“Alamak, doktor suruh aku buat ujian pap smear minggu depan. Baru lepas bersalin dah nak kena buat ujian pap smear lepas bersalin ke? Dengar-dengar macam ngeri pula. Malu pun ada juga. Sakit tak agaknya ya?”

Anda pernah dengar atau baca atau pun tengok perkataan ‘Pap Smear’? Mungkin ramai juga yang tak familiar sangat dengan term Pap Smear ni. Bila dah ternampak pasal Pap Smear ni, MV rasa nak berkongsi info dengan pembaca pula.

Kanser serviks ini adalah kanser ketiga yang paling banyak dihidapi oleh wanita Malaysia.

Apakah itu ujian PAP Smear?

Pap smear, juga dipanggil ujian Pap, adalah prosedur untuk menguji kanser serviks pada wanita. Pap smear melibatkan mengumpul sel-sel dari serviks anda – bahagian bawah rahim yang rendah dan sempit di bahagian atas vagina anda.

Terdapat dua versi ujian ini – cecair dan bukan cecair, atau versi konvensional. Ujian berasaskan cecair adalah yang terbaru dan lebih tepat.

Bila & Siapa Sebaiknya Melakukan Ujian Pap Smear?

Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 21 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun.

Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear, melainkan pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser.

Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala.

Selain itu, jika anda pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama dua tahun. Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap tiga tahun sekali.

Pentingnya Ujian Pap Smear kerana dapat membantu mengesan kanser serviks pada peringkat awal. Sebarkan kepada orang tersayang. Mencegah lebih baik dari merawat.

Ujian Pap smear adalah cara terbaik dan mudah untuk mengesan kanser pangkal rahim pada peringkat pra kanser yang mana terdapat jangkitan HPV tetapi tidak ramai wanita menjalani ujian itu kerana alasan takut, malu, tiada masa dan sebahagiannya tidak diketahui sebabnya.

Kanser pangkal rahim sebenarnya boleh diubati hampir seratus peratus sekiranya dapat dikesan awal malah satu-satunya barah yang boleh dicegah menerusi vaksin.

Ujian Pap Smear PERCUMA Sehingga 30NOVEMBER 2017!

PERCUMA!! PERCUMA!! PERCUMA! Ujian Pap Smear secara percuma di semua Klinik Nur Sejahtera & Klinik Subfertiliti LPPKN bermula dari 1 September 2017 sehingga 30 November 2017.

Semak Klinik Berhampiran Anda di Senarai Lokasi Klinik Nur Sejahtera dan klinik LPPKN.

JANGAN MENGELAT, YA!

3 daripada 4 wanita yang mengalami kanser serviks ini tergolong daripada mereka yang mengabaikan pemeriksaan pap smear secara berkala.

Jadi, jangan takut, jangan malu. Gagahkan diri dan buangkan semua perasaan itu jauh-jauh – untuk 5-10 minit sahaja!

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Percuma Ujian Pap Smear ! Sila Sebarkan Kepada Insan Tersayang!

6 thoughts on “Percuma Ujian Pap Smear ! Sila Sebarkan Kepada Insan Tersayang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.