Setiap benda yang diciptakan pasti akan melalui proses penuaan kan? Tak kisah lah manusia, haiwan ataupun tumbuhan. Proses ni memang tak boleh nak dielakkan TAPI ianya boleh diperlahankan! Tak percaya ke? Jom kita selidik.

Perlahankan Proses Penuaan dengan Telomere yang Sihat

Kita selalu dengar ucapan “Semoga panjang umur, murah rezeki” kan?

Sebenarnya kaitan ‘panjang umur’ dengan sel badan kita berkait rapat dengan kromosom sel atau nama saintifik dia Telomere. Sebut betul-betul Tell-oh-meers.

Apa benda pulak ni? Mesti agak pening nak faham, kan? Alah, kita santai je nak faham benda ni.

Didalam badan kita ada sel. Setiap sel ni pula dihuni oleh nukleus. Dan didalam nukleus ini terdapat kromosom. Dihujung kromosom inilah letaknya telomere.

perlahankan penuaan

Tentu sekali kita pernah tengok tali kasut kan? Cuba bayangkan telomeres tu seperti hujung tali kasut yang dilindungi oleh plastik. Tali kasut pula sebagai setiap DNA dengan kromosom. Plastik pada hujung tali kasut tu nak mengelakkan dari tali kasut tu berbulu dan cepat rosak begitu juga dengan telomere yang menjaga kromosom dari rosak. Telomere yang berfungsi dengan baik akan menjaga kromosom dengan baik dan membolehkan mereka untuk menghasilkan semula sel-sel. Boleh faham tak?

Setiap kali sel-sel kita membahagi, sedikit cap telomere akan hilang dan telomeres kita akan memendek. Selama tempoh mana kita hidup, telomere kita akan perlahan-lahan mengecut dan ianya bukan sahaja mempengaruhi berapa lama kita hidup tetapi juga bagaimana cara kita hidup.

“Kajian Telomere dan kaitannya dengan Usia Manusia”

perlahankan penuaan

Telomere ni sangat sensitif kepada tekanan oksidatif, yang bermaksud mereka akan memendek bila terdedah kepada keradangan, kesakitan, tembakau dan juga alkohol.

Pemendekan telomere ini bukan sepenuhnya pasif. Sama seperti gaya hidup kita (a.k.a diet, senaman dan suplemen nutrien) yang mempunyai kesan ke atas gen.

Banyak kajian juga menyatakan mereka yang selalu berada dalam keadaan tertekan (stress) mempunyai telomere yang lebih pendek dan telomere cepat rosak. Dan kemudiannya telomere tidak boleh menghasilkan semula sel-sel lagi. Apabila tidak boleh menghasilkan semula sel, kita semakin tua dan lemah.

Telomeres pendek juga meningkatkan risiko penyakit yang serius. Mereka telah dikaitkan dengan kadar 300% peningkatan kematian akibat penyakit jantung dan 800% lebih tinggi peningkatan daripada penyakit berjangkit.

Kita perlu menghadkan pendedahan diri kita kepada tekanan oksidatif. Kita boleh melakukannya dengan cara:

  1. Kehidupan yang bebas tekanan. Cari masa untuk relaks dan dan tenangkan fikiran.
  2. Nutrisi seperti ikan, buah-buahan dan sayuran kaya dengan antioksidan meningkatkan sistem imunisasi dan membantu badan melawan kesan negatif stress.
  3. Senaman membantu melambatkan kadar pemendekan telomere
  4. Gaya hidup yang sihat seperti tidak merokok
  5. Berpuasa ialah cara yang paling bagus untuk mengurangkan tekanan dan juga menurunkan berat badan.

Tidak kira apa yang anda makan dan minum, anda perlu melatih minda supaya mengalami penuaan yang indah.

Siapa yang mahu hidup sehingga usia 100 tahun tetapi malangnya tidak ingat cinta pertama atau nama anak cucu cicit. Badan yang kuat adalah penting tetapi fikiran yang tajam merupakan kunci utama kepada penuaan yang sihat.

Mesti persoalan bagaimana nak memanjangkan Telomere untuk perlahankan proses penuaan berlegar-legar di minda anda kan?.

Anda boleh menarik nafas lega kerana telomere boleh dipanjangkan dengan pengambilan polifenol. Anda pastinya dapat menjalani kehidupan yang lebih bertenaga.

Polifenol mempunyai kesan langsung kepada pengeluaran telomerase badan kita, enzim yang “rebuilds” telomeres kita. Dan kajian ketara membuktikan yang resveratrol boleh meningkatkan aktiviti telomerase.

Polifenol dari anggur terutama Muscadine Grape menyediakan perlindungan tambahan bagi DNA dan telomeres daripada tekanan oksidatif.

Manfaat polifenol bukan hanya pada teorinya. Ia telah terbukti dalam kajian Telomere yang dijalankan oleh saintis Shaklee yang membandingkan pengguna yang mengamalkan suplemen Shaklee, termasuk vivix selama 5 tahun dengan mereka yang sihat (Tidak merokok). Kajian ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengguna Shaklee mempunyai telomere yang lebih panjang.

Landmark Study II hasil kajian Dr Elizabeth Blackburn (penerima ANUGERAH NOBEL 2009) membuktikan pengambilan suplemen vivix secara konsisten dapat mengurangkan kadar pemendekan telomere sebanyak 40%!. Telomere pengguna suplemen Shaklee juga 11% lebih panjang berbanding mereka yang bukan pengguna Shaklee. Wah! Bagus kan?

perlahankan penuaan

(1) Epel ES, Blackburn EH, Lin J, et al. Accelerated telomere shortening in response to life stree. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 2004;101(49):17312-17315. doi:10.1073/pnas.0407162101.

(2) Harley CB, Chan J, Blauwkamp M, Lau FC, McManus JF, Watson D, Hytopoulos E, Daggy BP. Cross-Sectional Analysis of Telomere Length in People 33-80 years of Age: Effects of Dietary Supplementation. 2014.

perlahankan penuaan

Nampak tak kat kotak Vivix® yang baru tu tulis apa?

Vivix® berfungsi untuk memastikan ‘cap’ atau telomere ini sentiasa panjang dan sel serta DNA terlindung daripada kerosakan radikal bebas.

Belum terlambat jika anda pun ingin memanjangkan telomere supaya membantu perlahankan penuaan.

Tempahlah Vivix® anda sekarang! Terus whatsapp ke +60122050258 atau lebih mudah klik saja ke link eSell ya  😉

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Memperlahankan Proses Penuaan dengan Telomere yang Sihat? Mudah Aje Caranya…

12 thoughts on “Memperlahankan Proses Penuaan dengan Telomere yang Sihat? Mudah Aje Caranya…

Comments are closed.