Agak gerun bila memikirkan kena minum air gula semasa hamil. Mana tidaknya, air gula terlalu manis sehingga perit tekak nak menelan. Tapi untuk diri dan kesihatan kandungan, ibu tetap gagahkan juga habiskan air gula yang diberi.

Risiko kencing manis (diabetis) di kalangan ibu hamil sangat tinggi, sebab itu semua ibu hamil disarankan untuk minum air gula dan menjalani Ujian Darah (MGTT).

Kebanyakan ibu hamil akan rasa tak selesa dan bimbang apabila perlu melalui ujian minum air gula. Mereka membayangkan rasa air gula pekat yang terlalu manis perlu melalui kerongkong tekak mereka.

Tentu sahaja meloyakan dan boleh muntah. Tetapi kenapa agaknya semua ibu hamil mesti minum air gula?

Kenapa kena minum air gula?

Modified glucose tolerance test (MGTT) atau lebih terkenal dengan nama popular ‘minum air gula’ ini perlu dijalani oleh ibu hamil bagi memastikan diri tidak menghidap diabetes ketika hamil.

Tujuan MGTT ialah untuk mengenal pasti kadar gula atau glukosa dalam tubuh sama ada kurang atau lebih hingga mungkin boleh mengakibatkan kemudaratan pada ibu dan bayi dalam kandungan. Jika ibu hamil menghidap kencing manis, gula berlebihan akan dipindahkan kepada bayi melalui plasenta dan ini mengakibatkan saiz bayi yang besar.

Prosedur Ujian MGTT @ ‘Minum Air Gula’?

  1. Prosedur MGTT memerlukan ibu hamil yang terlibat untuk berpuasa sehari sebelum ujian dijalankan. Tempoh puasa berkenaan perlu dimulai dari jam 10 malam. Ibu perlu berpuasa dan hanya boleh minum air kosong.
  2. Sebaik-baiknya, anda perlu datang ke klinik sebelum jam 8 pagi bagi membolehkan anda menjalani ujian darah sebelum mula meminum air gula. Kira-kira 2 – 3ml darah akan diambil untuk diuji kandungan glukosanya.
  3. Selepas mengambil darah, mereka perlu minum air glukosa yang disediakan pihak klinik. Lazimnya, jumlah air gula ini ialah 75 miligram glukosa di dalan 200ml air kosong.
  4. Kemudian ibu perlu menunggu selama kira-kira dua jam tanpa dibenarkan makan dan minum. Dalam tempoh ini, ada ibu berkemungkinan akan berasa loya, oleh itu dinasihatkan mereka berehat.
  5. Dua jam selepas anda minum air gula, ujian darah akan dilakukan sekali lagiuntuk melihat tahap toleransi anda terhadap gula dan mengetahui kandungan glukosa di dalam darah.
  6. Secara umumnya bacaan MGTT yang biasa diambil untuk ibu hamil di Malaysia adalah seperti berikut :
  • FBS (Fasting Blood Sugar) – Bacaan daripada sampel darah yang diambil sebelum minum air gula – Normal: 3.0 mmol/L – 5.5 mmol/L
  • Dua jam selepas MGTT – Bacaan daripada sampel darah selepas dua jam ibu hamil minum air gula – Normal : kurang daripada 7.8 mmol/L

Pengalaman Sendiri ‘MINUM AIR GULA’ & UJIAN DARAH MGTT

MV berpuasa bermula jam 10 malam agar keberkesanan Ujian Darah (MGGT) pada jam 8 pagi esoknya berhasil. No makan no minum. So menahan kelaparanlah sepanjang 10 jam tu.

Sampai je di Klinik Kesihatan Nilai, perkara yang pertama prosedur yang MV kena buat ialah ambil darah sebanyak 2-3 ml di bahagian lengan.

Selepas prosedur ambil darah, bermulalah episod minum air gula. Sepanjang 2 kali minum air gula (2 anak), ini kali kedua MV kena minum air gula ‘plain’. Sebelum ni di KK Perlis perisa oren. Apa yang pasti plain ke oren, air gula tu memang betul-betul manis dan pekat. Nasib baik MV minum sekali teguk dan tak termuntah!.

imej dari google ‘air gula’

Selepas minum air gula, MV kena tunggu selama 2 jam pula untuk ambil darah seterusnya. Sementara menunggu dalam tempoh 2 jam tu, MV tak dibenarkan kemana-mana. Mungkin nurse takut ibu-ibu hamil pengsan ke kan. Sebab sesetangah orang akan rasa pening selepas minum air gula tu. Alhamdulillah.. MV tak ada rasa apa-apa pun selepas minum air gula tue. Steady! Cuma tekak perit dan loya.

