Perbezaan Pengalaman Bersalin Normal dengan Ceasarean

Home / Health Info / Perbezaan Pengalaman Bersalin Normal dengan Ceasarean

Ada Perbezaan ke Bersalin Normal dengan Ceasarean ?

Perbezaan Bersalin Normal dengan Ceasarean ? | Anda dah baca pengalaman MV melahirkan anak secara pembedahan? Adakah anda juga ibu yang perlu melalui caesarean section utnuk melahirkan bayi? Siapa kata ibu bersalin secara caesarean tak hebat? Tahniah! anda memang wanita HEBAT!.

Apa yang dirasai semasa dan selepas pembedahan tidak sama antara satu sama lain. Ada orang yang menanggung sakit tetapi ada orang yang tidak langsung berasa sakit kerana mendapat ubat penahan sakit yang kuat. Namun, ada perkara yang kita sama iaitu berpantang selepas kelahiran pembedahan.

Bersalin Normal dengan Ceasarean

Pengalaman bersalin ceasarean section (C-sect) sebenarnya antara yang selalu cuba dielakkan oleh setiap wanita yang akan bergelar ibu. Bagi yang pernah melaluinya, pasti membayangkan…

  • Tidak boleh berbengkung
  • Tidak boleh berurut
  • Perut lambat susut
  • Luka lambat sembuh
  • Tempoh kehamilan seterusnya agak lama

MV melahirkan puteri pertama secara C-sect di Hospital Serdang dan puteri kedua secara normal di Hospital Perlis. Setelah melalui kedua-dua pengalaman bersalin normal dengan caesarean ni, dapat MV simpulkan beberapa perkara.

Bersalin Normal dengan Ceasarean
Ini anak sulung MV lahir secara pembedahan

Antaranya pengalaman berpantang setelah melahirkan secara normal lebih mudah dibandingkan dengan pengalaman berpantang setelah bersalin secara caesarean.

bersalin caesarean
Bersalin anak kedua secara normal..

Post-natal 
Tak boleh bangun lepas bersalin C-sect. Perut kena pegang, rasa bergoyang-goyang. Nak angkat badan dari baring pun takut sebab sakit. Kena bangun mengiring dan mesti kena pegang sesuatu. Kalau bersalin normal, cepat ja MV bangun, malahan siap boleh duduk bersila lagi..hohoi. Tapi MV tetap follow amalan berpantang selepas bersalin yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Bengkung
Bersalin normal hanya sakit di bahagian luka perinium sahaja, jadi tiada masalah nak berbengkung selepas kelahiran dari perut ke kaki pun. Bersalin C-sect tidak boleh berbengkung 2 minggu selepas kelahiran kerana luka pembedahan di perut masih baru. Kalau pakai bengkung pun jenis yang kat perut saja. Macam MV memang pakai Premium Beautiful, simple.

Bersalin Normal dengan Ceasarean

Menyusukan anak
Posisi menyusukan anak lepas dibedah memang tak sama macam ibu bersalin normal. Sebab perut kan. Kena mengiring je boleh. Nak pangku tak berani, terletak kat perut yang baru lepas kena lapah tu, naya la. Tapi, kalau bersalin normal, tak kisah la nak buat posisi macam mana sekalipun janji selesa sudah.

Buang air besar
Masa bersalin C-sect dulu memang takut nak ke toilet, takut perut yang kat dalam terbuka..Punya la penakut MV ni..Tapi kalau bersalin normal relax ja MV nak ke toilet pun sebab luka perineum tak banyak.

Pemakanan semasa berpantang
Nak luka cepat sembuh? Orang dahulu kala kata, makan jeli gamat, pati harun kan? Sebab itu MV pulun makan pati ikan haruan POLLENEY. Tak tahu pula yang itu applicable untuk ibu bersalin normal sahaja. Kalau bersalin C-sect, kena elakkan sebab khuatir organ lekat dan keloid [ke´loid] tumbuh kat bekas jahitan tu. Kalau makan pati ikan dan gamat ni, ibarat kita memaksa sel-sel kulit bercantum secara tidak semulajadi.  Inilah yang berlaku pada MV, parut operate memang tak cantik langsung. Nanges kalau tengok.  😥

Berpantang
Masa MV berpantang normal jika pantang makan 44 hari ja, pantang bersama 100 hari kan. Tapi masa bersalin C-sect, dua-dua MV pantang 100 hari! Dan angkat berat memang pantang sampai bila-bila. Bahaya sebab ada kes angkat berat, jahitan terbuka!

Zuriat
Kalau bersalin normal memang tiada masalah nak tambah ahli TAPI macam MV ni memang kena jarakkan kehamilan, sekurang-kurangnya 2 tahun untuk bagi luka & jahitan sembuh. Tapi dah rezeki Allah nak bagi MV mengandung anak kedua masa anak sulung umur setahun lapan bulan.

Bentuk badan
Semasa MV bersalin normal, memang banyak kelebihan. Boleh berbengkung jawa, keretapi, lilit, zig zag, just name it! Dari pinggang ke kaki dibengkung, lepas 44 hari badan boleh cun macam Marion Rose..hihi. Tapi pengalaman selepas bersalin C-sect dulu memang struggle nak turun berat badan,apatah lagi nak bentuk badan persis anak dara dulu. Memang bermimpi di siang hari la.

Kewanitaan
Ada sesetengah ibu yang boleh bersalin normal tapi dia pilih nak bersalin operate atas alasan taknak bahagian sulit tu ‘berubah’. Tapi bagi MV, sama ja pun kalau bersalin normal dengan caesarean ni, bahagian sulit memang akan ada perubahan juga. Yang penting kena pandai ‘maintain’ untuk suami la..

Pesan MV sekiranya anda dah pernah melalui fasa pembedahan caesarean di kelahiran pertama, jangan risau, anda boleh berusaha untuk bersalin secara normal pula di kelahiran akan datang. MV pun pernah melaluinya.

Apapun risiko yang dihadapi, yakinlah dengan kekuasaan Allah..hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Doa dan Tawakkal semoga proses kelahiran kita dipermudahkanNYA.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

12 Comments

Comments are closed.