Kali ni MV nak cerita pasal perbandingan Set Bersalin untuk berpantang anak ke-3 nanti.

Some people, mereka tak kisah sangat pasal pantang ni sebab certain part of the world tak pantang apa elok jer.. okay jer sihat jer cantik jer..

Being asian, kita memang banyak sangat pantang larang. Amalan berpantang selepas bersalin, ada yang boleh dan ada yang tak boleh dibuat. MV pun dah kali ke-3 nak berpantang tetap nak yang terbaik. Bukan lama pun berpantang 44 hari jer.

Ada yang ambik mak bidan jenis upah bayar siap confinement lady tu datang setiap hari uruskan semua, tapi MV tak mampu la. InsyaAllah dalam pantang ni sendiri saja cuma ambik tempahan makanan berpantang dan mengurut saja.

“Panduan berpantang sendiri selepas bersalin, Jangan sampai penat dan meroyan”

Alang-alang MV pun rajin lah mensurvey mana set berpantang yang bagus supaya memudahkan diri sendiri juga nanti. Sekarang ni dah berlambak set penjagaan selepas bersalin. Dalam banyak-banyak set tu, yang menambat hati MV ialah Tanamera vs Nona Roguy vs Nawal Herbal Beauty.

Luaran memang nak gunakan set bersalin lain, tapi dalaman sudah pastinya set berpantang shaklee.

Dulu first berpantang, memang MV guna full set nona roguy. Second child pula berpantang secara moden 100% fully guna set berpantang shaklee jer. Cuma sekarang macam nak cuba tanamera dan nawal herbal beauty ni la pulak since nampak review macam best je, natural katanya.

Perbezaan Set Bersalin TANAMERA vs Set NAWAL HERBAL BEAUTY vs Set Bersalin NONA ROGUY? Mana nak pilih?

Mana yang patut beli dan mana yang berbaloi untuk guna sepanjang waktu pantang?

Set Bersalin Nona Roguy 6 in 1 (Pakej B) RM300.00

Minyak Herbanika Nona Roguy (130ml) RM68.00

MV suka sangat dengan minyak herbanika NR ni. Salah satu sebab MV beli full set NR dulu ialah sebabkan minyak herbanika ni. Boleh jadi satu kelebihan untuk NR sebab ada minyak ni . Minyak ni panas dan melegakan satu badan. Plus, tarikan minyak ni ialah bau herba dia sendiri, memang kuat tapi sedap je bila time pantang bau minyak NR.

Minyak herbanika ni boleh guna satu badan tau. Kalau tak bersalin pun, orang biasa, orang tua boleh pakai jugak. Minyak ni boleh sapu dekat semua bahagian kecuali tempat luka czer.

Minyak herbanika ni juga MV gunakan untuk titiskan 3-4 titik atas pad. Fungsi dia untuk menyerap pengeluaran darah-darah kotor.

Minyak berubat herba Nona Roguy (120ml)RM33.00

Mv guna minyak urut bagi meredakan masalah angin dalam badan serta membantu mengatasi ketegangan otot dan penyakit sendi seterusnya menyegarkan lagi badan time berpantang anak kedua dulu.

Terus terang, MV dah tak berapa minat nak makan jamu, sebab dulu makan yang NR Phytocatal tu berejam duk dalam toilet. Tak larat okay, Jamu punya style pula bukan macam ubat doctor sebiji sekali telan.

Set Tanamera Postnatal Care

Set with 1 bottle VCO (10 items) RM335.00 (WM)/ RM365.00 (EM)

Untuk set Tanamera pulak, tak ada pil. Yang ada cuma teh herba dan minyak kelapa dara (VCO) dan banyak items lain yang digunakan untuk kegunaan luaran.

Set Tanamera more to modern style, set ala-ala spa. Minyak urut Tanamera pun lebih pada bau wangi, berbanding dengan minyak urut NR bau dia lebih kepada bauan herba.

Kalau prefer more to personal care memang MV memilih set Tanamera sebab memang focus on mothers recovery from top to toe.. inside and outside.

Apa yang MV cadang nak beli?

  1. Cold Press Virgin Coconut Oil 100ml RM40.80
  2. Feminine Herbal Wash RM30.50
  3. Herbal Massage Oil 100ml RM35.00
  4. Herbal Bath RM30.50

Set Bersalin Nawal Herbal Beauty

Pakej Lengkap Set Bersalin Nawal Herbal Beauty RM330

Set bersalin ni hanya untuk luaran sahaja tetapi dalaman sekali sihat.

Sesuai lah untuk ibu yang alah jamu, alah panas, risau effect susu ibu untuk baby, risau risiko kuning pada baby dan baby ada menghidap g6pd (alah jamu).

MV suka juga follow founder Nawal ni, Puan Arsyaini Mustapha.

Pakej Nur pula ada kombinasi Gel Mandian Azzahra, Gel Param Pilis Plus Slimming, Natural Rose Water & Feminine Wash Manjakani.

Pakej Nur ni lengkap dari mandian herba, slimming, pencuci bahagian intim dan toner, foundation, moisturizer wajah.

Kalau tengok dari harga, semua 300 and above. Barang lebih kurang aja.

So amacam? whats the final verdict?

Jeng jeng jeng…MV buat keputusan untuk combine 3 jenis set penjagaan dengan loose item. Maybe hujung tahun just order online sebab sekarang dunia di hujung jari and hopefully ada crazy sales untuk 3 jenis set bersalin ni.

 

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Perbandingan Set Berpantang Luaran, Nak Pilih yang Mana?

5 thoughts on “Perbandingan Set Berpantang Luaran, Nak Pilih yang Mana?

Comments are closed.