Pemilihan Jantina Bayi Lelaki : Teknologi Sains atau Takdir?

By | March 26, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook3

Pemilihan Jantina Anak Lelaki | Biasanya kalau pasangan yang sudah dikurniakan anak sulung perempuan atau dah ada beberapa orang anak perempuan, pasti teringin nak hamil anak lelaki, betul tak?

Hari ni MV nak berkongsi tips pemilihan jantina bayi lelaki, supaya kita boleh menambah more color untuk keluarga kita. Sudah tentu, perkara yang paling penting bukan jantina bayi kita, tetapi kesihatan dan kebahagiaan keluarga kan?

Teknologi Sains dalam Pemilihan Jantina Bayi Lelaki : kromosom X dan Y

Terdapat dua jenis kromosom didalam sperma iaitu Y dan X. Hanya satu kromosom akan menyuburkan ovum; jika ia adalah kromosom Y, maka jantina bayi ialah lelaki; jika ia adalah kromosom X, jantina itu akan menentukan bayi perempuan.

Tips Pemilihan Jantina Bayi Lelaki yang Boleh Diamalkan

Tips ini mungkin dapat membantu kita terutama yang teringin sangat nak dapat anak lelaki tu.

  • Diet

Diet seorang wanita adalah sangat penting dalam perancangan bayi kerana ia akan membantu sperma Y yang bergerak lebih pantas dan hidup lebih lama. Kromosom Y memerlukan persekitaran yang lebih alkali; dalam erti kata lain, tahap PH pelepasan serviks tubuh wanita perlu menjadi kurang berasid.

Pemilihan Jantina Bayi Lelaki

10 jenis makanan yang bersifat alkali yang boleh diamalkan jika inginkan anak lelaki

Isteri boleh amalkan makan sayur sayuran hijau seperti brokoli, bayam. Amalkan pemakanan probiotik, gunakan garam laut semasa memasak dan minum teh seperti teh hijau yang lebih sihat. Buah-buahan seperti tembikai, aprikot dan pisang yang bersifat alkali juga boleh diamalkan selalu.

Jikalau mampu, lebihkan diet yang tinggi dengan natrium dan kalium.

Makanan Beralkali dan Berasid

Kesederhanaan dan keseimbangan adalah dua kata kunci yang perlu dalam mengawal sebarang diet, kerana jika berlebihan ianya boleh menjadi sangat berbahaya untuk kesihatan kita.

  • Tempoh Ovulasi (Waktu Subur)

Ketahui tempoh dan masa ovulasi supaya kita boleh tahu bila masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan. Secara amnya, tempoh ovulasi berlaku lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

Pemilihan Jantina Bayi Lelaki

Tak faham? Macam ni. Katalah tempoh period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Sekiranya period isteri tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subunya. Sekiranya period berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Pemilihan Jantina Bayi Lelaki

Untuk lebih tepat pengiraan waktu subur, pasangan boleh membeli ovulation kit yang membantu isteri menentukan bila masa yang terbaik untuk melakukan hubungan intim.

  • Posisi Semasa Hubungan Kelamin

Semasa hubungan kelamin, pastikan kedudukan yang membolehkan penembusan yang mendalam supaya kromosom Y mampu untuk sampai ke ovum dengan pantas.

Kesihatan Organ Reproduksi Lelaki

Semua ini adalah sekadar tips sahaja. Yang memberi rezeki anak dan yang paling tahu apa kita perlukan adalah Allah sahaja. Jadi banyakkan berdoa, semoga Allah mempermudahkan perancangan kita semua.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

3 thoughts on “Pemilihan Jantina Bayi Lelaki : Teknologi Sains atau Takdir?

  1. Khidir

    Teknologi zaman ni semakin advance dan byk perkara yg tidak mungkin telah menjadi realiti. Kelahiran mungkin pun boleh dipilih buat masa depan sama ada anda nak bayi lelaki atau perempuan. Tak tahu teknologi mcm ni adalah baik atau buruk.

  2. akubiomed

    Saya tidak mahu menentukan jantina dan menerima dengan penuh kesyukuran anugerah Ilahi.

    Saya lihat ibubapa muda terlalu teruja untuk melihat ultrasound 3D imej janin tetapi tidak dapat menerima jika janin dalam kandungan ada masalah setelah menglihat imej imbasan tersebut.
    akubiomed recently posted…Jalan-jalan di Colmar Tropicale Berjaya HillsMy Profile

Comments are closed.