Pengalaman Hamil, Bersalin, Berpantang dan Menyusu

Pengalaman hamil, bersalin, berpantang dan menyusu | Pengalaman berpantang anak sulung penuh kelesuan dan kurang bermaya setiap masa. Trauma kot sebab bersalin anak sulung, kena potong hidup-hidup masa operate. Anak pula taknak menyusu direct masa tu, kena bengkak susu ketika berpantang selepas dua minggu bersalin. Setiap masa kena pumping nak bagi anak minum susu ibu. Lepas 3 minggu pun badan masih rasa tak kuat sangat. Tapi, Alhamdulillah anak sangat baik, menyusu dengan botol diam ja, tak da la nak berjaga malam, asyik tidur saja.

Tapi bab pelawasan memang tak best sangat sebab sembelit, sakitnya tu Allah saja yang tahu. Menangis la kat dalam toilet tu menahan sakit.

Pengalaman bersalin kali pertama agak kurang menyeronokkan.

Tetapi selepas 1 tahun 8 bulan..sampai masa nak bersalin anak kedua memang nekad nak berpantang cara moden tanpa jamu.

Tak nak dah alami sembelit sambil menagis dalam toilet.

Tak mau orang asyik tegur muka pucat lesu tak cukup hemoglobin masa berpantang.

Dan, yang paling penting tak mau stress, nak berpantang dengan tenang dan badan sentiasa bertenaga.

Masa berpantang anak sulung dulu, sibuk duk memilih set bersalin yang berasaskan jamu. Langsung tak terlintas nak fikir keperluan nutrisi badan untuk pemulihan selepas bersalin. Sebab, tak sangka pula nak kena operate, potong hidup-hidup macam tu kan.

So, masa bersalinkan anak kedua, MV banyak buat kajian nak guna Set Berpantang Shaklee sepenuhnya. Dalam banyak-banyak produk di luar sana, set ini lah yang selamat diambil tanpa beri kesan jaundice pada bayi dan sangat bagus untuk ibu menyusu. Set ini juga bantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin.

Set Kehamilan, Berpantang dan Menyusu yang Terbaik!

Memang set berpantang inilah yang menawan hati MV untuk di ambil selepas bersalin. Inilah pengalaman berpantang tanpa jamu yang lengkap dengan

  • Vita-Lea® Iron Formula
  • B-Complex
  • Sustained Release Vita-C Plus™
  • OmegaGuard™
  • OsteMatrix™
  • ESP – Soy Protein Isolate Powder
  • Zinc Complex
  • Vita-E Complex™
  • Alfalfa Complex

Sehingga sekarang MV masih konsisten makan set ini walaupun anak kedua dah berumur 3 tahun. Set ni sangat berbaloi sebab tahan sehingga 1-6 bulan.

Alhamdulillah syukur, aturan Allah memang hebat. Berpantang anak kedua memang sangat berbeza, dalam tempoh seminggu dah rasa badan macam recover sepenuhnya. Tapi, MV tetap ikut amalan berpantang selepas bersalin dan penjagaan berpantang secara tradisional juga. Sebab arwah mama bising, walaupun dah sihat tapi kena duduk diam-diam takut bentan, nanti susah.

Alhamdulillah, memang tiada la masalah sembelit, susu pun dapat buat banyak stok, badan sangat bertenaga, nurse pun puji luka cepat kering, hemoglobin pun ok, rahim pun kecut dengan cepat.

Rupanya bukan MV sahaja yang merasai manisnya pengalaman hamil, bersalin, berpantang dan menyusu dengan Set Semulajadi Shaklee, tetapi ramai lagi yang melalui  pengalaman yang sama macam MV.

Jom kongsikan apa kata mereka semua.

Pengalaman Hamil, Bersalin, Berpantang dan Menyusu : Luka Cepat Sembuh, Bertenaga dan Tiada Sembelit Walaupun Berpantang Tanpa JAMU!

Testimoni #1.

Pengalaman hamil, bersalin, berpantang dan menyusu

Testimoni #2.

Pengalaman hamil, bersalin, berpantang dan menyusu

Testimoni #3.
Pengalaman hamil, bersalin, berpantang dan menyusu

Testimoni #4.

Pengalaman hamil, bersalin, berpantang dan menyusu

Testimoni #5.Pengalaman hamil, bersalin, berpantang dan menyusu

Testimoni #6.

Pengalaman hamil, bersalin, berpantang dan menyusu

Set Berpantang ini lengkap dengan:

  • OsteMarix™ – RM61.00
  • OmegaGuard™ – RM136
  • Sustained Release Vita-C Plus™ – RM92.50
  • Alfalfa Complex (S) – RM53.75
  • Vita-Lea® Iron Formula – RM88.75
  • ESP – Soy Protein Isolate Powder – RM150

Pengalaman Hamil, Bersalin, Berpantang dan Menyusu

Semuanya berjumlah RM582. Tapi istimewanya bulan Januari ni ada tawaran YES Wellness Pack dengan potongan 5% daripada harga AHLI sekiranya anda mendaftar keahlian terus.

Harga yang jauh lebih JIMAT dan ibu-ibu berpeluang untuk mendapatkan cash bonus pada bulan hadapan pula. Kira beruntung la kan?

Untuk bakal ibu yang pertama kali menempuh pengalaman berpantang, MV nasihatkan buatlah pilihan yang bijak untuk anda dan bayi. Jangan jadi macam MV, rasa kurang seronok dengan pengalaman berpantang sulung. Namun, Alhamdulillah Allah gantikan dengan keseronokan berganda semasa berpantang anak kedua dengan set Shaklee ini.

Pemilihan Set Kehamilan, Berpantang dan Menyusu seharusnya tidak dipandang enteng kerana dalam tempoh ini, ianya amat kritikal bagi seorang ibu mendapatkan semua nutrisi dan khasiat yang mencukupi bagi membantu mengembalikan kesihatan dan penyembuhan luka dalaman selepas bersalin secara keseluruhan.

Sekiranya bakal-bakal ibu berhasrat nak alami tempoh pengalaman manis yang menyeronokkan dengan Set Berpantang Shaklee, jangan segan silu terus contact MV untuk dapatkan kesitimewaan konsultasi dan cara pengambilan yang betul.

Kalau nak beli direct secara online, boleh klik sahaja image kat bawah ini dan hubungi MV untuk cara pengambilannya.

esell-shaklee-logo-500x351

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Pengalaman Hamil, Bersalin, Berpantang dan Menyusu

27 thoughts on “Pengalaman Hamil, Bersalin, Berpantang dan Menyusu

Comments are closed.