Apa itu Penyakit Kencing Manis

Walaupun 1 daripada 5 orang dewasa menghidapi penyakit Kencing Manis, ia masih merupakan salah satu jenis penyakit yang sering disalahertikan oleh komuniti Malaysia.

Dalam Bahasa Cina dan Bahasa Melayu, istilah “kencing manis” biasa digunakan. Istilah ini dikenali juga sebagai “diabetes” dalam Bahasa Inggeris, dan “Penyakit Gula” dalam Bahasa Tamil.

Penyakit kencing manis ini boleh difahamkan sebagai satu penyakit yang melibatkan sejenis hormon yang dikenali sebagai Insulin.

Untuk memahami apa itu Insulin, kita perlu tahu tentang peranan pankreas dalam badan kita.

Pankreas dan Kencing Manis

Pankreas mempunyai dwifungsi merembeskan hormon ke dalam darah (endokrin) dan merembeskan enzim melalui saluran (eksokrin).

Pankreas melaksanakan tugas penting dalam menghasilkan hormon-terutamanya insulin untuk mengekalkan keseimbangan glukosa darah (gula) dan garam dalam badan.

Insulin ini, apabila dilepaskan ke dalam darah, akan mengalir ke seluruh bahagian tubuh kita melalui saluran darah.

Insulin tersebut akan memberitahu sel-sel kita,

“Eh, buka pintu sel anda dan pindah masuk gula yang berada dalam darah ini! “.

Sel-sel akan menuruti pesanan insulin. Gula dari darah akan dipindah masuk ke dalam sel-sel dan seterusnya digunakan untuk menghasilkan tenaga.

Dalam keadaan normal, insulin membantu glukosa dalam darah memasuki sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga.

Tanpa keseimbangan ini, badan mudah terdedah kepada komplikasi serius seperti kencing manis.

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan dimana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan hormon insulin yang diperlukan untuk menukar GULA kepada TENAGA didalam badan kita.

Akibatnya, glukosa tidak dapat memasuki sel badan. Kadar gula dalam darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui AIR KENCING. Inilah sebabnya penyakit ini dinamakan sebagai KENCING MANIS.

Jenis-jenis penyakit kencing manis

Kencing Manis jenis 1: individu dengan penyakit diabetes jenis 1 tidak menghasilkan sebarang insulin untuk mengendalikan glukosa dalam badan. Kekurangan insulin menyebabkan pelbagai komplikasi, jadi individu ini perlu mengambil insulin untuk membantu penggunaan glukosa badan mereka dengan sewajarnya. Biasanya berlaku kepada kanak-kanak dan remaja di mana pesakit bergantung kepada suntikan insulin sepanjang hayat kerana tubuh gagal menghasilkan insulin.

Kencing Manis jenis 2: individu dengan diabetes jenis 2 mungkin dapat menghasilkan insulin, tetapi tubuh mereka tidak menggunakannya dengan betul. Mereka juga mungkin tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk mengendalikan glukosa dalam badan mereka. Biasanya berlaku selepas usia 30 tahun dan jenis ini paling banyak dihidapi tanpa disedari sehinggalah pesakit dirawat akibat komplikasi penyakit tersebut.

Penyakit kencing manis jenis ke-2 merupakan jenis yang paling biasa berlaku di dunia ini. Masalah ini berpunca daripada tabiat pemakanan yang berlebihan, dan gaya hidup yang tidak aktif.

Komplikasi Penyakit Kencing Manis

Komplikasi diabetes biasanya berkaitan dengan saluran darah.

Paras gula yang tinggi dalam darah merosakkan saluran-saluran darah kecil, menyebabkan kerosakan mata, buah pinggang, dan saraf. Tahap gula darah yang tinggi juga menjejaskan keupayaan penyembuhan badan kita, menjadikan luka kita menyembuh dengan lebih perlahan berbanding dengan biasa.

penyakit diabetes

Tips penting untuk pesakit kencing manis

  1. Pastikan paras gula darah ditahap yang baik
  2. Tekanan darah di tahap yang normal
  3. Segera berjumpa doktor sekiranya paras gula darah terlalu tinggi (12mmol/l dan ke atas) atau terlalu rendah (4 mmol/l dan ke bawah)
  4. Lakukan ujian mata dan fungsi buah pinggang setahun sekali

Mahu makan UBAT seumur hidup atau rawatan ALTERNATIF yang terbaik untuk mencegah penyakit kencing manis?

Ada pelbagai pilihan, rawatan alternatif yang ditawarkan yang dikatakan boleh merawat kencing manis.

Rakyat Malaysia tidak pernah berhenti dalam mencari penawar ajaib.

Ramai yang terpengaruh dengan manfaat product XXX dalam media sosial. Mereka mendakwa bahawa produk ini menyembuhkan ramai pesakit kencing manis, dengan memaparkan gambar “sebelum dan selepas” pesakit yang berjaya disembuhkan.

Banyak iklan yang tidak bertanggungjawab seperti dibawah.

“Kencing Manis Hilang Dalam Masa 7 Hari”

atau

“Makan Ubat Ini Kencing Manis Akan Hilang 100%

Tetapi MV berharap anda sebagai pengguna tidak mudah PERCAYA dengan iklan-iklan yang tak bertanggungjawab seperti ini.

Belum ada ubat yang boleh merawat kencing manis 100% TETAPI apa yang MV tawarkan ini adalah alternatif suplemen yang membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Anda pernah dengar Vivix®?

Bagaimana Vivix® Membantu Mengawal Penyakit Kencing Manis?

Vivix® mempunyai kajian saintifik yang terperinci dan mampu menurunkan tahap gula dalam badan.

Resveratrol didalam vivix membantu mencegah rintangan insulin, iaitu keadaan dimana tubuh menjadi tidak sensitif kepada kesan hormon penurunan gula dalam darah (insulin). Rintangan insulin ialah petanda atau gejala kencing manis.

Polifenol yang terkandung didalam ANGGUR MUSKADIN membantu melambatkan proses pencernaan dan penyeapan karbohidrat ke dalam darah seterusnya mengelakkan berlakunya pengumpulan gula yang tinggi dalam didarah.

Luka akibat penyakit kencing manis semakin sembuh!

testimoni-vivix-diabetes

” Alhamdulillah. Makin sembuh. luka tu nak tutup sikit demi sikit. Doktor kata perlu stabilkan kencing manis dahulu.

Kencing manis mak pun dah terkawal.

Takde macam roller coaster dah bacaan gula tu”

Kencing manis ialah penyakit yang tidak boleh sembuh tetapi boleh dikawal.

Pilihan gaya hidup, seperti diet dan senaman, memainkan peranan penting dalam mengurus dan mencegah diabetes jenis 2.

Pesakit kencing manis yang dirawat dengan baik boleh menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Anda boleh terus order vivix dan kami akan terus pos ke pintu rumah anda dengan selamat.

 

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Penyakit Kencing Manis Tidak Berjangkit tetapi Mengancam Nyawa.

4 thoughts on “Penyakit Kencing Manis Tidak Berjangkit tetapi Mengancam Nyawa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.