Pengalaman Berpantang TANPA Jamu

By | March 17, 2015
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook5

Pengalaman Berpantang TANPA Jamu

Pengalaman berpantang tanpa jamu | Bila sebut sembelit lepas bersalin ni, MV rasa ramai yang fobia nak beranak bila ingat pengalaman membuang masa tu kan? Ramai yang takut dan ngeri sebab macam-macam pengalaman yang pernah dilalui.

Pengalaman berpantang MV untuk Rania dan Humaira jauh berbeza, berpantang anak sulung dulu dengan jamu bagai, sampaikan tak larat nak telan tapi tetap telan la, dah namanya pantang. Mana ada ubat atau jamu yang sesedap tiramisu kan?  😛

Kalau ingat memang serik betul nak beranak. Tup tup keluar pulak nombor dua.  😉

Membazir Beli Jamu.

Yang ini MV memang setuju 100%. Tapi nak cerita juga lah.

pengalaman berpantang TANPA jamu

Masa nak bersalin anak pertama, bukan main beli set jamu NR. Sebab itu yang paling menarik untuk MV try! Set mandian herba memang habis la diguna pakai, tapi yang pil Phytonatal dan Akar Herbanika tu makan sekali dua ja lepas tu memang tak makan dah sebab cirit birit. Badan MV tak sesuai kot dengan JAMU.

Pengalaman Berpantang TANPA Jamu Selepas Kelahiran Kedua

Untuk anak kedua, oleh kerana saya dah mendaftar Shaklee, saya pun berminat nak mencuba Set Berpantang Shaklee. MV memang tak beli langsung set bersalin tradisional sebab tak nak membazir.

pengalaman berpantang TANPA jamu

Beberapa jam selepas bersalin..siap duduk bersila..Ampunnn

Alhamdulillah anak kedua, Humaira lahir normal di Hospital Perlis. Pantang, macam tak pantang. Siap lepas keluar hospital tu singgah di kedai untuk beli barang keperluan sendiri sebelum pulang ke kampung di Kedah, memang tak serupa orang pantang. Cergas rasa.

NO MORE SEMBELIT!

Oh masa anak pertama, teringat lagi. Betapa seksanya sembelit tu. Bertapa dalam bilik air sambil rasa tertekan, bila nak selesai ni. Tandas cangkung je. Jenuh la duduk menyenget tak mau bagi sakit.

Tapi masa pantang anak kedua, Alhamdulillah NO MORE SEMBELIT! MV terkejut, mama lagi ‘double’ terkejut.

LUKA CEPAT SEMBUH

Alhamdulillah bersalin normal dan memang tak banyak luka pun, within 2 weeks luka dah sembuh, tak ngilu. Wowwww tak? 😉

Semasa berpantang, kita digalakkan makan ikan haruan kan? sebenarnya kandungan zink yang tinggi dalam ikan haruan itulah yang menyebabkan luka cepat pulih. Sebab itulah set berpantang shaklee ada zinc complex. So MV pun memang makan zinc setiap hari. Nak sihat cepat, kan? 😀

SUSU MERIAH 

MV rangsang penghasilan susu dengan minum ESP dan Alfalfa, Vitalea, B-Complex dan Vitamin C ambil jarak sikit sebab Vitalea tak boleh berkawan dengan kalsium, nanti ‘both’ tak dapat diserap dengan baik.

pengalaman berpantang TANPA jamu

Alhamdulillah dalam minggu pertama lagi stok susu dah memenuhi ‘fridge’ rumah mama. Sampaikan mama cakap dah pam berbotol-botol ni apa yang tinggal untuk anak?. MV sengih ja lepas tu MV terangkan pada mama kalau nak susu banyak kena rajin kosongkan ‘breast’. Anak punya dia suka yang ‘fresh’ ja dari ibunya. Dan dengan izin ALLAH, memang susu cukup untuk si kecil tu.

BENGKAK SUSU BERKURANG!

Time anak kedua ni, MV diserang bengkak susu semasa berpantang hari ke-36, compared to bersalin sulung dulu,minggu pertama dah kena. MV amalkan pengambilan Lecithin. Kisah ni ada MV kongsikan di artikel

Tanyalah ibu-iabu lain!

Sudah ramai ibu-ibu yang mengakui pengalaman berpantang TANPA jamu ini lebih menyelesakan, MV ada ‘share’ pada artikel lepas

ANDA DAH NAK BERSALIN?

Jom dapatkan Set Berpantang Shaklee 😀

6 thoughts on “Pengalaman Berpantang TANPA Jamu

Comments are closed.