Last entry MV nak cerita pasal pergerakan baby kan? So, today nak cerita serba sikit pasal ni.

Saat mengandung yang paling indah apabila ibu dapat merasa pergerakan bayi dalam kandungan kali pertama.

Terasa satu perhubungan sedang terjalin, kan?

Bayi dalam kandungan akan mula menendang, menumbuk, menggeliat, berguling dan berpusing sejak usianya 10 minggu. Tetapi ibu tidak dapat rasa gerakan bayi dalam perut kerana saiz bayi yang masih kecil.

Bilakah kita akan rasa pergerakan bayi dalam kandungan?

Bergantung pada individu. Jika kita mengandung kali pertama, mungkin akan rasa gerakan bayi dalam kandungan semasa kandungan 17 minggu ke atas. Tapi jika mengandung kali kedua dan seterusnya, kita akan dapat mengesan gerakan bayi dalam kandungan lebih awal lagi.

Semasa mengandung anak pertama, MV rasa bayi bergerak ketika 17 minggu. Kali ini, hamil kali ketiga, MV dapat rasa pergerakan bayi dalam kandungan seawal 14 minggu!

Pergerakan bayi dalam kandungan adalah berbeza sepanjang tempoh kehamilan.

Bayi dalam kandungan banyak bergerak dalam trimester kedua berbanding trimester pertama dan ketiga. Kenapa begitu?

Trimester Pertama

Semasa 3 bulan pertama mengandung, bayi memang sudah aktif bergerak. Tapi sebab saiz bayi sangat kecil maka kita tidak dapat merasa gerakan bayi.

Kita hanya boleh melihat pergerakan bayi semasa ultrasound.

Trimester Kedua

Otot bayi menjadi semakin kuat dan sudah mampu menendang, berpusing dan menumbuk.

Jika anda pernah mengandung sebelum ini atau punya badan yang kurus, anda mungkin boleh rasa gerakan bayi dalam kandung lebih awal.

Semakin besar bayi semakin aktif bayi dalam kandungan bergerak. Saya mula merasa bayi ligat berpusing dan menendang. Kadang-kandang terasa seperti libasan angin dan seakan ada letupan belon-belon buih dalam perut.

Sejak minggu ke 20, bayi dalam kandungan akan bergerak lebih kurang 200 kali sehari. Tetapi kita hanya dapat merasa sedikit sahaja daripada semua gerakan ini.

Bayi juga akan mula memberi respons kepada sentuhan tangan di perut. Jika kita menepuk perut bayi pasti akan bertindak-balas. Terutama jika bayi tidak tidur ketika itu.

Gerakan bayi dalam kandungan juga akan lebih aktif semasa kita berehat terutama ketika tidur pada waktu malam. Bayi juga akan bergerak aktif selepas kita makan.

Trimester Ketiga

Semasa kandungan 7 bulan ruang rahim menjadi semakin sempit. Tapi bayi masih ada cukup ruang untung berpusing dan melambung dengan kuat.

Gerakan bayi dalam kandungan ketika ini kadang-kadang boleh buatkan kita rasa terkejut.

Pergerakan bayi dalam kandungan akan berkurangan semasa usia kandungan 8 bulan ke atas. Bayi sudah kurang membuat gerakan akrobatik. Tetapi kita akan lebih merasakan tusukan siku dan lututnya.

Berat bayi yang semakin bertambah pada usianya 8 bulan membuatkan ruang dalam rahim semakin sempit.

Pergerakan akrobatiknya semakin berkurangan tetapi anda akan tetap boleh merasai dia menggeliang geliut dan berputar. Pada ketika ini juga, anda mungkin boleh merasai tusukan siku dan lututnya.

Gerakan bayi dalam kandungan yang semakin besar mampu membuatkan kita tersentak dan sakit. Terutama bila kaki bayi terkena rusuk kita. Kita boleh legakan kesakitan dengan mengubahkan posisi badan.

Semasa minggu-minggu terakhir sebelum bersalin, bayi akan berpusing dengan kedudukan kepala berada dalam mangkuk pelvis. Kita akan merasakan kepala bayi menekan lantai pelvis seperti sebiji tembikai yang bulat dan berat.

Carta Pergerakan Bayi

Inilah kerja MV setiap hari, kena rekod pergerakan bayi dalam kandungan dengan menggunakan carta pergerakan bayi. Rekod gerakan bayi dalam kandungan ni kena kira sampaise 10 kali gerakan setiap hari. Setiap hari kena start waktu yang sama iaitu pukul 9 pagi.

Doktor dan nurse dah pesan, kalau bayi kurang bergerak atau tiada langsung gerakan, kena perlu cepat-cepat berjumpa doktor.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

CARTA Pergerakan Bayi dalam Kandungan 27 Minggu

One thought on “CARTA Pergerakan Bayi dalam Kandungan 27 Minggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.