rosdi Ismail yang pernah menghidap buah pinggang bocor. Pengalaman beliau telah dikongsikan di facebook page Supermom Shaklee Story

Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh cinta cinta dengan Vivix Shaklee. Nama saya Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan??

Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital. Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom doktor memberi “sebeban” ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.

Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.

Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.

Penapis Buah Pinggang Bocor

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3botol Vivix iaitu lebih kurang 3bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.

Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.

Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah.

Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.

Dan, ini testimoni ketiga untuk masalah Penapis Buah Pinggang Bocor.

Penapis Buah Pinggang Bocor

Subhanallah, Alhamdulillah, selepas berjumpa doktor, resluts ok, protein dah negatif dan fungsi buah pinggang juga baik. Malahan ubat dari hospital juga dah diberhentian pengambilannya.

Sayangilah buah pinggang kita. Sudah lama dia ‘berkhidmat’ untuk tubuh badan kita. Andai anda diluar sana juga mempunyai masalah yang sama dan tengah berikhtiar mencari kesembuhan, boleh la mencuba dengan suplemen Shaklee.

Alhamdulillah setakat ini banyak feedback positif yang diterima daripada mereka yang menggunakan produk ini. Ini secara tidak langsung membuktikan produk Shaklee juga membantu menyelesaikan masalah kesihatan selain bergantung kepada ubat.

Kalau nak beli direct secara online, boleh klik sahaja image eSell dan hubungi MV untuk cara pengambilannya.

esell-shaklee-logo-500x351

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

28 thoughts on “Pernah Dengar Penapis Buah Pinggang Bocor?

  1. si bongkok

    Ohh mcm tue rupanya simptom buah pinggang bocor…

    Dan biasanya dengan mengamalkan vivix nie jangkamasa utk pulih berapa lama ya?

    Dan perlu amalkan sampai baik atau sepanjang hayat heh?

  2. seri nian

    seram plak dengar…tp pengalaman mcm ni kita nak tahu…agar perkongsian tanda-tanda buah pinggang bocor dapat diketahui umum

Comments are closed.