Aku suka buka Youtube tengok iklan Thailand.

Ada satu kisah tu memang membuatkan aku menangis juga lah.

Kisah seorang anak yang suka makan nanas, mencuba untuk mengupas sendiri buah tu. Setelah berkali kali dicuba tetap juga gagal mengupasnya.

Ibunya hanya memandang sahaja. Ibunya tidak pernah bersekolah dan dia berfikir cara terbaik untuk mengajar anaknya.

Dia mengambil sebiji lagi buah nanas. Dikupas, dibelah dan dipotongnya. Setiap langkahnya itu satu persatu dituruti anaknya.

Suatu hari selepas pulang dari sekolah, si anak terpandang rakan rakan sekolahnya mengerumuni si penjual aiskrim. Dia hanya memandang dari kejauhan kerna pendapatan ibunya ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Tetapi keinginannya itu dirasai oleh si ibu.

Memikirkan si anak suka makan buah nanas, ibunya terus terfikir nak buat aiskrim nanas. Ibunya memotong nanas dan meletakkan nanas itu ke dalam ice box. Keesokan hari, anaknya menikmati aiskrim buatan ibunya. Ermm, slurppp sedapnyeee seperti slurpee 7 eleven yang menggoda tunas rasa.

Si anak lalu berkata ” Wahai ibu, kenapa kita tidak menjual saja aiskrim nanas ini?, rasanya sungguh segar dan lazat sekali”

Si ibu bersetuju dan dia menyediakan 3 batang aiskrim nanas untuk dijual. Si anak sangat teruja untuk menjualnya. Setiap kali dia terserempak dengan mereka yang lalu lalang, dia bertanya “Nak mencuba aiskrim nanas?”. Namun, tiada seorang pun yang membeli jualan aiskrimnya. Bagai kaca terhempas ke batu. Dia pulang dengan tangan kosong.

Si anak meluahkan rasa kecewa kepada ibunya “Ibu, kenapa jualan aiskrim saya tidak berhasil?”. Si ibu lantas menjawab ” Kamu sepatutnya pergi ke pasar dan perhatikan bagaimana cara mereka berurus niaga”.

Si anak terus bergegas ke pasar. Diperhatikan setiap tingkah laku si peniaga. Si penjual cili berteriak ” Belilah cili murah, 5 bath untuk 1 beg, 3 beg untuk 10 bath”. Yang si penjual makanan pula melaung laung ” Rasailah daging panggang ini, ianya sungguh lembut dan enak untuk dinikmati”

Ting! Mentol akal si anak menyala. Dia berazam bara yang digenggam biar sampai jadi arang. Sampai dirumah, dia terus menggambarkan ilhamnya ke atas lembaran kosong. Ayat iklan dicipta ” Dapatkan aiskrim nanas lembut seperti salji! 0.50 bath sepotong, 3 untuk 1 bath”.

Si ibu hanya memandang usaha anaknya. Setiap hari pulang dari sekolah dia akan menjual. Dan, setiap hari juga jualannya mendatangkan hasil yang baik. Ramai orang yang mendapatkan aiskrim jualannya.

Si ibu sangat gembira kerna si anak belajar melalui pengalaman dan menyelesaikan masalah dengan caranya sendiri. Si ibu hanya menunjuk arah yang betul.

(Suatu hari bila ibu sudah tiada, ibu tahu kamu pasti boleh mengharungi hidup ini dengan baik”)

Saban hari kita pun berhadapan dengan situasi macam ni kan. Anak anak kita pelbagai ragam dan kerenahnya. Ingin mencuba sesuatu yang baru, yang dirasa seronok untuk dilakukan.

Hari ini si kakak tanya ” Ibu, kakak nak lukis gambar ibu dan baba boleh?”. Ibu pun tanya semula ” Kakak pandai ke nak lukis tu?”. “Alah ibu buat la dulu nanti kakak tiru.”

So, ibu pun melayanlah karenahnya walau ibu ada 1001 urusan rumahtangga yang harus diselesaikan. Ibu mula melukis orang lidi dan mewarnakannya dan kakak pun menuruti langkah ibu tiru sebijik sejibik lukisan ibu.

Ucapan Positif Ibubapa Untuk Anak anak

Bila dah siap, kakak pun tunjuk ke ibu. Cantik tak lukisan kakak ni ibu. “Wahhh cantiknya gambar kakak, tapi kan lebih bagus lagi kalau ada gambar adik dan kakak, sayang!”. Aduhai anak, bijak bijak. Sel sel otak berhubung dengan baiknya, ye lah ibu selalu ingatkan kakak makan vitamin c dan minyak ikan.

Kata-kata positif yang diucapkan setiap hari kepada si anak, mampu membentuk karektor diri mereka yang lebih baik. Pujian dan penghargaan memberikan aura positif dalam diri anak yang sedang membesar.

Saya ingin berkongsi 9 Ucapan Positif Ibubapa Untuk Anak anak :

  1. Mulai setiap hari dengan berkata ” Ibu sayang kakak, Ayah sayang adik”. Ianya lebih baik jika diiringi dengan dakapan erat atau ciuman di pipi, ucapan ini lebih memberi kesan positif terhadap perkembangan anak.
  2. “Bagaimana sekolah kakak hari ni?”. Kalimat ini melatih anak supaya bersifat lebih terbuka kepada ibubapa.
  3. Jika ingin anak bersikap baik, ajarkan mereka untuk mengatakan ‘tolong’ sebelum meminta sesuatu.
  4. Ajarkan anak mengucapkan “Terima Kasih” ketika menerima sesuatu, dan “terima kasih kembali” saat membalas ucapan terima kasih dari orang lain.
  5. Ketika anak anak menghadapi permasalahan sekecil apapun, motivasikan mereka dengan kalimat ‘Jangan Menyerah Kalah Sebelum Mencuba’. Ucapan kalimat ini akan memotivasi anak.
  6. Jika mereka berjaya menyusun mainan puzzle-nya, berikan ucapan ‘Tahniah, Kakak menang!’. Percayalah, kata ini dapat menambah rasa percaya dalam dirinya.
  7. Menghargai keputusan anak adalah sesuatu yang istimewa. Berikan kepercayaan kepadanya dan ia akan belajar bertanggungjawab.
  8. Ambil tahu dengan siapa anak anak berkawan, dan mengajak teman-temannya bermain di rumah merupakan cara tepat untuk memantau anak dan menjalin hubungan intim dengannya.
  9. Didik anak supaya jangan membuang makanan. Gunakan kalimat yang tegas namun tidak membuatnya takut, seperti “Jangan membuang-buang makanan, kalau kamu tak nak kurus macam Popeye”.

Adakalanya sebagai ibubapa memang tak terlayan dengan ‘fe-el’ anak anak. Sehingga kita menuturkan ‘bahasa dosa’ yang tidak sepatutnya kepada mereka. Antara sedar dan tidak sedar kita sedang membunuh karakter anak anak.

Bukankah kata-kata yang diucapkan oleh ibu dan ayah itu menjadi satu doa kepada anak. Jika yang diucapkan bahasa yang elok dan baik maka baiklah yang akan diserap oleh anak kita.

Anak, merupakan salah satu harta kita yang paling berharga. Dialah buah hati yang selama ini menjadi idaman kita. Seperti pari pari kecil yang ingin selalu kita jaga dalam setiap malamnya.

FAMILY INSPIRES INFINITE POSSIBILITIES LEARNINGS.

SHARE untuk ibubapa yang superohsem

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Family Inspires Infinite Possibilities Learnings