30
- January
2018
Posted By : noriza rahman
Pengalaman Pertama Bila Anak Disahkan Jaundice Semasa Berpantang

MV melahirkan anak ketiga pada minggu ke-38 kehamilan. Kalau diikutkan 10 hari awal dari tempoh bayi benar-benar matang iaitu pada minggu 39 (26/1/2018). Alhamdulillah, di permudahkan urusan melahirkan Ayra Sofiyya dengan kehadiran suami di sisi memberi sokongan. Ayra keluar secara SVD dengan berat 2.91 kg.

Pengalaman Pertama Bila Anak Disahkan Jaundice Semasa Berpantang

MV rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman bila anak disahkan jaundice (kuning) semasa berpantang kali ni. Memang sangat berharga untuk MV kerana kedua-dua kelahiran sebelum ini tiada sebarang masalah.

19/1/2018

Hari ke-3 berpantang, nurse datang rumah. Dia mentioned bayi ada nampak kuning sikit area muka. So, petang tu kena pergi Klinik Kesihatan Nilai untuk check. Agak tinggi juga readings 192.2 umol/L.

20/1/2018

Hari ke-4 kena repeat di Klinik kesihatan Seremban pula. Terpaksa lah MV ni yang tengah berpantang ke sana sini demi bayi tersayang. Readings makin naik pula 207.5umol/L. Tapi doktor faham, then dia suggest bagi jer bayi susu ibu sekerap yang mungkin. The day after tomorrow doc nasihatkan repeat kat KK nilai jer.

21/1/2018

Hari ke-5, nurse datang rumah then kepochi sikit lah, dia kata kuning bayi dah ke perut. Dia insist juga suruh bawa anak ke klinik. Minta nak pergi hari Isnin pun dia bising tak bagi. Pening juga macam ni. So, kami decided pergi ke klinik As-Salam di seksyen 7 Bangi. Bila dah siap ambil darah, results makin ok 167.4umol/L. Suami mula lah membebel tak puas hati dengan nurse..huhu

Alhamdulillah juga masa pantang hari ke-3 tu dah jumpa tukang urut, So, sedap sikitlah badan, susu pun smoothly ada. Terpaksa pam juga untuk bagi baby minum since baby tak pandai melekap lagi.

23/1/2018

Hari ke-7 ni tak tahu dimana silapnya, mungkin dari susu ibu. Sebab readings TSB bayi menaik pulak 181.3umol/L. Dah, suami pun hairan cemana boleh naik pulak.

24/1/2018

Hari ke-8, Alhamdulillah turun semula dalam 167.4umol/L.

Masa ni pun, sebelum subuh MV dah mengepam, ada nampak peningkatan. Breaast time ni dah mula bengkak. Nak tak nak, memang kena pam.

25/1/2018

Susu makin banyak, sekali sessi dah boleh banyak ni, so boleh lah bagi baby minum untuk kurangkan jaundice.

26/1/2018

hari ke-10, results makin cun 133.2umol/L

29/1/2018

Alhamdulillah, hari ke-12 ni bacaan TSB sudah menurun ke 106.4umol/L.

Pada ibu-ibu berpantang yang bayi demam kuning, sila tenangkan diri…emosi kita boleh dirasai oleh bayi. ini semua berdasarkan pengalaman MV.

  1. Beri anak sekerap yang mungkin SUSU IBU. Kejut dan paksa baby menyusu walau sekejap tapi perlu kerap.
  2. Ibu yang perlu makan penawar bukan baby. Jangan beri minum susu kambing, sengkuang cina, halwa kundur atau apa yang bagus. Bayi hanya akan dapat serap segala khasiat penawar itu melalui SUSU IBU.
  3. Ibu perlu elakkan makan jamu, halia, lada hitam, kunyit dan herba lain sementara waktu selagi anak belum pulih sepenuhnya dan harus makan makanan berkhasiat dan seimbang.
  4. Jangan malu jangan segan jangan berat mulut…bertanya dan bertanya sentiasa dapatkan maklumat yang jelas dari doktor sebelum membuat apa-apa tindakan dan keputusan.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.