Dalam tempoh 2 jam, MV ada appointment dengan doktor untuk scan baby adik. Jadinya sudah tentulah dalam 2 jam tu terisi dengan pelbagai aktiviti kan. So, nan hado lah nak memboring lihat orang lalu lalang kat klinik tu.

Selepas 2 jam, prosedur ambil darah sekali lagi. Selepas ambil darah kali kedua, makanya prosedur minum air gula dan Ujian Darah (MGTT) pun selesai.

Komen Doktor Hasil Ujian Minum Air Gula dan Keputusan MGTT

Doktor said bacaan 8.0 mmol/L adalah diparas tidak sihat. Bacaan MV pula 7.0 mmol/L. Meaning that, keputusan MGTT MV ni diatas ‘line’ je. Bagi ibu hamil, sepatutnya dibawah 6.7 mmol. Itu paras kandungan gula yang baik. Laa, risau MV dengar.

Tapi ikut sejarah 2 kali pregnant Alhamdulillah LULUS semua Ujian Darah (MGGT) ni.

Cuma yang ketiga ni borderline. Mungkin masa tu lepas raya kan, MV pun selalu juga minum air manis dan makan karbihidrat yang banyak. But, still Alhamdulillah tak tergolong dalam kategori ibu hamil GDM.

Tapi mungkin juga sebab MV sentiasa amalkan suplemen ibu hamil Shaklee ni, so membantu juga lah. Set ni bagus untuk elakkan sembelit semasa hamil supaya tidak berjam-jam berteleku dalam tandas. Kalsium dan Vitamin C perlu untuk ibu hamil macam MV ni untuk elakkan gusi berdarah.

Jadi, mommies nak TIPS MINUM AIR GULA tak? Sebab ada sesetangah orang ambil masa dekat sejam nak habiskan air gula tu dan ada juga sesetengah orang akan muntah balik air gula yang di minum tu. Kena ingat! Sekiranya anda muntah selepas minum air gula dalam tempoh 2 jam tu, anda WAJIB ULANG minum air gula pada hari yang ditetapkan. Jadi kena berhati-hati tau!

Tip Minum Air Gula Untuk Ibu Mengandung Supaya Tak Termuntah. Mesti Buat!

  • Jaga pemakanan – Sehari sebelum ke klinik, hadkan pengambilan makanan. Minum air kosong sebanyak yang boleh. Kurangkan nasi dan lebihkan sayur-sayuran di dalam hidangan makanan.
  • Berpuasa – Seawal jam 10 malam sehari sebelum ujian air gula, anda perlu berpuasa. Hanya air kosong dalam kuantiti yang sedikit dibenarkan. Air manis dan bergula dilarang sama sekali.
  • Minum dengan cepat – ketika nak minum air gula tu, minum dengan cepat. Jangan minum sikit-sikit dan terlalu banyak berfikir. Kalau boleh minum sekali harung! Tutup hidung kalau tidak tahan bau.
  • Kumur mulut selepas minum – Rasa manis gula sudah tentu kita akan merasa loya, jadi selepas minum air gula pastikan anda berkumur dan kemudian teguk sedikit air kosong untuk menghilangkan rasa manis di tekak.
  • Berehat di tempat yang selesa – Jika mahu pitam, berehat dan berbaring di tempat yang bersesuaian. Seelok-eloknya anda habiskan masa dua jam sebelum ujian darah kedua di tempat yang tidak mempunyai bau supaya dapat menghindarkan anda daripada termuntah.
  • Jangan terus makan berat – Selepas ujian darah kali kedua dilalui, jangan terus makan makanan berat. Seelok-eloknya, mulakan dengan minum air kosong, makan biskut ataupun roti terlebih dahulu. Apabila keadaan kembali stabil, barulah anda boleh menjamah makanan seperti biasa.

Anda pernah minum air gula dan menjalani Ujian Darah (MGTT)? Jom kongsikan!

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Pengalaman Minum Air Gula dan Ujian Darah MGTT untuk Kehamilan Ketiga

4 thoughts on “Pengalaman Minum Air Gula dan Ujian Darah MGTT untuk Kehamilan Ketiga

Comments are closed.