Pengalaman bersalin anak pertama…sakitkah? Setiap wanita punya pengalaman berbeza…mungkin wanita A kata sakit juga, wanita B kata..sakit sangat2, wanita C kata tak sakit langsung. Pengalaman setiap orang adalah berbeza dan tidak mungkin sama. Apabila melalui sendiri, pahit getir, manis masinnya barulah kita tahu sendiri… 😉

Minggu ni MV dah masuk minggu ke 11 trimester pertama, ada 199 hari lagi untuk melahirkan anak ketiga. Seram jugak MV nak melalui pengalaman kali ketiga ini 🙂 Maklumlah kata orang sakit bersalin ni, yang kedua sakit selepas sakaratul maut. Lagipun jarak anak ke-2 dengan yang bakal lahir ni agak jauh, 5 tahun.

Mesti seram dengar kan especially bakal ibu yang pertama kali akan melahirkan. Pesanan buat mommies dan diri sendiri juga, laluilah saat tersebut dengan tawakkal dan doa, nak tak nak, memang kena lalui juga. Cuma, berdoalah agar ‘jalan’ kita dipermudahkan.

Semasa hamil anak pertama dulu MV overdue 12 hari kot. Doktor pesan kalau tak da tanda kena ke hospital ‘menyerah diri’. MV pun terus ke bahagian bersalin di Hospital Serdang. MV ingat lagi, jururawat bertugas di bahagian kaunter dalam dewan bersalin tu punya lah sombong. Dia cakap selalu buat pemeriksaan di Putrajaya kenapa nak bersalin di Serdang pula. MV malas nak menjawab je sebab nanti panjang cerita pula. Bila dia dah tengok buku pink tu dia suruh duduk sampai nama dipanggil.

Selepas 10 minit, nama MV dipanggil masuk bilik menunggu. Ada doktor lelaki muda bertugas malam tu. Aduhai malunya nak kena periksa ‘laluan’ oleh doktor pelatih tu, katanya belum terbuka puan, tapi memandangkan dah masuk minggu ke 40 dan overdue, MV kena admit ke ward. Giler bosan duk menginap lama-lama kat hospital kalau tak bersalin lagi.

Dah masuk duk hospital ni memang serah diri lah nak kena periksa ‘laluan’ tu. Doktor pula bukan boleh pilih nak lelaki ke perempuan. Terkadang yang perempuan lagi ganas dari doktor lelaki. Ada satu masa tu MV ingat lagi pukul 5 pagi kami kena duduk di kerusi tunggu turn untuk diperiksa oleh doktor bertugas. Doktor tu cakap kalau bukaan MV masih tak buka 3cm kena induce. Dalam hati berdoa janganlah induce sebab ramai yang kongsi induce ni sakit. So, bila masuk tu doktor perempuan periksa, dia cakap dah buka 3cm.

Alhamdulillah rasa legaaa sangat. Kakak disebelah katil tu kena induce. Sian tengok dia mengerang sakit. MV pun bila tengok kakak tu mula lah rasa duduk kat kerusi salah, baring salah, jalan salah..aduhai…sakitnya lebih sakit dari senggugut. Bila petang, buat periksa sekali lagi katanya dah 4cm. Malam pukul 10.30 ada nurse datang, MV diberikan ‘ubat dubur’ untuk buang segala sisa dalam perut. Lepas tu terus dibawa ke labour room (dewan bersalin) di tingkat bawah. Didalam hati, doa banyak-banyak supaya mudah. Labour room di HS agak best sebab kita akan ditempatkan di dalam bilik bersalin secara individu, dinding yang memisahkan dengan bilik sebelah (bukan tirai). So, semua kelengkapan dah ada dalam bilik tu dan tak adalah dengar member sebelah merintih kesakitan (penting tue, agar emosi kita terus kuat 😉

Jam kat dinding labour room tu rasa lambatlah sangat, mujur encik suami dibenarkan masuk menemani puan isteri ni. Walaupuan tak berborak at least ada teman disisi. Midwife malam tu sangat friendly. Doktor perempuan malam tu rasanya houseman kot, sebab nampak muda. Dia minta izin nak pecahkan air ketuban. Selepas sejam, dia check balik, dia cakap jalan masih tak buka. Terus dia buat panggilan ke doktor pakar untuk masuk dewan bedah. Kebetulan masa tu suhu badan MV tinggi dan CTG bayi pula tak cantik. Degupan jantungnya laju. Doktor takut bayi lemas.

MV dalam menahan sakit tu disuruh tandatangan borang yang kita setuju nak dibedah. Takkan lah tak sain kan?. Atas bawah merasa sakit nak bersalin anak sulung ni. Redha aje lah. Masuk je dewan bedah tu terus dicucuk kat belakang MV. Pap, selepas baring jer, doktor terus ‘potong’ perut. Ya Allah MV apalagi menjerit lah ‘Sakitnya’ tapi takder sapa kisahkan pun. Memang terasa lah disiat-siat kulit tu sampai lah ditekan perut nak keluarkan bayi. Lepas tu baru MV tak rasa apa diorang buat.

bersalin di hospital serdang

“Perbezaan Pengalaman Bersalin Normal dengan Ceasarean”

Selepas bersalin, MV disorong dengan katil naik ke wad. Memang tak sedar langsung dah selepas kena bius tu. Bila sedar je anak dah menangis, jururawat arahkan memegang bayi dan memberi penyusuan pertama untuk bayi kami. Ini adalah pengalaman pertama MV memegang bayi sendiri serta menyusukan bayi. Janggal serta kekok juga kali pertama. Jururawat tu siap perli, “Nak pegang baby pun tak betul, macam mana nak jadi mak?”. Kebetulan puting masa tu tidak timbul, lagi menambahkan tekanan untuk menyusukan anak kami. Hadap je lah dengan kerenah jururawat yang macam tu. Kena tinggal 3 hari dalam wad pulak tu.

“Pengalaman Hamil, Bersalin, Berpantang dan Menyusu”

Hari last MV di wad tu ada doktor rondaan sebelah pagi. Boleh dia datang wad tu dengan bebelan dan muka masam mencuka “Korang ingat aku ni tak der kerja lain ke, bangun lah awal pagi senang aku nak check”. Amboi bahasanya. Adakah menjadi polisi KKM bagi menempatkan serta mendidik kakitangan di dewan bersalin dan wad bersalin supaya biadap dan kurang mesra terhadap pelanggan? Dimana slogan KKM ‘Kami Sedia Membantu’ yang diguna pakai kepada masyarakat?. Pelik juga MV dengan perangai  mereka yang bekerja dengan masyarakat ni.

Namun, Alhamdulillah bila tengok muka bayi yang chumel tu hilang rasa nak marah ke doktor. Memang tak sabar nak balik rumah.

Itulah pengalaman pertama yang memang serik juga nak bersalin lagi. Tapi lepas setahun lebih mengandung lagi. Ni, mengandung lagi anak ketiga. Semoga kali ni dipermudahkan segala urusan. Next time MV cerita pengalaman bersalin anak kedua pula yea. Tungguuuuuu.

 

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Pengalaman Bersalin Anak Pertama di Hospital Serdang, Terasa Dipotong Hidup-hidup

3 thoughts on “Pengalaman Bersalin Anak Pertama di Hospital Serdang, Terasa Dipotong Hidup-hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.