Semalam bawa kakak Rania jumpa dentist. Bukan main risau lagi MV. Mana taknya, gigi dia elok lagi sebenarnya tapi gigi kekal tu dah keluar terjojol kat belakang. Bila tanya kakak MV yang ada pengalaman anak macam ni, memang dia sarankan untuk pergi jumpa dentist.

Sebelum tu memang dah perasan ada putih-putih masa dia tunjuk kata sakit gigi. Tapi, tak sangka pula yang putih tu sebenarnya gigi kekal dia. Ingatkan dia ulser mulut.

Last week, bila kakak makan choki-choki yang keras, gigi depan tu dah mula goyang. So, nak tak nak memang kena bawa jumpa dentist lah. Lagi lama, lagi gigi kekal tu duk menolak gigi susu dia. Kesian pula bila dia mengadu sakit gigi.

Pengalaman Jumpa Dentist, Doktor Gigi untuk Anak

Semalam terpaksa ponteng sekolah PASTI semata-mata nak ke Klinik Pergigian Nilai di Nilai Square. Alhamdulillah, bila kami sampai pukul 0745 pagi kat klinik, baru ada seorang patient. Kanak-kanak dan orang dewasa lain nombor, so kakak jadi orang pertama lah jumpa dentist.

Pukul 0817 pagi baru dapat nombor setelah selesai pendaftaran. Dalam setengah jam, nombor 2001 naik, MV terus ajak kakak masuk. Kakak masa tu dah start nak ‘drama’ sebab dia takut tengok perkakas doktor gigi tu. Tapi dentist chinese ni peramah, sambil pujuk,
Dr Leow (nama dentist) cakap lah “tak sakit pun cabut gigi, lagipun doktor sapu perisa strawberi, sedap tau”. Pandai dentist  ni main psikologi kakak, bila dah 5 minit macam tu doktor sambil borak dengan kakak, terus cabut gigi dia. “Hah, dah siap pun, tak sakit kan?”

MV pun tanya dentist, ada kemungkinan tak gigi akan tumbuh di kawasan yang dah dicabut tu. Dentist cakap gigi yang dibelakang tu akan bergerak ke depan. So, jangan risau memang tiada gigi lain yang akan tumbuh nanti. Lagipun memang umur macam Rania (6 tahun) ni sepatutnya dah tumbuh gigi kekal. Ohmydaling anakku dah semakin membesar rupanya.

Alhamdulillah, lepas cabut gigi, kakak Rania tak banyak meragam. Sepatah pun dia tak cakap sakit. Bila balik rumah tunjuk kat adik lagi, kekononnya nak cakap tak sakit lah tu.

Doktor cuma pesan jaga gigi baik-baik. Jangan makan benda yang keras. MV duk ulang sebut lah advice dentist tu kat kakak. Kakak jawab apa tau ” Kakak memang selalu gosok gigi pun, doktor cakap gigi kakak cantik, tak rosak pun”. Pandai dia menjawab dengan ibunya. Hehehe.

Hah, tengok dah rongak gigi. Tak pe lah kakak, lepas ni makan vitamin C banyak-banyak untuk kuatkan gigi. Vitamin C kan penting untuk proses pertumbuhan sel, penyembuhan dan pembaikan tisu. Vitamin V dan gusi juga ada hubungan yang kuat. Gusi yang sihat mengasingkan bakteria dari akar gigi. Vitamin C membantu lapisan gusi (epitelium) kekal sihat walaupun ada bakteria yang menghuni mulut kita.

Kalau ada sesiapa di Bandar Baru Nilai dan sekitarnya yang berhajat bawa anak jumpa dentist, MV mencadangkan anda bawa anak ke Klinik Pergigian Nilai. Boleh tengok jadual tu. Yang paling best TIADA BAYARAN dikenakan untuk perkhidmatan cabut gigi kanak-kanak di klinik kerajaan ni. MV pun terkejut juga, tapi alhamdulillah selamat poket ibu.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Pengalaman Pertama Kali Rania Zahra Jumpa Dentist, Tak Sakit Pun Cabut Gigi!

3 thoughts on “Pengalaman Pertama Kali Rania Zahra Jumpa Dentist, Tak Sakit Pun Cabut Gigi!

Comments are closed.