Perbanyakkan Doa dan Amalan Bertemu Malam Lailatul Qadar

By | June 27, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook0

Perbanyakkan Doa dan Amalan Bertemu Malam Lailatul Qadar | Kita sudah memasuki fasa 10 Ramadan terakhir yang dijanjikan bermacam ganjaran pahala dari Allah SWT. Dalam memburu malam Lailatul Qadar, pastinya banyak doa dan amalan yang boleh kita amalkan.

Salah satu kelebihan yang Allah SWT berikan untuk kita sebagai umat Islam dibulan Ramadhan ialah ‘Malam al-Qadar’. Lailatul Qadar juga dikenali dengan nama ‘Lailatul Syaraf’ bermaksud malam kemuliaan dan ‘Lailatul Tajalli’ yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa pada siang hari dan beribadat pada sebelah malamnya.

Perbanyakkan Doa dan Amalan Bertemu Malam Lailatul Qadar

Dalam Surah al-Qadr, Allah berfirman ayat 1 hingga 3:“Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al_Quran) pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan.”

Doa Yang Patut Dibaca Selalu, Khususnya Pada Bulan Ramadhan

Ramadhan dan pengampunan dosa tidak dapat dipisahkan. Malah, apabila ditanya oleh Aishah R.A tentang apakah yang harus dibaca olehnya sekiranya bertemu dengan Lailatul Qadar, Nabi S.A.W mengajarkan doa khusus berikut untuk memohon keampunan, iaitu:

Perbanyakkan Doa dan Amalan Bertemu Malam Lailatul Qadar

Macam tak percaya, kita sudah meniti 10 hari akhir Ramadhan. Jadi, perbanyakkan doa dan amalan bertemu malam lailatul qadar ini. Pecutan 10 malam terakhir sebelum berakhirnya bulan yang penuh keberkatan dam keampunan ini.

Perbanyakkan Doa dan Amalan Bertemu Malam Lailatul Qadar

Perbanyakkan Doa dan Amalan Bertemu Malam Lailatul Qadar

  1. Menggandakan amalan sunat pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
  2. Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan Qiamullail.
  3. Habiskan malam beramal ibadat di masjid (beriktikaf).
  4. Solat Qiamulail sebanyak mungkin.
  5. Solat Tarawih 20 rakaat, tanpa witir.
  6. Bermula 12 malam, Solat Tahajud 8 rakaat dan Solat Witir 3 rakaat.

Sekiranya, kita target nak khatam Al-Quran dibulan yang mulia ini, ikuti tips dibawah ini. Pasti mudah untuk kita khatam nanti.

Perbanyakkan Doa dan Amalan Bertemu Malam Lailatul Qadar

Jom memburu keredhaan dan keampunan dari Allah sepanjang 10 hari terakhir bulan Ramadhan ini. Semoga amalan kita diterima Allah.

22 thoughts on “Perbanyakkan Doa dan Amalan Bertemu Malam Lailatul Qadar

  1. umminani

    Semiga ramadhan kali ini bukan yang terakhir dan dpt peluang jumpa lailatur qadar lagi satu masa nanti

  2. nikkhazami

    peluang terbaik utk perbanyakkan ibadat. doa banyak banyak insyallah allah akan makbul kan

Comments are closed.